Seperti yang diarahkan oleh Felix, Thalia tiba di lokasi pertemuan yang di sebutkan olehnya. Iaitu disebuah hotel mewah di tengah bandar phantom. Untuk tidak menarik perhatian atau kelihatan mencuriga, Thalia di arahkan untuk berdandan seperti seorang wanita kaya dan bergaya.
Nak bergaya macam mana pun dia tak tahu. Jadi dia berdandan la seadanya dan sesopan yang boleh dengan dress labuh paras lutut tanpa lengan warna biru navynya dan bersanggul kemas serta mengenakan solekan ringkas.
Masuk saja dalam bangunan hotel itu, dia terus ke pintu lif dan tekan butang tingkat 25. Berdiri saja dalam lif tu, Thalia dah mula tak senang duduk. Entah kenapa dia rasa ada something yang tak kena akan berlaku. Tapi tak sure apa dia. Tengah dia termenung sendiri mengenang apa yang bakal menimpa nasibnya, pintu lif di depan dia terbuka perlahan-lahan.
DING!
Pintu lif terbuka di tingkat 19 tiba-tiba.
Thalia yang ada dalam lif tu berdiri kaku kejung seperti patung semasa pandang ke depannya. Penuh depan pintu lif tu dengan manusia bersut hitam. Macam kambing biri-biri di kerumuni dengan serigala, Thalia terus bersandar dekat dinding lif dengan takut!
Dah agak!
Mungkin ini pengakhiran hidup dia!
Kalau dia mati, dia janji, dia akan hantui hidup Felix dengan roh hantunya nanti!
Huhuhuhuhu!
Dia tak nak mati awal!
Dia nak kahwin. Nak hidup bahagia!
"Kau faham tak aku tak nak dengar apa-apa. Kau cari aku perempuan bernama Thalia tu sampai dapat!"marah lelaki pertama kepada lelaki di sebelahnya sewaktu berjalan masuk ke dalam lif.
"Tapi tuan-"
Perbualan mereka terhenti bila mereka Nampak wanita bersanggul dan bermata bulat memandang mereka seperti orang tercekik biji durian. Pucat lesi muka tu macam nak pengsan.
Tak berkedip, Thalia pandang lelaki pertama yang sebut namanya tadi. Asal nama dia pulak kena ungkit?Sekali tu lelaki tu bertentang mata dengan dia. Oh sh*t!Athalia membutang mata selepas menyedari sesuatu setelah nampak muka tu. Lelaki ni adalah lelaki yang dia tolong bawak ke hospital hari tu!Damn! Kenapa lelaki nak cari dia!
Kemudiannya mereka tidak hiraukan Thalia. Mereka berdiri dekat situ lalu diikuti tiga orang kemudian jadi enam orang. Lantas buatkan lif itu di huni lebih kurang 7 orang lelaki. Sementara Thalia yang berdiri dekat penjuru lif hampir nak terkucil dekat situ sebab takut.
Pintu lif pun tertutup sebelum ia gerak naik.
Senyap sunyi lif tersebut bila semua lelaki di situ focus pandang ke depan dan tidak menghiraukan Thalia seakan Thalia tiada di situ.
Lalu lelaki yang sama bersuara lagi. "Tingkat berapa dia orang akan jalankan urus niaga dia orang nanti?"
Thalia kerling ke lelaki yang mengenakan kemeja putih tidak di butang dan lengan baju di sinsing hingga ke siku.
"Tingkat 25."
"Dan siapa je yang terlibat dalam urus niaga tu?"
"Siapa lagi kalau bukan Felix dan si gemuk tu...dah diberi amaran masih jugak berdegil."
Tidak semena, Thalia yang mahu telan air liur sendiri tersedak lantas terbatuk-batuk lepas dengar akan nama abangnya di sebut. What the heck! "Uhuk!Uhuk"batuk dia sambil tepuk dada dan tekak yang senak!Gosh! Ini ke perasaan tak sedap yang dia rasakan sejak awal tadi?
Dengan serentak semua yang ada di situ palingkan kepala dan pandang ke Thalia di penjuru lif itu.
"Uhuk!Uhuk!"batuk Thalia sambil letakkan kepalan penumbuk di depan mulut. Haish!Time ni jugak nak tersedak dah kenapa.
"Cik tak apa-apa?"tanya lelaki yang Thalia selamatkan dengan kening berkerut.
Thalia angkat thumbs up sambil terbatuk-batuk dengan muka kemerahannya. Perit betul! Air liur je pun.
DING!
Pintu lif terbuka semula setelah ia tiba di tingkat 25. Thalia tetap berada dalam lif itu sementara mereka yang lain berjalan keluar dari situ seorang demi seorang. Lelaki pertama tadi berdiri dekat depan pintu lif tu lalu pandang ke Thalia buat seketika sebelum bergerak ke kanan koridor.
Thalia apa lagi!
Mission abort!
Urusan mereka telah terdedah! Kalau dia pergi jugak. Entah nyawa dia pun ikut melayang nanti!
Dengan tergesa-gesa, Thalia tekan butang tingkat lobi. Dia kena keluar dari sini. Sudahlah nyawa dia hampir melayang, malah lelaki itu mencari tahu siapa dia! Nak menangis betul!Ugh!
Kenapa la nasib dia tak boleh malang lagi dari ni!
Share this novel