Flashbacks
"Dari mana kau dapat tahu pasal ni?"
"Ada yang nampak."
"Kau sure?"
"Ya...tapi tak pasti siapa sebab mereka kenakan topeng mulut dan topi...kalau ada pun yang pakai baju biasa, mereka tak boleh nak dibezakan."beritahu orang kanannya.
"Habis tu dari mana kau tahu dekat mana Thalia sekarang?"tanya dia.
"Ada yang beritahu pada anak buah kita...tapi tak ingat siapa yang beritahu."
"Kau ada cakap dekat sesiapa ke kita cari Thalia?"tanya dia lagi.
"Tak. Soal mengesan Thalia hanya saya dan dua orang budak biasa yang selalu keluar dengan saya masa nak kutip duit je yang tahu."
"Jadi kau nak cakap, ada orang sengaja sembunyikan kedudukan Thalia kemudian sengaja dedahkan dia?"tanya dia lagi yang cuba fahamkan situasi yang sedang berlaku sekarang ni.
"Nampaknya begitu la."
"Kalau macam tu arahkan anak buah yang lain supaya berjaga-jaga. Kawal pergerakan supaya tak diekori. Kalau boleh dapatkan maklumat tentang pengintip-pengintip yang berkeliaran ni."pesannya.
"Baik tuan."
Permukaan meja si tumbuknya dengan bengang.
Cis!
Tak guna betul!Siapa pulak yang nak perangkap dia menggunakan Thalia? Adakah Thalia tahu mengenai hal ni?Atau Thalia bekerjsama dengan Felix untuk permainkan mereka?
End of flashbacks
Kalau tak ada sesiapa yang tahu, macam mana boleh ada yang datang pada mereka dan dedahkan kedudukan Thalia kepada dia. Lagi satu...macam mana Felix boleh tahu Thalia menemui dia dan Alexander hingga sanggup ambil risiko keluar dari tempat persembunyian semata nak kerjakan Thalia?
"Tristan. Aku tanya kau ni...dengar tak?"tanya Alexander yang sedang berdiri di sebelahnya.
Tristan buat muka jengkel masa pandang Alexander. Rimas dibuat lelaki ni yang sejak tadi tak habis-habis tanya soalan."Apa kau nak?"sentapnya. Tak nampak ke dia cuba berfikir sekarang ni. Sibuk je nak tahu!
"Aku tanya kau..kenapa dengan Thalia. Dan kenapa kau boleh ada bersama dengan dia?" Alexander silangkan tangan ke dada sambil pandang Tristan dengan kening mencerun.
Tristan merenggus kasar. Rambutnya dikuak kasar dengan jari jemari. Apa dia kena cakap ni?
"Wei!Jawab la."gesa Alexander lagi lepas Tristan diam tak bercakap.
Hish! "Felix..."sebut Tristan sesaat kemudian. Dia tarik muncung tak sukanya lalu tunduk menggosok belakang tengkuknya. "Dia..abang kepada Thalia. Dia yang sakiti Thalia. Semuanya kerana kita bergaul dengan Thalia, Felix hukum dia."
"Apa?"tangan yang bersilang itu jatuh ke sisi. "Felix?Abang Thalia?"sebut Alexander dengan wajah tergamam yang amat. Tak mungkin! Thalia tak mungkin adik kepada Felix. Kalau macam tu, maknanya dia takkan ada peluang untuk bersama dengan Thalia!
"Ya. Sekarang berhenti tanya aku soalan." arah Tristan semasa gerak hendak ke arah biliknya semula. Pasti doktor sudah selesai merawat Thalia.
"Sekejap...apa maksud kau Felix kerjakan Thalisa sebab dia bergaul dengan kita?Itu maknanya Felix dah keluar dari tempat persembunyian dia?"tanya Alexander sambil pegang lengan Tristan. Nak halang adik tirinya dari pergi.
Urghh!Tristan membuat muka kejengkelan lalu paling kepala semula ke Alexander. Itu yang buat dia tak faham sekarang. Kenapa Felix boleh tahu dan lelaki tu sanggup keluar dari persembunyian demi membelasah Thalia. Tak ke pelik semua ni?
"Mana la aku tahu. Dah la..rimas la kau ni." Tristan berpaling dari situ dan gerak ke arah di mana lorong selekoh biliknya berada.
Alexander yang ditinggalkan hanya berkerut kening tak faham sewaktu perhatikan langkah
Tristan menjauh dari situ.
Kenapa Tristan boleh bersama dengan Thalia. Bukan ke dia yang temui Thalia dahulu...takkan la Tristan cuba nak bersaing dengan dia walaupun Tristan tahu yang dia ada feeling pada Thalia?
Share this novel