Malamnya Felix keluar dari rumah. Lelaki tu tak beritahu kemana akan pergi, dengan siapa dan dimana akan menetap. Felix hanya pergi begitu saja meninggalkan dia seorang diri dekat rumah macam tu je.
Oleh kerana terlalu takut, sampai ke subuh dia duduk dekat sofa ruang tamu, termenung memandang pintu rumahnya. Dia terlalu takut nak tidur sebab mana la tahu kan, tengah dia tidur, tiba-tiba pintu rumah dia kena serbu ke apa kan..tak pasal-pasal sudah. Itu yang dia berjaga.
Sekali bila dah masa dia untuk bekerja, Thalia baru la bangun dari sofa dan bersiap untuk ke tempat kerjanya seperti zombie baru bangkit dari kematian. Sepanjang masa tu dia cuma buat muka termenung dan penatnya saja.
Entah apa yang di pakai, entah apa yang disarung ke badan, langsung tak di pedulikannya.
Dekat jam 8 pagi, Thalia keluar dari rumah pangsanya seperti pencuri takut kena tangkap. Dia terhendap-hendap nak pastikan tiada sesiapa yang mencurigakan berkeliaran dekat sekitar rumahnya. Mujur la setiap jalan itu ada pokok untuk dia sembunyikan diri kalau-kalau ada kereta lalu lintas di jalan tepinya.
Kelihatan tak masuk akal, tapi itu la kenyataannya.
Dalam perjalanan tu, Thalia singgah ke kedai bunga untuk pulangkan payung yang dipinjamkan kepadanya pada hari itu. Setiba dia di depan kedai itu, dia di sambut oleh orang lain. Bukan penjual bunga yang murah dengan senyuman itu lagi. Tapi sebaliknya Desmond. Lelaki bercermin mata dan berapron coklat dan berkemeja biru cair dekat belakang kaunter itu.
Sambil melangkah kecil mendekati kaunter itu, Thalia cengkam payung di tangannya cari semangat nak bersuara terlebih dahulu mahu menyapa. Tiba-tiba dia rasa gemuruh hendak berdepan dengan sesiapa sekarang ni.
Desmond yang sedang tunduk membungkus bunga dekat belakang kaunter itu perasan ada yang berjalan masuk. Sambil tangannya sibuk bekerja, sambil tu dia angkat kepala lantas memandang ke tepi kaunternya sebelum terpandang Thalia.
"Selamat datang."ucap Desmond dengan mesra bersama senyuman di bibir.
Thalia diam tak balas ucapan tu sehingga la dia berdiri depan kaunter tu lalu letakkan payung tersebut di atasnya.
Mata Desmond gerak memandang payung sebelum naik semula memandang wajah tidak bermaya Thalia.
"Terima kasih.."ucap Thalia dengan perlahan. "Untuk payungnya."dia pandang kosong ke Desmond. Kepalanya tidak berfungsi dengan baik sekarang. Jadi dia tak boleh nak fikir apa-apa selain terbayang dua wajah yang buatkan dia takut.
"Tak mengapa. Ianya sekadar payung."balas Desmond serta merta. "Awak tak apa-apa ke Thalia?"tanya dia sambil perlahan-lahan meletakkan gunting yang dipegangnya tadi ke tepi bunga.
Thalia mengangguk kepala dengan perlahan. "Ya. Saya minta diri dulu."pamit dia sewaktu berpaling dari situ dengan langkah yang berat.
Desmond yang perhatikan langkah Thalia gigit bawah bibirnya. Sedang berkira-kira patut ke dia dapatkan Thalia dan halang wanita itu dari pergi, atau biarkan saja.
BOOM!
Terkejut terus Desmond bila dia tengok bekas pasu plastic yang ada dekat tepi laluan pintu masuk terjatuh menghempap Thalia lepas wanita itu terpelecok lalu terlanggar benda tersebut semasa terduduk dekat lantai tu.
Tanpa berfikir panjang lagi, Desmond panjat kaunter tu lalu lompat melepasinya begitu saja sebelum bergegas ke arah Thalia.
Macam mana la boleh terjatuh ni!
"Thalia...ya tuhanku. Awak tak apa-apa ke?"tanya Desmond semasa tegakkan semula pasu plastic tu lalu alihkan bunga palsu yang tumpah mengenai Thalia ke tepi lantas pimpin Thalia bangun dari situ.
Seperti baru sedar dari mimipi, Thalia pandang terkejut ke Desmond dengan apa yang baru saja berlaku. Apa yang dah berlaku?Macam mana dia boleh terjatuh?Mesti macam karung kentang terjatuh kan? "Ya..saya okay."angguknya sambil membuka mata dengan luas.
Desmond tersengih menahan diri dari ketawa dekat situ. Maybe kalau dia tengok rakaman CCTV semula, dia akan dapat imej yang jelas macam mana Thalia jatuh tadi. Aduhai...kelakar betul la. "Awak sure?Awak nampak macacam tak tidur semalaman je?"duga dia.
"Sure...saya okay. No worry."angguk Thalia sambil buat thumbs up. Bapak ah! Malu betul! Ugrh. Kenapa la boleh terjatuh dekat sini. Dia jalan macam mana tadi sampai boleh terpelecok. Buat lawak badut pulak dekat depan lelaki handsome ni.
Desmond turunkan tangan dia dari lengan Thalia lalu jarakkan sedikit dirinya dari wanita itu. "Okay kalau macam tu. Hati-hati masa berjalan nanti."pesannya Bersama sisa sengih nipis di bibir.
Sambil gosok punggung tempat dia mendarat tadi, Thalia berjalan keluar dari kedai tu sambil tunduk memandang ke bawah kerana berasa malu yang amat setelah insiden yang berlaku sebentar tadi.
Aduh...nasib malang dia ni memang tak boleh bawak bincang betul!
Share this novel