Flashbacks
"Alexander beritahu kamu mahu bincangkan sesuatu?Apa dia?"tanya ayahnya di atas katil dari balik topeng oksigen.
Dia yang sedang berdiri dengan tangan di dalam poket menghadap jendela dan memandang pemandangan dari tingkat 34 itu hanya diam memikirkan sesuatu.
"Sesuatu telah terjadi pada kamu ke?"tanya Federico lagi dengan risau.
Bukan dia, tapi Thalia. Dia nak tahu betul ke ayahnya punca Thalia kehilangan kedua-dua ibubapa?"Saya nak tahu sesuatu..."katanya dengan nada termenung.
"Mengenai apa?"
Baru la dia berpaling dan menghadap katil dimana Federico sedang terbaring. Perlahan-lahan langkahnya di atur mendekati katil. "Betul ke tuan pernah menyebabkan dua beradik kehilangan ibubapa mereka?"tanya dia setelah berdiri cukup hampir di tepi katil.
"Siapa maksud kamu?"
"Felix Neston dan Thalia Nesrin." sebutnya semasa. "Pasangan Neston dan Nesrin adalah ibubapa mereka. Menurut maklumat yang saya terima, tuan pernah mempunyai masa lampau dengan dua orang ni...betul ke tuan telah bunuh mereka kerana inginkan anak perempuan mereka sebagai pertukaran kedudukan sebagai Pemimpin Utama Bandar Phantom 19 tahun yang lalu."
Tidak semena Federico turunkan topeng oksigen tu dari muka ke bawah dagu lalu pandang ke arahnya dengan sengih meleret. "Nampaknya kamu sudah tahu mengenai hal tu..siapa beritahu kamu mengenainya?Ayah sedaya upaya menyimpan cerita ini bertahun lamanya."
Terus mencerlung kening dia."Jangan nak buang masa saya...sekarang beritahu saya. Betul ke?"Jangan buat dia semakin susah untuk maafkan ayahnya. Cukup apa yang dia rasakan sekarang. Jangan ditambahkan lagi. Dia tak kuat nak hadapinya seorang diri.
"Ianya benar ayah pernah berkenalan dengan pasangan ni. Tapi apa yang dikhabarkan tu sama sekali salah. Memang benar ayah mahukan anak perempuan mereka, tapi bukan sebagai pertukaran. Tapi sebagai pasangan untuk kamu suatu masa nanti. Neston adalah sahabat baik ayah. Kami berdua sama-sama bina legasi kita untuk bangunkan bandar ni...oleh kerana persahabatan kami, ayah ingin satukan anak kami berdua sebagai balas budi baik Neston. Namun di suatu malam, ketika ayah dan Neston dan keluarganya keluar bersama. Mereka telah diserang oleh musuh ayah. Mereka fikir kereta yang Neston tumpang mempunyai ayah, jadi mereka letupkan kereta tu.Maka Neston dan Nesrin maut di tempat kejadian. Ayah tiada pada masa tu kerana berada di kereta belakang mereka. Ayah saksikan semua. Ayah tak berani beritahu semua tu pada sesiapa sebab ayah takut hal yang sama berlaku terhadap kamu." ceritanya Federico dengan panjang lebar dari balik nafas tercungap-cungapnya.
"Sebab tu tuan tak pernah sentuh Felix sedangkan dia buat hal dalam bandar ni. Sebab tuan berhutang nyawa dengan dia dan adiknya?"soal dia yang telah menjawab persoalan dia selama bertahun lamanya. Alasan kenapa Felix tak pernah tertangkap lepas buat urusan jenayah tanpa kebenaran dalam bandar ni.
"Ya...ayah tak sampai hati nak halang. Setiap kali ayah pandang muka Felix, dia mengingatkan ayah pada Neston. Kerana itu la."
End pf flashbacks
"Ehem!"suara berdehem kedengaran dari tepi sofa tempat dia duduk.
Tersentak dari lamunannya, Tristan palingkan kepala ke sisi sofa sebelum terpandang orang kanannya. "Kenapa?"
"Maafkan saya kerana menganggu rehat tuan. Tapi ada perkara penting yang tuan perlu tahu."
Tristan pandang semula ke skrin televisyen di depannya yang sedang menayangkan siaran drama. "Apanya?"sambutnya dengan grumpy. Penat!Beberapa hari ni dia tak dapat nak berehat dengan betul!
Orang kanan Tristan kemudiannya tunduk membongkok mendekati tepi kepala tu sebelum berbisik."Markas Felix telah di serang. Seperti yang dirancang oleh tuan dengan mereka bertiga tempoh hari, Ketua mafia tiga section telah serang tempat itu hingga semuanya tinggal debu dan sisa runtuhan. Tiada siapa yang terselamat. Felix cedera parah. Namun maut ketika tiba di hospital."
Tristan yang dengar hanya buat muka tak ada perasaan. Sikit pun tak tunjuk rasa teruja atau gembira mendengarkan semua itu. "Okay." balasnya begitu saja.
Tidak lama selepas itu, Thalia pun muncul dengan segelas mug di tangan yang mengeluarkan wap dari arah dapur. Dia jalan dengan berhati-hati sehingga la tiba di sofa dimana Tristan sedang duduk dan orang kanan lelaki tu sedang berdiri.
"Oh..ada orang ke?Saya cuma bawa satu je. Nak minum sekali ke?"tanya Thalia semasa serahkan mug di tangan kanannya ke Tristan sambil pandang orang kanan Tristan.
Tristan capai mug tu tapi dia letakkan ke atas almari sebelah sofanya setelah itu.
"Tidak perlu cik. Saya hanya sekejap saja di sini. Dah nak pergi pun."orang kanan Tristan geleng kepala sambil beri senyuman mesra kepada Thalia.
Thalia tarik senyuman nipisnya semasa duduk di sebelah Tristan tapi masih memandang lelaki itu.
"Kalau begitu saya minta diri dulu tuan."pamit orang kanan Tristan serta merta sebelum berpaling dari situ.
Thalia perhatikan langkah orang kanan Tristan dengan hairan. Kalut sangat nak pergi cepat tu kenapa? Bukannya dia kisah pun. "Apa yang berla-"tengah Thalia bercakap dan gerak untuk pandang ke Tristan, tidak semena lelaki tu tumbang ke sisi lalu baring di atas ribanya dengan mengejut. Terkebil-kebil sekejap Thalia sewaktu tunduk memandang ke ribanya.
Tristan baring atas sofa tu berbantalkan riba Thalia sambil menghadap perut tu. Tangan sebelahnya melingkar erat sekeliling pinggang Thalia kemudian itu. "Dodoi aku."mintanya dengan mata terpejam.
"Hah?"nganga Thalia dengan tangan dia terangkat di atas. Tak tahu nak beri reaksi apa dengan tindakan mengejut Tristan. "Dodoi awak?"
"Hm."jeda Tristan dengan pendek sewaktu rehatkan dahinya ke perut Thalia.
Takut-takut hendak sentuh Tristan, tangan Thalia terapung di atas kepala tu buat beberapa saat sebelum hinggap lembut di rambut hitam berkilat Tristan lantas di usap dari atas ke bawah beberapa kali.
Merasakan usapan itu, Tristan pun lepaskan hela nafas leganya yang panjang lantas eratkan lagi pelukan pada pinggang tu. Dia pejam matanya seeratnya untuk cuba berehat. Setelah sekian lama, dapat jugak dia tidur tanpa risaukan apa-apa lagi.
"Awak okay ke?"tanya Thalia sewaktu tunduk memandang tepi muka Tristan.
"Hm."angguk Tristan dengan perlahan.
Thalia kemudiannya diam. Dia nampak Tristan macam penat sangat, jadi dia ambil keputusan untuk diam lantas memandang ke skrin televisyen. Melihat apa saja siaran yang di paparkan di dalam televisyen itu sambil melarikan jari jemarinya ke rambut tu dengan lemah lembut.
Share this novel