Part 33

Crime Completed 11380

Sambil pandang skrin telefon sambil tu Alexander hirup minuman panas dari mug sewaktu berjalan hendak ke arah tangga.

Sedang dia beberapa langkah saja lagi dari anak tangga, ketika itu pintu rumah agam terbuka dengan mengejut.

Perasan melalui ekor matanya, Alexander dia pun berpaling ke arah pintu itu. Setelah dipandang, terbutang mata dibuatnya.

"Tristan...apa yang dah berlaku?Siapa yang kau bawa balik ni?"tanya Alexander sambil mematai langkah Tristan yang sedang mendukung seorang wanita dalam pelukan. Dan setiap langkah itu adanya titisan darah yang jatuh ke atas lantai berjubin itu. "Kau buat apa?"

Tristan yang berwajah tegang itu tidak menghiraukan pertanyaan tersebut. Malah dia hanya terus ke arah tangga dan mendakinya.

SPRANG!

Pecah berderai mug berisi kopi tu apabila ia terlepas pegang dari tangan tu.

Apabila Tristan melintasi Alexander, baru la dia nampak siapakah wanita itu. Masa itu mahu terduduk Tristan rasa kerana jantung dia ibarat drop lepas tengok muka berlebam dan berdarah.

"Ya Tuhan...Thalia!"sebutnya semasa pandang penuh terror ke arah Tristan. Tanpa berlengah dia ikut mengejar langkah Tristan yang sudah jauh mendaki tangga.

Pada masa Tristan dan Alexander mendaki tangga dua orang bulter dan maid bertembung dengan mereka. Serta merta Tristan beri arahan lepas nampak mereka.

"Panggilkan doktor."arah Tristan sewaktu pandang mereka dengan renungan gelapnya.

Butler dan maid yang ada di situ berhenti serta merta dari langkah mereka sebaik melihat tiga orang di depan. Terkejut sebab tiba-tiba di tegur.

"Baik."jawab butler yang kemudiannya seluk tangan ke dalam poket lalu dail nombor di skrin.

"Kau...sediakan pakaian bersih dan air. Bantu aku bersihkan dia."arah Tristan lagi kepada maid pula.

"Ba-baik tuan.."tergagap-gagap maid tu lepas tengok muka wanita malang yang ada dalam dukungan Tristan. Tanpa membuang masa maid tersebut kemudiannya bergegas pergi dari situ.

Setelah itu Tristan teruskan perjalanannya untuk ke bilik tidur dia. Baru je nak belok, masa tu la Alexander hadang laluannya.

"Kau nak bawa dia ke mana?"tanya Alexander dengan kening mencerlung.

Rahang Tristan berketik hendak hilang sabar. Masa ni jugak ke? "Tepi Alex."arahnya sambil mengemaskab cempungannya.

"Tak. Selagi kau tak beritahu aku apa kau dah buat pada Thalia, aku takkan benarkan kau bawa dia ke mana-mana."tegas Alexander dengan muka serius.

"Aku kata ke tepi Alexander."ulang Tristan dengan nada jengkel yang dikawal.

Alexander berdiri teguh di situ tidak mahu berganjak. Kepalan penumbuk di kedua-dua tangan.

Nafas Tristan naik turun nak hilang sabar lepas dengar. Urat belirat mula timbul dileher dan pelipisnya.

"Bukan sekarang Alexander. Ke tepi..." menggunakan nada tenang yang terpaksa, Tristan tenung mata Alexander dengan kening mencerun.

Bahu tegang Alexander jatuh kemudiannya lepas dia tengok darah yang menitis turun dari lengan Thalia terus ke lantai.

"Fine...lepas ni kau kena beritahu aku apayang dah terjadi pada Thalia..."arah Alexander sebelum gerak ke tepi.

Tanpa berkata apa-apa Tristan jalan melepasi Alexander lalu brlok ke selekoh kanan koridor.

Alexander ekori dari belakang.

Dan bila Tristan nak buka pintu, Alexander hulur tangan untuk membantu. Dia tolak pintu bilik itu ke dalam lalu biarkan Tristan masuk terlebih dahulu sebelum dia ikut kemudiannya.

"Hati-hati.."pesan Alexander kepada Tristan semasa Tristan letakkan Thalia atas katil.

Seperti yang diberitahu, Tristan baringkan badan Thalia baru la kepala tu dengan perlahan-lahan.

Seusai Thalia dibaringkan Tristan berdiri tegak semula. Dia tunduk memandang Thalia bersama perasaan kesal dan dada sesak susah nak bernafas. Dia mengah bukan sebab penat tapi sebab rasa sakit dia lepas tengok Thalia menderita seperti ini.

"Tuan...saya dah sampai."maid tadi muncul depan pintu bilik itu.

Baru la Tristan berpaling. "Uruskan dia elok-elok.."pesannya semasa keluar dari situ dan berselisih dengan maid tersebut.

Alexander ikut keluar dari situ. Hendak beri privasi pada Thalia. Dia dapatkan Tristan selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience