"Hish...tak payahla. Saya buat sendiri."dia rentap peti kecemasan dari tangan tu dengan geram sebelum duduk menghenyak punggung dengan marah ke sofa.
Tristan ketap garis nipis dengan reaksi Thalia lantas perhatikan langkah marah tu buat seketika sebelum dia serta Thalia di sofa itu.
"Salah aku ke kau jatuh?"tanya Tristan.
Thalia menjeling geram. Ha'ah salah Tristan. Kalau lelaki ni tak menakutkan dia, tak adanya dia terkejut kemudian jatuh ditimpa buku sampai calar dan berlebam lagi sekali. Urgh!
Pelekat luka di keluarkan dari dalam peti olehnya untuk ditampal pada luka yang dia dapat disebabkan bucu-bucu buku yang mengenainya tadi.
Tristan perhatikan tangan Thalia sewaktu dia duduk di sofa bersebelahan dengannya. Buat seketika dia hanya perhatikan Thalia namun bila dia rasa tak sabar. Tristan anjak mendekat ke Thalia.
"Haish...sini la biar aku buat."dia rampas plaster luka itu dari Thalia.
Terkejut Thalia bila kotak putih itu dirampas dari tangannya dengan kasar macam tu sekali. Terus dia pandang tergamam ke Tristan. Senak dada dia!
Dengan cekap Tristan tanggalkan pelekat plaster itu lalu di bawa ke muka Thalia. Dia nak lekatkan, sekali tu Thalia jarakkan muka tu ke belakang.
Thalia protes. Dia pandang Tristan dengan kening mencerlung geram. Dia boleh buat sendiri!
"Jangan nak buat perangai boleh tak.."Tristan turunkan tangan ke bawah sambil buat muka.
"Saya boleh buat sendiri."tegas Thalia.
"Sini...rapat ke aku."arah Tristan menggunakan matanya.
Thalia bercemberut. Memang takla.
"Aku hitung sampai tiga...kau tak rapat. Sakit kau aku kerjakan..!"ugut Tristan dengan renungan membunuhnya.
Thalia cebik bibir kejengkelan lantas menurut akan arahan itu. Dia anjak tapi tak ada la rapat mana. Sikit je dia gerak.
"Dah."renggus Thalia.
"Dekat lagi."arah Tristan sewaktu perhatikan Thalia dengan sabar. Ada jugak yang kena cekik kejap lagi.
"Hish..."keluh Thalia sambil menganjak rapat ke Tristan. Namun tak rapat lagi.
Tristan buat muka 'seriously' bila Thalia macam nak cabar kesabarannya. "Lagi..." deramnya kemudian.
Thalia terus mendekat hingga lutut mereka saling bertemu. "Puas hati sekarang?!"tanya dia dengan marah.
Tristan tak balas. Dia pegang bawah dagu Thalia dengan kasar lalu di tala ke depan mukanya untuk mudahkan dia tampal plaster tu.
Sedang Tristan tampal plaster di mukanya,Thalia diam pandang muka lelaki tu. Dia tilik setiap inci muka sampai tak ada yang dia terlepas pandang. Hairan dia. Ini ke mafia orang sibuk katakan?Orang paling berbahaya dan suka sakiti orang lain demi wang? Lelaki ni?Lelaki yang tengah tampal plaster untuknya buka pegang pistol dan letupkan kepalanya?
Tristan ni?
Macam jauh beza je?
Lebih kepada lelaki biasa dari samseng adalah.
Tristan yang perasan Thalia menatap dia dengan kening berkerut-kerut terusik. Dia ikut pandang ke mata Thalia tanpa alihkan tangannya dari dagu tu.
Buat seketika, mereka berdua hanya saling menatap antara satu sama lain. Thalia pandang Tristan, sementara Tristan pegang dagu Thalia.
Tak lama selepas itu, Tristan bersuara.
"Kalau kau diberi pilihan, yang mana kau akan pilih. Bantu Felix teruskan semua kegiatan dia atau berpihak pada orang lain dan hentikan dia?"ajunya sambil lirik dari mata ke bibir tu.
Thalia buat muka tak faham sambil kerutkan keningnya. "Boleh ke saya buat pilihan?"
"Of course...tapi ada side effect untuk keputusan kau tu dan kau tak boleh berpatah balik."beritahu Tristan sambil sengetkan kepalanya sedikit.
"Kalau saya nak hentikan dia, adakah Felix perlu mati?"tanya Thalia.
Tristan dekatkan wajahnya tanpa sedar ke Thalia lalu berkata. "Bergantung pada situasi." dia pandang bibir Thalia.
Thalia yang perasan betapa rapatnya Tristan padanya gerak nak jauhkan dirinya. "Apa awak cuba buat ni?"tanya dia semasa pegang tangan Tristan yang ada di dagunya.
Tristan berbisik sambil tarik dagu Thalia supaya mendekat padanya."5 minit je."
"Huh?Apa yang lima minit?"Thalia buat muka tak faham.
"Ini..."tanpa berlengah Tristan kucup bibir Thalia dengan mata terpejam.
Menahan nafas terkejut Thalia sejurus itu. Dia pandang tak berkelip apabila bibirnya di katup erat dengan bibir tu. Buat beberapa saat dia tak bergerak, namun setelah sober, dia cepat-cepat gerak hendak tolak dirinya jauh dari Tristan.
What the hell!
"Umph!"gelut Thalia yang nak jauhkan kepalanya.
Namun Tristan malah pegang belakang Thalia dengan erat lalu sandarkan Thalia ke sofa itu lalu mendalamkan kucupan itu tanpa tinggalkan sekejap pun bibir tu.
Thalia pukul-pukul tepi lengan tu dengan terdesak. Namun di pegang oleh Tristan dengan erat. Hingga buatkan dia berhenti dari bergelut lagi.
Bila Thalia berhenti bergelut, Tristan senyum puas hati, lalu peluk Thalia rapat kepadannya dan teruskan kucupan.
Share this novel