Part 28

Crime Completed 11380

Akhirnya!

Selepas berhari-hari dia cuba cari perempuan bertuah ni!

Dia temui jugak kemana perempuan ni menyorok!

Bukan main lagi dia keliling bandar, rupanya ada je berhampiran dengan tempat dia selalu lepak Bersama anak buahnya.

Dari dalam kereta, Tristan pandang melalui cermin tingkap kereta. Melihat wanita yang sedang tunduk memeriksa sesuatu dalam buku yang dipegangnya depan bank. Dia perhatikan tangan yang penuh dengan beg plastic berisi barang dapur dan beg tangan tergantung di lengan satu lagi. Lalu ke wajah yang tidak terpalit apa-apa sedang berkerut kening risaukan sesuatu.

"Mereka sudah bersedia.."maklum pemandu di depan tiba-tiba.

Dia yang dengar buat muka menyampah lalu topangkan kepalanya dengan tangan yang disikukan atas pintu kereta. "Buat je la...tak payah tunggu aku bagi arahan. Itupun nak diberitahu.."gerutunya. Apa la nasib dia dapat anak buah tak boleh pakai macam mereka ni. Semua perkara hendak di beritahu.

Tak lama Tristan beritahu, tiga lelaki bersut hitam lintas jalan lalu bergegas ke wanita yang sedang berdiri di tepi jalan seakan sedang menunggu itu. Mereka terus dukung orang tu atas bahu lantas di bawa pergi mendekati kereta di seberang jalan.

Tristan yang perhatikan hanya humming bersahaja menunggu semua itu selesai. Tidak semena pintu kereta sebelah Tristan terbuka dan suara orang menjerit mula kedengaran.

"Arghh!!!"teriak suara tu sambil meronta nak keluar dari situ.

Tristan yang tak perlu susah payah bergerak hanya hulur tangan lalu pegang kolar kemeja belakang orang tu lalu direntap dengan kuat sampai buatkan orang itu terbaring ke belakang dan kepala itu mendarat atas ribanya sesaat kemudian.

Terus senyap kereta tu lepas Tristan buat macam tu.

Terkedip-kedip tak percaya apa yang di lihat, Thalia dia pandang atasnya dengan nafas tertahan.

"Whassup."sapa Tristan sambil tarik sengih jahat meleretnya sewaktu tunduk memandang Thalia di ribanya.

"Awak?"tanya Thalia dengan nada tak percaya. Lelaki ni yang culik dia?

"Boleh gerak."arah Tristan semasa pandang ke depan beri arahan pada pemandunya.

"Baik."sambut driver tersebut itu serta merta.

Thalia cepat-cepat bangunkan dirinya dari riba Tristan. Uhh! Ni lagi seorang!

Dengan bersahaja Tristan guna jari telunjuk dia di dahi Thalia lalu tolak kepala tu jatuh semula ke ribanya semula.

"Hei!"marah Thalia selepas dia cuba bangun dari situ.

"Jangan gerak. Kau gerak, jangan salahkan aku kalau peluru ni tembus dekat kepala kau."Tristan juih bibir ke pistol yang ada dalam poket seat depannya.

Thalia apalagi, dia palingkan kepalanya ke arah itu lalu ternampak serta merta pistol tu. Kemudian dia paling ke Tristan semula. "Ada apa sebenarnya ni?Perlu ke culik saya bagai?Tak boleh ke kalau awak jumpa saya secara normal?"marahnya. Dia terkejut tahu tak. Ingatkan ada musuh Felix nak sakiti dia lagi.n

Tristan yang masih topang pipi pada tangannya itu pandang ke Thalia dengan kening kiri terangkat. "Secara normal?Seriously kau cakap macam tu?Dalam bandar ni memangnya kau boleh lakukan semua perkara secara normal ke?"soal dia.

Thalia terdiam sekejap, dia mati akal dengan soalan itu. Ya tak ya. Betul jugak. Yakah namapun Bandar Phantom, nama bandar pun kedengaran tak normal. Inikan lagi penduduknya.

Tristan yang Nampak Thalia termenung terus alihkan mukanya dari di topang lantas tunduk membawa mukanya ke atas muka Thalia. Dapat jugak dia tengok muka ni lepas beberapa hari cubaan dia cuba kesan keberadaan Thalia.

Tersedar dari lamunannya, Thalia bertemu muka dengan Tristan setelah itu. Dia diam tidak bernafas apabila mata Tristan terarah tepat ke matanya. Tiba-tiba dia rasa sesak tak boleh bernafas.

Mata Tristan bergerak-gerak saat dia tilik setiap inci wajah Thalia. Rasanya dia tahu kenapa Alexander suka pada Thalia. "Kau tahu...kau boleh tahan jugak untuk seseorang yang banyak cakap.."komennya dengan perlahan di depan muka Thalia.

Terus mencerun kening Thalia lepas dengar. "Itu puji ke mengutuk?"soal dia.

Tristan tegakkan kepalanya semula dan duduk bersandar sambil meletakkan tangannya di bawah leher Thalia dengan senyuman nipis di bibir. "Terpulang cara kau menerimanya.."katanya sewaktu pandang ke depan.

Thalia cuba alihkan tangan tu dari atas dadanya. Hish lelaki ni sesuka hati nak pegang dia. "Apa pegang-pegang ni..!"

Bila Thalia nak angkat tangan dia, Tristan terus cekik leher Thalia. "Sementara aku layan kau baik-baik, better kau behave Thalia.."pesannya sambil kuatkan sikit cengkamannya di leher tu.

Thalia telan air liurnya dengan susah payah lantas tidak bergerak. Dia hanya pandang bumbung kereta tu Bersama perasaan gemuruh!

Jangan di seksa sudah nanti bila tiba di destinasi mereka! Dia tak sedia nak rasa sakit lagi! Dia baru je nak relaks beberapa hari ni. Jangan ditambah lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience