Peluang kedua.
Setiap orang ada hak untuk diberi peluang kedua.
Sama ada untuk tebus semula kesalahan atau minta maaf untuk perbuatan yang lepas.
Semua orang ada hak untuk menerima kesempatan kedua.
Kesempatan yang dapat berikan harapan pada orang lain yang hampir putus harapan!
Begitu juga dengan Federico. Lelaki ini hanya seorang lelaki yang mahukan yang terbaik untuk semua orang terutama buat anak dan keluarganya. Apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Dan sudah di takdirkan. Tiada ada apa-apa yang dapat dilakukan lagi mengenai hal itu.
Setengah jam sejak dia tiba di hospital dan berada di dalam ruangan ini mendengar semua cerita dan penjelasan dari Federico. Barula dia faham apa yang sebenarnya telah terjadi. Dan semua kenyataan itu merenggut hati kecilnya ini. Dan air mata tidak mahu berhenti dari mengalir ke pipi sejak tadi. Rupanya selama ini dia telah salah faham. Dan semua salah faham ni direka oleh Felix yang tamakkan kuasa. Dan segalanya sudahpun selesai.
"Maafkan saya Thalia.."ucap Federico dengan lemah dari balik topeng oksigen yang dipakai.
Oleh kerana terlalu sedih, Thalia hanya tersedu sedan di situ berendam air mata. Dia tercekik dengan tanggisannya sendiri sampaikan tiada kata-kata yang dapat diluahkan.
"Saya patut temui kamu dua beradik sejak awal kejadian menimpat ibu dan ayah kamu. Tapi saya takut. Saya takut yang saya akan lihat wajah kecewa kamu...ego saya telah buatkan saya pilih untuk biarkan kamu berdua hidup sendirian."jelas Federico dengan perit.
Tristan dekat sebelah Thalia hanya menggosok belakang bahu Thalia beri sokongan. Dia pun ikut sakit mendengarnya. Namun Thalia perlu tahu semua ni sebelum segalanya terlambat dari mulut Federico sendiri.
"Sa-saya ma-maafkan tuan. Semuanya tak disengajakan. Saya tak salahkan sesiapa..tuan jelaskan kepada saya sendiri itupun dah cukup."lafaz Thalia dengan susah payah dari balik sedu sedannya.
Federico tersenyum nipis taktala lihat Tristan dan Thalia di depannya. Akhirnya, dapat juga dia lihat mereka berdua Bersama sebelum dia hembuskan nafasnya nanti. "Bagusla kamu berdua telah Bersama. Kini semua kerisauan saya sudahpun terlangsai."lafaznya.
Tristan tatap wajah tidak bermaya Federico dengan ketapan gigi. Dia tak berani nak buka mulut. Takut kalau dia buka mulut air matanya akan tumpah di sini.
"Thalia...mari la ikut saya."ajak Alexander tiba-tiba apabila melihat sudah tibanya masa Tristan berdua dengan ayah mereka pula. Dia dekati Tristan dan Thalia sebelum pimpin Thalia bangun dari kerusi di situ.
Tristan kerling ke Alexander sewaktu lelaki tu peluk Thalia yang sudah tersedu sedan teruk dan tidak larat untuk berjalan. "Terima kasih."ucapnya sambil tu.
Alexander beri senyuman nipis pada Tristan lalu bawa Thalia keluar dari ruangan tersebut.
"Terima kasih Tristan..."ucap Federico setelah mereka berdua tinggal dalam ruangan tersebut sendirian tidak bersuara.
Tristan berdiri tegak di situ sambil mengepal penumbuk. "Esok adalah hari pemilihan Pemimpin Utama. Semua ketua mafia seluruh daerah akan berkumpul untuk pemilihan tu."beritahunya.
"Kamu dah tahu siapa yang bakal di lantik kalau begitu?"
"Saya."
"Kamu terima ia?"
Mata Tristan mula berkaca lepas dengar soalan tu. "Tak."jawabnya dengan pendek sebab dia betul-betul sebak sekarang ni. Apa gunanya dia jadi pemimpin Utama di sini tapi sikit pun dia tak rasa bahagia dengan semua ni.
"Kenapa?"Federico kedipkan matanya yang mula berat dan dadanya perlahan-lahan rasa sempit dan berat setiap kali mahu bernafas.
Tristan pandang nekad ke Federico lalu berkata. "Sebab saya akan tinggalkan semua dan keluar dari bandar Phantom ni."beritahunya. "Bersama-sama dengan Alexander...Thalia...dan jugak-"berat mulutnya mahu menyebut perkataan ni. Oleh kerana tidak mahu menyesal. Dia akan lafazkannya sekarang. "Bersama dengan ayah..."
Tersenyum lebar Federico lepas dengar bait panggilan itu terpacul keluar dari mulut Tristan. Akhirnya. "Mari nak...bagi ayah peluk kamu"mintanya sambil depakan tangan dengan sisa hayat yang masih terkandung di badannya.
Masa ini la Tristan menangis semahunya sebelum tunduk membongkok mendakap tubuh ayahnya dengan erat dan meraung dari balik ceruk leher tu. "Jangan tinggalkan Tristan ayah....Tristan tak sedia lagi.."
Federio memejam matanya sambil tersenyum setelah mendengar suara rayuan Tristan buat pertama kali dalam seumur hidupnya. "Kamu boleh lakukannya. Kamu anak yang kuat. Tanpa ayah...kamu boleh bina hidup baru kamu. Apa saja keputusan kamu...ayah sentiasa sokong."lafaznya dengan hela nafas terakhirnya sebelum tangannya terlepas dari pelukan tu dan perlahan-lahan jatuh ke bawah.
Taktala dia merasakan sentuhan sudah tidak hinggap di badannya, Tristan angkat kepalanya untuk pandang wajah Federico. Dan bila dia pandang, ayahnya sudah pun jatuh dalam 'lena' panjangnya. Bersama air mata berlinangan di pipi dia menyembam wajahnya ke dada tu dan menangis semahunya. Maafkan dia kerana tidak sempat menabur bakti sebagai anak dengan baik!Maafkan dia!
Share this novel