Krit~~
Bunyi engsel pintu bergesel buatkan dia yang dengar menyorok dekat belakang badan Desmond. Nafasnya mula tidak menentu, degupan jantung mula laju. Dan panic mode dia mula on. Buatkan kepala dia mula pening dan tekak dia mual.
Desmond lirik ruangan yang pada awalnya penuh dengan tubuh dan darah kini bersih seperti tiada apa-apa telah berlaku. Kagum sekejap dia dengan hasil kerja mereka membersihkan tempat kejadian. Telinga dia tergerak-gerak sewaktu hendak kesan apa-apa yang asing dalam ruangan itu. Namun tiada apa-apa. Rumah pangsa ini clear!
"Awak selamat. Tiada apa-apa di sini."beritahu Desmond sambil pandang ke belakang bahunya.
Thalia keluar dari belakang Desmond dan berdiri dekat tengah ruang tamu pangsanya dengan nafas takutnya. Imej dimana lelaki-lelaki penyangak dan rakan-rakan Felix mula terpancar depan matanya. Macam mana kalau ada yang datang temui dia dan lakukan hal yang lebih teruk dari tu! Dia tak nak hadapinya lagi!
Ketika itu, Desmond gerak ke jendela yang menghadap apartmentnya. Dia berdiri dekat situ memandang dingin sekeliling bawah bangunan itu sebelum menghadap Thalia semula. "Awak...ada ahli keluarga lain dekat sini ke?"tanya Desmond walaupun dia tahu segalanya mengenai Thalia termasuk la ahli keluarga wanita ini.
Thalia pandang Desmond dengan mta sembam dan wajah pucat tiada tenaganya lantas menggeleng kepala. "Tak ada. Felix satu-satunya keluarga yang saya ada. Dan rumah ini adalah tempat saya membesar."beritahu dia yang gerak perlahan-lahan mahu duduk di sofa. Kakinya terasa seperti jeli sekarang ni. Dia tak ada tenaga nak berdiri lama.
"Adakah rakan-rakan Felix tahu mengenai diri awak?"tanya Desmond lagi semasa jalan menghampiri sofa dimana Thalia hendak duduk.
"Saya tak tahu."jawab Thalia dengan nada termenungnya.
Desmond kerling ke ruang itu dengan cermin matanya lalu terkesan sesuatu di sudut pasu bunga yang ada di sebelah televisyen. Dia boleh Nampak kerlipan bintik merah dan lensa kamera tersembunyi di celah tumbuhan dalam pasu tersebut. Mereka akan awasi Thalia nampaknya.
"Awak tak apa-apa kalau saya tinggalkan awak sendirian di sini?"tanya Desmond semasa ambil tempat di sebelah Thalia.
Thalia pandang ke Desmond. Dia berkerut kening sambil mengetap gigi. Dia tak nak ditinggalkan sendirian. Tapi dia tak nak Nampak macam perempuan yang lemah dan harapkan bantuan orang. Mahu tak mahu dia hanya mengangguk kepala kecil.
Mata Desmond terarah pada gelang tangan pemberiannya pada Thalia masih terpasang di pergelangan itu lantas berkata. "Kalau macam tu awak berehat la. Saya keluar dulu."pamitnya semasa bangun dari situ.
Thalia membutang mata takutnya semasa Desmond bangun dari situ. Nafasnya mula naik turun kerana dia mula ketakutan. Macam mana kalau ada orang jahat datang nak serang dia! Culik dia!Apa-apakan dia! Dia tak berani nak hadap semua ni sendiri!Kain hoodie milik Desmond yang dipinjamkan kepadanya di cengkam Thalia dengan kuat cuba cari sokongan dari balik cengkaman itu.
Jangan pergi! Tolong jangan pergi!
Desmond berjalan dan berjalan sehingga la tangan dia naik hendak memegang tombol pintu itu. Tepat semasa Desmond mula hendak pulas tombol tersebut, pintu itu diketuk dari luar.
Knock!
Knock!
Kepala Thalia serta merta tersentak ke pintu.
Sementara Desmond berdiri kaku dekat situ. Hairan apa yang sedang berlaku, Desmond pandang ke Thalia dan isyaratkan wanita itu supaya bangun lalu dekati dia.
Tak fikir lama, Thalia terus lari ke Desmond dan berdiri rapat di tepi lelaki tu. Mata dia dengan bulat memandang ke pintu rumahnya. Siapa pulak yang datang ni?
Knock!
Knock!
Sekali lagi pintu diketuk.
Dah jadi kebiasaan, Desmond seluk tangan ke belakang seluarnya, memikirkan pistolnya ada di situ, tapi sekali bila dia pegang ianya tiada di situ! Shoot! Dia terlupa yang dia tidak pegang senjata semasa Bersama dengan Thalia. Jadi masa dia kesini, dia tidak bersedia langsung!
Thalia cengkam kuat lengan Desmond. Berharap lelaki ini akan lindungi dia apa saja yang sedang menunggu dekat luar pintu rumahnya itu.
Share this novel