Part 37

Crime Completed 11380

At the end of the day...

Thalia tersadai dalam rumah agam Federico sambil di kawal ketat dengan minion Alexander dan Tristan.

Paling best sekali ialah baru tadi, masa makan malam, Thalia dapat jawapan untuk persoalannya. Iaitu kenapa Alexander dan Tristan boleh kelihatan sentiasa Bersama sehingga duduk sebumbung. Rupa-rupanya dua lelaki bermuka angel tapi perangai macam devil adalah adik beradik.

Woah...hebat betul ya aturan hidup ni!

Antara ramai-ramai dua orang ni juga yang bersaudara.

Memang putus fius Thalia lepas dengar kenyataan tu dari Tristan semasa mereka berdua makan malam Bersama. Alexander tak ada sekali masa makan. Entah mana lelaki tu hilang Thalia sendiri tidak ambil pusing. Sebabnya, masa Tristan tiada, lelaki tu ada. Lepas Tristan balik ke rumah agam itu, kelibat lelaki tu langsung tak kelihatan.

Selesai makan malam, Tristan beredar entah ke mana tidak di ketahui lokasinya.

Sementara Thalia balik ke bilik yang telah ditetapkan untuk dia di situ. Sendirian dia di dalam bilik itu, diam-diam, Thalia merangka rancangan untuk selinap keluar dari situ. Dia tak boleh lama-lama dekat sini. Pertama dia tak nak berjumpa dengan Federico. Kedua dia tak nak Felix hantar orang ke rumah agam ni dah cipta scene berdarah. Ketiga, dia segan nak duduk sebumbung dengan dua lelaki yang terkenal dengan pengaruh yang suka menindas dan membunuh orang tanpa belas ni. Yalah...dia sayang nyawanya. Mana mungkin dia nak biarkan dirinya tersekat antara dua malaikat maut ni!

Uhh..seram!

Jadi tepat pada jam 12 tengah malam itu, Thalia mulakan operasinya untuk keluar dari bilik tersebut. Menggunakan pengalaman selama 10 tahun dia yang biasanya dia gunakan untuk selamatkan diri dari Felix, Thalia menyusup seperti pencuri malam tu.

Sedaya upaya dia elakkan diri dari bertembung dengan mana-mana pengawal yang berkawal dalam rumah dan setiap tingkat rumah agam itu, akhirnya. Thalia tiba juga di depan pintu Utama. Mujurla waktu dia tiba di situ adalah waktu pertukaran shif. Jadi pengawal yang jaga pintu itu pergi untuk tukar turn dengan pengawal lain.

Bersama semangat yang berkobar-kobar dan perut memulas hendak terkucil, Thalia pegang tombol emas berbentuk 's' itu lalu di tolak ke bawah dengan perlahan-lahan. KLIK!Bunyi sesuatu berketik kedengaran dari belakang kepalanya tiba-tiba.

Shoot!

Takkanla!

Bagai guruh berdentum kuat, Thalia berdiri kejung dekat situ tidak bergerak serta merta. Matanya terbutang kaku memandang pintu di depannya. Alah! Dah kena tangkap ke!Susah payah je dia selinap macam ninja!Kantoi jugak?

"Going somewhere?"tegur suara tu.

Ya!Tak Nampak ke! Tanya lagi. Geram betul. Sambil gigit bawah bibir, Thalia perlahan-lahan pusingkan badannya menghadap ke belakang sebelum bertembung dengan muncung pistol betul-betul dengan batang hidungnya. Dia pandang muncung pistol dulu kemudian ke lelaki yang mengenakan t-shirt hitam fit pada badan dan slack hitam. Rambut hitam yang basah tu beritahu yang orang ini baru saja selesai mandi berdasarkan bau harum mandian yang bertandang darinya.

"Hihi...hai?"dengan sengih tak bersalah, Thalia lambai tangan kecil. Tidak tahu nak buat apa.

Tristan lentokkan kepalanya ke kanan sambil mengacukan pistol ke Thalia. "Apa kau cuba buat hah?Nak cuba lari ke?"tanya dia.

Thalia telan air liur takutnya kuat-kuat. Kalau air liurnya boleh bertukar jadi biji durian, lama dah dia tercekik sebab takut sangat. "Ma-mana ada"matanya gerak kanan dan kiri cuba cari idea. Sekali tu mentol idea muncul dalam kepala. "Saya nak keluar ambik angin.."tipunya yang kemudiannya pandang ke Tristan semula. Harap-harap lelaki ni percaya.

Tristan berdengus mengejek, dia Tarik sengih meleretnya. "Kau ingat aku ni b*d*h sangat ke!"terus dia tekan hujung pistol tu ke tengah dahi Thalia hingga buatkan Thalia bersandar dekat pintu itu. "Kau nak keluar dari sini untuk panggil geng Felix serang tempat ni kan?"duga Tristan yang merasa yakin bahawa Thalia adalah spy Felix yang sengaja perangkap dia dan buatkan dia kasihan pada Thalia dan bawa ke lokasi rahsia rumah agamnya supaya mereka tahu dimana kedudukan tempat selamatnya ini.

Terbutang luas mata Thalia lepas muncung pistol yang sejuk itu sentuh dahinya. Lah...dah kenapa pulak. Tak kuasa la dia nak cipta perang berdarah gara-gara dirinya. Malah dia nak keluar sebab nak elak dari hal tu berlaku ada la. "Mana ada...saya sendiri tak tahu dekat mana saya berada sekarang."jawab Thalia yang sandarkan kepalanya rapat ke belakang sebab takut kalua Tristan tekan picu dan peluru keluar dari pistol ni. Habis bersepai la otak dia yang tak cukup neuron ni nanti.

Tristan merapatkan ke Thalia lalu kecilkan mata saat memandang curiga ke Thalia. Susah betul la jadi orang jahat ni. Rasa insecure tu sentiasa ada dan prasangka buruk terhadap orang sangat la menjadi kebiasaannya. "Kau tahu aku takkan teragak-agak lepaskan tembakan ni?"

Thalia angguk kepala perlahan-lahan. Of course dia tahu Tristan takkan teragak-agak. Berlecak dah ketiak ni kerana peluh takutnya mula merintik dekat badan dinginnya. Dia boleh rasakannya! Nyawa dia bakal melayang sekejap lagi.

FLIK!

Dengar je bunyi tu, Thalia pejam mata dia erat-erat!

Masa dia dah tiba akhirnya. Huhuhu!Selamat tinggal dunia! Selamat tinggal pada pelan nak keluar dari sini!Selamat tinggal duit dalam bank!Selamat la kau dalam tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience