Part 18

Crime Completed 11380

Pergh!

Sambil pejam mata menahan sakit, tangannya naik mahu memegang belakang badannya. Adui...berapa kali dia kena jatuh hari ni?Sakitnya la!"Uhuk!Uhuk!"batuknya nak hilangkan rasa sebu di belakang badannya.

Masa itu la satu bayang memayungi Thalia dari atas. "Awak okay?"tanya Alexander dekat atas semasa tunduk memandang Thalia yang terbaring dekat atas jalan tar tu.

Nampak dia okay ke?Tak Nampak dia sudah bercalar balar ni??Tangan dia bercalar...maruah dia tercalar..bukan sekali. Tapi dua kali untuk hari ini. Di depan dua orang lelaki yang sepatutnya tak ada kaitan dalam hidup dia selama ini!Sumpah dia nak menangis!

"Nak saya tolong?"Alexander hulur dua tangan untuk disambut Thalia sewaktu bongkok nak dapatkan Thalia.

"Tak apa. Saya boleh bangun sendiri."renggus Thalia dengan muka tak puas hati. Yang lelaki ni kejar dia dah kenapa! Buat dia takut je la!

Alexander tidak hiraukan kata-kata Thalia malah dia terus pegang kedua-dua bawah ketiak Thalia lalu dukung Thalia bangun dari situ.

Thalia cuba berdiri sendiri, tapi dia gerak hendak terjatuh semula lepas kaki yang dia tergelincirkan tadi sudahpun terseliuh. Nak tak nak dia terpaksa pegang lengan Alexander untuk sokong dirinya dari terjatuh.

"Kenapa awak lari...kan saya dah panggil suruh berhenti tadi?"tanya Alexander semasa tunduk memandang kaki Thalia yang sudah terjengket dalam kesakitan.

Thalia buat muka what the hell lepas dengar kenyataan itu. Dia kerutkan kening geramnya semasa pandang lelaki yang dia selamatkan di kubur tempoh hari. Salah dia ke?Dah lelaki ni kejar dia buat apa! Memang la dia lari! Haish...naik gila betul dia dibuat semua ni!

"Awak tu kejar saya kenapa?"gerutu Thalia.

"Dah awak lari."jawab Alexander dumbfounded.

"Saya lari sebab awak kejar saya. It common sense okay."marah Thalia yang sama sekali tidak tahu siapakah lelaki yang sedang berdiri di depannya.

"Pfftt...ahahahahah"Tidak semena Alexander meledak ketawa gara-gara teringat akan keadaan dimana Thalia jatuh berguling-guling tadi. Dia tunduk sewaktu ketawa tapi tangannya masih ditegakkan untuk menyokong Thalia."Sorry...ahahaha"ketawanya lagi tak boleh nak berhenti. Dia tahu tak patut digelakkan orang yang terjatuh. Tapi masalahnya ianya terlampau kelakar untuk di biarkan macam tu je!

Thalia pandang lelaki di depannya atas bawah dengan muka tak faham. Dah kenapa pulak ni?Tadi kejar orang, Kemudian marah orang. kemudian gelakkan orang. Psiko apa? "Apa yang kelakarnya?Memangnya tengok orang sakit seronok ke?"

Alexander menggeleng kepala Bersama sisa ketawanya. "Tak..maafkan saya. Saya tak-ahahahah!"ketawanya meledak lagi lepas tengok muka Thalia, serta merta imej jatuh berguling tadi bermain dalam fikiran dia. "Oh my goodness.."lafaznya termengah-mengah. "Awak boleh jalan tak ni?Nak saya pimpinkan?"tanya dia sambil seka air mata yang berkumpul dekat tepi mata dengan jari telunjuknya.

Berasa jengkel mendengar ketawa Alexander, Thalia tolak lengan tu jauh dari dia. "Tak payah. Just jauhkan diri awak tu dari saya!"arahnya semasa mula jalan terincut-incut nak patah balik ke laluan tadi.

Alexander ekori langkah Thalia lalu pegang lengan tu nak bantu, tapi malah direntap kasar dari cengkaman lembutnya.

"Tak payah pegang! Ni beritahu saya!Awak nak apa dari saya sampai perlu kejar saya bagai?"soal Thalia dengan nada tak puas hatinya. Tak pasal-pasal kakinya terseliuh.

"Buahahahaha!"Alexander meledak ketawa lagi. Gembira la dia. Ini la kali pertama dia rasa happy macam ni. Kartun betul la cik sebelahnya ini. "Saya datang nak berterima kasih pada awak sebab bantu dan bawa saya ke hospital tempoh hari. Lama saya cari...tapi tak jugak temui awak hingga la satu masa tu saya dapat maklumat dari pihak hospital mengenai awak."katanya dengan sisa ketawa.

"Sama-sama. Sekarang tinggalkan saya seorang diri dan jauhkan diri awak dari saya. Saya tak nak ada urusan dengan mana-mana orang dari Geng Tatu Black Thorn!"arah Thalia semasa gerak semester jauh dari Alexander semasa mereka hamper tiba di pintu kecemasan restoran.

Alexander rapatkan jurang mereka semula. "Kalau saya cakap saya nak ada kaitan dengan cik macam mana?"dia tolong buka pintu kecemasan itu untuk Thalia setelah mereka tiba.

Berhenti sekejap untuk pandang Alexander, Thalia pandang tak berminat. "Tak nak. Nama pun awak pun saya tak tahu. Jadi jangan nak sibuk dekati saya!"tegasnya.

"Nama saya Alexander Frost."

"Tak peduli. Sekarang pergi dari sini!"arah Thalia yang kemudiannya melangkah masuk ke dalam restoran itu dan tutup pintu kecemasan tersebut depan muka Alexander.

Terhempas saja pintu itu, Alexander malah tersenyum lalu menggeleng kepala sebab gembira dengan apa yang dia sedang rasai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience