Part 53

Crime Completed 11380

KETIK!

KETIK!

KETIK!

Papan kekunci komputer itu ditaip laju dengan Tristan. Dia tengah lakukan sesuatu mengenai akaun wang keluarganya ketika ini.

Disebabkan Alexander bertanggungjawab menjaga ayah mereka, maka semua urusan di atur oleh Tristan dari atas ke bawah termasuk la aktiviti dan kegiatan jenayah mereka.

Oleh kerana terlalu sibuk ke belakangan ini demgan urusan keluarga dan bandar, Tristan langsung tak ada masa untuk buat sebarang urus niaga dengan mana-mana delaer atau supplier barangan yang mahu berurusan bersama dengan pihak dia.

Tambahan pula hari perjumpaan secara besar-besaran bakal tiba. Ianya memadatkan lagi jadual Tristan sepanjang beberapa minggu ini.

Knock!

Knock!

Ketukan pintu kedengaran tidak lama kemudian.

"Masuk.."arah Tristan tanpa alihkan mata dari skrin monitor.

Pintu ikut terbuka. Tiga orang lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng mulut berjalan masuk sebelum berdiri tegak di depan meja kerja dalam bentuk segi tiga.

Sesaat kemudiannya baru la orang kanan Tristan masuk dan berdiri di depan sekali. Dia berdiri dekat situ tak bersuara. Hanya tunggu Tristan yang beri perhatian terlebih dahulu baru dia bercakap. Sebab tabiat Tristan ni kalau tengah kerja, memang tak boleh diganggu. Jadi kena tunggu Tristan sendiri yang habis dulu baru la boleh bercakap dengan lelaki ni.

Dekat 20 saat keadaan dalam ruangan tu senyap tak ada bunyi kecuali bunyi ketikan keyboard saja yang kedengaran.

"So apa ceritanya?"tanya Tristan sambil tekan beberapa keyboard di situ sebelum pandang ke mereka semua di situ.

Orang kanan Tristan beri anggukan kecil. "Seperti yang tuan rancangkan, Desmond dan angkatannya berjaya dihapuskan dengan Geng Felix."

Tristan sikit pun tak tujuk sebarang reaksi. Malah hanya pandang bosan ke anak buahnya itu. Bukan itu yang dia nak dengar. "Kemudian?"

Orang kanan Tristan blur sekejap. Apa maksud tuannya ni? "Pangkalan mereka di musnahkan. Tiada sesiapa yang tersisa dalam serangan tu?" jawabnya dengan nada tidak pasti. Harap-harap dia tak salah cakap.

Tristan lepaskan keluhan malas lalu pandang jengkel ke anak buahnya. "Macam mana dengan Thalia?Felix apa-apakan dia jugak ke?"tanya dia dengan nada jengkel.

"Oh...cik Thalia ke. Dia okay. Tak apa-apa. Kini dia telah dibawa ke markas rahsia Felix." beritahu orang kanan Tristan.

Tristan yang dengar mengangguk faham. Kemudiannya di kerling ke tiga lelaki di situ. "Yang dia orang ni apa pulak?"

Orang kanan pandang ke mereka bertiga sekejap sebelum pandang ke Tristan. "Orang dalam yang tuan minta hari tu untuk di bawa masuk ke dalam Tiga Geng besar yang berpihak pada Felix. Mereka la orang yang jadi mata dan telinga kita selama ini."

Tristan jungkit kening tersentak. Lupa pulak dia. Ala maklum la benda dah lama di rancang. Dia sendiri ingat-ingat lupa.

"Tuan yang minta saya bawa mereka ke sini. Itu yang mereka ada di sini."

"Ya-ya...aku ingat."Tristan lambai tangan tak kisah dengan semua penjelasan tu. Lantas dia pandang ke mereka dengan renungan dingin."So kau orang tahu selok belok markas rahsia Felix la ni?"

Ketiga-tiga mereka mengangguk dengan serentak.

"Good. Sebab aku ada tugas untuk kau orang nanti." Tristan capai pen yang ada di mejanya lalu dipusing diantara celah jarinya.

Orang kanan Tristan pandang serius ke Tristan lepas dengar kata-kata tersebut. Pelan jahat apa lagi yang tuannya hendak lakukan kali ni?

"Apa tugasannya?"tanya orang kanan Tristan.

Tristan pandang ke orang kanannya lalu tersengih meleret penuh muslihat. "Sesuatu yang menyeronokkan."katanya.

Ketiga-tiga mereka di situ diam tidak berkata apa-apa. Hanya perhatikan mimik muka serius yang di berikan oleh Tristan kepada mereka.

Dengan muka berlagak yakinnya, Tristan sandar ke kerusi sambil rehatkan tangan atas perutnya lantas berkata. "Aku nak kau orang sebarkan fitnah tentang Felix kepada setiap ketua kau orang. Dengan mengatakan bahawa Felix akan tikam mereka dari belakang setelah mereka pilih Tristan sebagai Pemimpin Utama baru dalam bandar ni. Bagi tahu lagi yang Felix nak bunuh mereka dan conquer semua tanah dan aktiviti dalam bandar ni seorang diri."

Tersentak naik kening orang kanan Tristan lepas dengar. Terkejut dia sebab tak jangka ini rancangan seterusnya Tristan.

"Baik!"sahut mereka bertiga dengan serentak.

"Tapi sebelum tu..aku nak kau bawa aku masuk dalam markas Felix. Ada sesuatu yang aku nakkan dari situ."sambung Tristan.

"Seorang diri ke?"tanya seorang dari mereka.

"Yup...seorang diri. Ketua kau akan buat lawatan ke situ untuk berurusan dengan Felix kan?Bawa aku sekali nanti."pesan Tristan bersana renungan penuh nekad.

Mereka di situ tidak bercakap apa-apa selain mengangguk kepala mengiyakan permintaan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience