Part 62

Crime Completed 11380

Flashbacks

"Kau sure dengan keputusan kau ni?"tanya Alexander kepadanya.

"Ha'ah."angguknya dengan perlahan semasa tunduk membutang kotnya.

"Thalia tahu tentang hal ni?"

Terus dia palingkan badannya dari cermin untuk menghadap Alexander yang sedang berdiri dengan tangan bersilang di dada. "Tak. Aku tak beritahu dia lagi. Lepas balik dari perjumpaan nanti baru aku beritahu dia."

"Habis tu macam mana dengan hal dekat sini?Harta syarikat seisinya. Takkan kau nak tinggalkan macam tu je?"tanya Alexander lagi.

Buat apa dia nak simpan semua duit haram ni. Buat la apa yang nak dibuat dengan semua ni. Duit boleh di cari, tapi bahagia tak boleh dibeli dengan wang. Sebab itu dia nekad untuk buat keputusan ni.

"Kau buat apa yang patut. Aku tinggal semuanya pada kau. Untuk apa yang kau dah buat untuk ayah dan jugak aku. Aku harap lepas ni kau dapat apa kau nakkan."ujarnya sebelum tersenyum nipis.

"Kau buat semua ni sebab Thalia nak keluar dari sini atau sebab kau sendiri yang nak keluar dari bandar ni?"tanya Alexander lagi dengan kening berkerut seakan tak berpuas hati dengan keputusannya. "Sampai kau sanggup tinggalkan harta dan segala kesenangan yang ada dekat sini?"

Dia tak jawab. Sebab dia tahu, jawapan dia apa.

Dia buat semua ni sebab dia nakkannya sendiri. Lama dah dia pendamkan hasratnya. Memikirkan pada awalnya dia nak conquer semuanya sendiri dahulu, kini dah berubah lepas dia tahu hal sebenar. Sekarang dia tak perlukan apa-apa lagi dah.

End pf flashbacks

Keesokan harinya.

Hari yang ditunggu-tunggukan oleh semua orang selama ini. Hari dimana yang telah menyebabkan begitu banyak nyawa terkorban semata mahu pertahankan keselamatan perjumpaan besar-besaran ini.

Seusai majlis pengebumian Federico yang diadakan dengan besar-besaran turut dihadiri oleh tetamu-tetamu mafia dari luar, baru la perjumpaan tersebut diadakan.

Perjumpaan ini dimulakan dengan majlis pembukaan dengan ucapan para ketua mafia yang ada di situ kemudian baru la diikuti dengan sesi pemilihan dan perlantikan.

Masa proses ini dilangsungkan, ramai yang berbalah dan mula bertekak untuk pilih ketua mana yang lebih layak.

Namun ramai-ramai di situ hanya Tristan dan Alexander sahaja yang tidak peduli untuk berbalah mengenainya. Dekat dua jam perjumpaan diadakan. Akhirnya kata putus diberikan.

Seperti yang dijangka, nama Tristan naik. Dia telah terpilih menjadi ketua pemimpin baru di situ. Ramai yang gemarkan Tristan walaupun Tristan muda. Apabila majoritinya setuju dengan cadangan itu. Sebaliknya Tristan berikan kedudukannya kepada Alexander. Dia yakin abangnya akan menjadi ketua yang lebih baik dan pemimpin yang bertanggungjawab.

Memandangkan kata-kata itu diberikan oleh Tristan sendiri. Semua ketua dan ahli persatuan mafia terbesar setuju dan menerima cadangan itu. Maka dengan rasmi Alexander adalah pemimpin baru Bandar Phantom ini.

Habis saja perjumpaan tu, tepat di jam makan tengah hari. Orang lain sibuk berlumba nak makan mewah di hotel tempat berlangsungnya perjumpaan tu. Tapi tidak Tristan. Dia pilih untuk pulang ke rumah agamnya untuk tepati janjinya yang terakhir.

Dengan langkah yang ringan, Tristan keluar dari kereta yang disambut oleh orang kanannya yang sedia menanti di depan pintu setelah terima panggilan dari Tristan beberapa minit sebelumnya.

"Mana Thalia?"tanya Tristan sambil serahkan beg dokumennya pada orang kanannya.

"Ada di laman belakang. Sibuk sungguh dia siapkan piknik untuk tuan."jawab orang kanan Tristan sewaktu capai barang tu.

Tristan yang dengar tersenyum nipis lalu gerak melepasi orang kanannya dan jalan masuk ke dalam rumah agam kemudiannya. Dia berjalan dan berjalan sehinggala tiba di pintu keluar menghala laman berumput belakang rumah agamnya.

Sesampai saja dia di situ, Tristan di sapa dengan pemandangan dimana Thalia yang mengenakan sundress warna kuning lengan pendek sedang duduk bersimpuh di atas kain piknik yang dihampar atas rumput. Di atas hamparan kain itu juga terdapatnya bakul piknik dan makanan ringkas bersama minuman.

Thalia yang sedang sibuk susun atur barangan di atas hamparan itu tersenyum senang dengan sendiri. Langsung tak perasan akan Tristan yang sedang berdiri tidak jauh darinya sedang perhatikan dia.

Berasa terusik dengan sikap Thalia yang pantang bila sibuk tak ingat dunia, Tristan senyap-senyap jengket kaki mendekat belakang badan tu. Sambil tersengih nakal, dia angkat kedua-dua tangannya ke atas sedia mahu menyergah.

"BAHH!"belakang bahu Thalia dipegang Tristan sambil tu.

Thalia yang tengah pegang buah limau di tangan terlepas pegang hingga ia jatuh bergolek ke rumput. "MAK!"

"Ahahahah.."ketawa Tristan sewaktu ambil tempat di sebelah Thalia sejurus itu.

"Hei!"tanpa membuang masa, tepi lengan tu dipukul Thalia dengan marah. "Terperanjat la saya!"

Sambil tersengih Tristan lirik ke hamparan makanan di depannya. "Lama tunggu?"tanya dia sewaktu mencapai sandwich yang ada dalam bekal dekat dengannya.

PAK!

Thalia pukul tangan Tristan. "Nanti la dulu!"

"Auw!"aduh Tristan yang cepat-cepat tarik tangannya ke dada lalu diusap permukaan yang ditampar dengan Thalia tadi dengan kening berkerut. "Kenapa pulak...aku lapar dah ni."

Thalia jeling geram ke Tristan. "Saya belum ambil gambar lagi...tunggu dulu."tegahnya.

Tristan menjuling mata menyampah. Wanita dan selfie. Tiada pisahnya. "Kelaparan la jawabnya." selorohnya sebelum tumbangkan badannya ke atas hamparan itu berbantalkan lengan di belakang kepala. Dia lihat langit biru di atasnya. Nampak lapang. Selapang fikirannya. Sejuk mata bila memandang, seperti perasaannya sekarang ni.

Thalia yang sedang talakan ipad pada hamparan makanan tu bersuara. "Macam mana dengan perjumpaan tadi?Okay?Awak terpilih ke jadi pemimpin Utama tempat ni?"tanya dia sebelum sentuh butang merah di skrin ipad tersebut mengambil beberapa gambar.

Tristan pejam mata serta merta. Sengih meleret terukir di bibir setelah itu. "Tak. Alexander yang terpilih."

"Oh really?"Thalia turunkan ipad ke bawah lalu pandang ke Tristan dengan muka terlejut sebab tak sangka. Dia fikirkan Tristan orangnya.Kalau macam tu-"Saya boleh keluar dari bandar ni la?"tanya dia dengan bersemangat. memandangkan pemimpin baru bandar adalah Alexander, pasti lelaki itu tidak sekejam Federico.

"Yup.Macam yang kau mintak hari tu..."angguk Tristan tanpa membuka mata. Baru saja dia nak lepaskan hela nafas leganya tidak semena dadanya dihempap dengan lembut. Hairan kenapa, dia pun buka mata. Wajah Thalia perkara pertama yang dia nampak dekat depan hidungnya setelah itu. "Kenapa?"tanya dia dengan kening berkerut.

Thalia rehatkan kedua-dua tangan atas dada Tristan lalu tayang senyuman bergiginya pada Tristan. "Awak ikut saya sekali keluar dari sini nak?"ajunya. "Tinggalkan semuanya dan bina hidup baru?"please jangan kata tidak!

Terus Tristan peluk belakang badan Thalia dengan sebelah tangan, sebelah lagi masih berada di bawah kepalanya. "Kalau macam tu...kiss aku seribu kali, baru aku kata ya."minta dia.

Yeah! Tersengih lebar Thalia sebaik mendengarnya."Okay!"balasnya sebelum tunduk mendekatkan bibir ke muka Tristan dan mula menghujankan kucupan secara rambang di setiap inci muka tu.

Tertawa Tristan disitu saat dikucup bertalu-talu dengan Thalia. "Hei!Bukan ini yang aku mintak la!"dia cuba tolak Thalia jauh darinya sambil palingkan kepala ke arah lain. Gosh!

"Apa yang bukannya...sini..belum cukup seribu kali lagi..."muka tu dipegang Thalia pula sebelum dia tunduk dan kembali menyerang pipi, bibir, dahi, mata dan mana-mana yang dia boleh kucup dengan bibir bergincu merahnya!

~TAMAT~

Share this novel

Seri
2024-01-20 07:40:04 

Tahniah tinta … besst


NovelPlus Premium

The best ads free experience