Part 25

Crime Completed 11380

Mata Desmond bergerak ke arah jendela lalu ke pintu silih ganti. Untuk elakkan dirinya tertangkap atau di kenalpasti, dia kena menyorok terlebih dahulu. Kalau penceroboh ni pecah masuk, dia boleh bertindak tanpa dedahkan dirinya. Lantas Desmond pandang ke Thalia lalu dekatkan mukanya ke tepi telinga tu.

Thalia berdiri tegak dekat situ sambil pandang ke pintu.

"Dengar...awak buka pintu, saya menyorok. Sekiranya orang tu cuba apa-apakan awak. Saya akan selamatkan awak. Tapi jangan sampai dia tahu saya ada di sini."bisik Desmond lalu jauhkan mukanya untuk pandang Thalia.

Dia kena bukak pintu?Thalia tunjuk dirinya sendiri dengan muka cuak. Macam mana kalau dia kena tembak lepas bukak pintu. Laju-laju Thalia geleng kepala tak mahu. Dia tak nak!

Desmond buat muka mendesak sambil dorong Thalia ke arah pintu itu. Sebelum dia lari ke arah jendela dan keluar melalui lubang tersebut. Dengan berhati-hati dia melekat dekat tepi tingkap bergantung pada tembok batu yang cukup untuk tapak kaki dia berpijak. Kalau dia gerak sikit je, mahu terjatuh dia dekat situ.

Yakin yang Desmond sudah tiada, Thalia pegang tombol pintu itu dengan nafas naik turun takutnya. Ya tuhan! Lindungi la dia! Sambil gigit bawah bibir, dia tarik daun pintu ke dalam lalu bertemu muka dengan lelaki lampai tersenyum padanya.

"Hai!"lambai Alexander dengan riang pada Thalia. Hilang terus aura menakutkan dan dinginnya lepas berhadapan dengan Thalia.

Hampir hendak terduduk dia dibuatnya kerana terlampau lega. Ingatkan siapa tadi. "Hai Alexander...apa awak buat dekat sini?"tanya Thalia dengan muka tak fahamnya. Dia senyap-senyap atur nafasnya supaya bertenang.

Desmond yang sedang bertenggek dekat luar jendela dengar akan nama tu. Dia buat muka terkejut dan bingung pada masa yang sama. Kenapa anak Federico boleh ada dekat sini. Apa hubungan targetnya ini dengan Thalia?

"Maaf...menggangu. Saya pergi ke restoran untuk temui awak, tapi mereka kata awak tidak lagi bekerja di situ. Jadi saya anggarkan awak ada di rumah. Itu yang saya ke sini."beritahu Alexander sambil pandang muka Thalia yang bertampal dengan plaster luka dan berlebam. Keningnya berkerut sedikit. "Sesuatu terjadi pada awak ke?"

Thalia terasa bila dengar perkataan 'tidak lagi bekerja di situ'. Pengurus Joe dah buang dia dari situ ke. Habis la rancangan dia untuk kumpul duit dan keluar dari sini. Tiba-tiba kepalanya berpinar dan dia jatuh melurut dekat situ sebelum terduduk atas lantai dalam keadaan bersimpuh dan memegang kepala. Macam mana dia nak teruskan hidup lepas ni!

"Thalia!"Alexander dengan cemas mendapatkan Thalia lantas bercakung depan wanita itu. Dia pegang kedua-dua belah bahu Thalia hendak beri sokongan. "Awak tak apa-apa?"

Desmond yang dengar suara cemas Alexander risau sendiri dekat situ. Apa yang dah berlaku?Thalia di apa-apakan ke!?

"Auw.."aduh Thalia bila bekas luka torehan yang masih berbalut di lengan itu di sentuh Alexander.

Alexander menahan nafas tersentak, dia alihkan tangannya serta merta dari cengkamannya. "Kenapa?Awak cedera ke?"tanya dia lagi dengan dada sebu sebab terkejut.

Thalia berkerut kening nak menangisnya kerana letih nak hadap seorang demi seorang samseng yang asyik menganggu ketenteraman dia. "Tak..saya tak apa-apa. Boleh saya tahu kenapa awak ke sini?"tanya dia dengan suara nak menangisnya. Bagi la dia rehat sekejap.

"Tak apa-apa?Apa yang saya tengok sekarang awak dalam keadaan sakit macam ni?Beritahu saya...ada orang yang sakiti awak ke?Awak di apa-apakan dengan seseorang?"tanya Alexander sambil tilik badan Thalia dari atas ke bawah. "Beritahu saya...saya akan uruskan orang tu."ajunya dengan nada tegas. Tiba-tiba berasa menyirap!

Thalia cebik bibir pucatnya sambil mengetap gigi sewaktu pandang wajah Alexander. Kenapa lelaki ni ambil berat terhadap dia. Lagipun dah terlambat untuk dia beritahu. Benda dah berlaku.

Dia hampir mati. Maruah hampir tercemar. Dia sedang trauma.

Dan lelaki ni bertanya lagi kenapa dengan dia!

"Saya dah beritahu kan saya tak apa-apa...kalau awak desak jugak. Keluar dari rumah saya sekarang."Thalia yang masih bersimpuh itu tunding jari ke arah pintu yang masih ternganga luas tak di tutup.

Alexander diam selepas mendengar kata-kata itu. Dia pandang mata Thalia yang kemerahan seperti orang sakit itu dengan kening berkerut penuh kerisauan. "Baik."dia tunduk memandang ke bawah.

Thalia pandang kepala Alexander yang sedang tunduk memandang ke bawah Bersama air mata berkumpul di kelopak matanya.

"Saya datang sebab nak temui awak. Nak pelawa awak untuk keluar Bersama dengan saya. Tapi nampaknya saya datang pada masa yang tidak tepat."sambil berkata, Alexander angkat kepalanya memandang Thalia dengan muka terkilannya.

Keluar?Dengan lelaki yang entah siapa-siapa latar belakang ni? "Awak nak saya mati sangat ke?"bisik Thalia sebab dia tak ada tenaga nak cakap kuat-kuat.

"Kenapa awak cakap macam ni?Mesti la tidak."geleng Alexander sambil berkerut kening.

"Dah tu awak nak ajak saya keluar dengan awak tu kenapa. itu sama saja awak tempeh tiket untuk kematian saya. Awak sedar tak siapa diri awak tu?Siapa saya?"soal Thalia dengan muka tak percaya.

Alexander buka mulut hendak bercakap.

"Sudah..saya tak nak dengar apa-apa. Jadi tolong keluar. Tinggalkan saya sendirian. Please."pintas Thalia semasa palingkan kepala ke kanan. Tidak mahu memandang Alexander.

Bersama muka terasa, Alexander bangun dari situ lantas berjalan keluar dari situ dengan langkah yang berat. Dia perlahan-lahan tutup pintu itu sebelum lenyap dari balik kuakan pintu tersebut.

Pada masa pintu tertutup, Desmond melompat masuk melalui jendela tadi lantas jalan mendapatkan Thalia yang masih bersimpuh dekat tepi pintu. Dia tunduk untuk bangunkan Thalia dari situ lantas pimpin Thalia ke arah sofa dan dudukan wanita itu disitu Bersama-sama dengannya.

Tidak tahu hendak bersandar pada siapa, Thalia rehatkan kepalanya ke lengan sofa lantas bawa kedua-dua kaki rapat ke dada. Hanya dirinya saja yang boleh berikan dia rasa selamat sekarang ni. Lantas air mata murung menitis turun dari tepi mata tu lantas jatuh ke lengan sofa setelah kepala Thalia senget ke tepi dan dia termenung memandang ke depan.

Tidak berbuat apa-apa Desmond perhatikan Thalia yang duduk di penjuru sofa itu dengan renungan ingin tahu. Dia nak tanya banyak soalan. Namun mengenangkan keadaan Thalia yang masih belum sembuh, dia terpaksa diamkan buat sementara waktu. Dia akan tanya bila Thalia dan stabil.

Untuk itu dia perlu lakukan sesuatu untuk bantu Thalia bangun semula dan tidak tenggelam dalam emosi murung wanita ini. Dan kali ni dia terpaksa berurusan dengan orang atasannya mengenai hal ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience