Part 43

Crime Completed 11380

Jam di dinding tunjuk waktu sudahpun masuk 1 pagi. Senyap sunyi saja kediaman Federico waktu ini.

Tak kelihatan satu pun orang yang berkeliaran dekat kawasan tu. Termasuk pengawal keselamatan sendiri. Biasanya ada je yang ronda sekitar rumah agam. Hari ni lain pula suasananya.

Tristan sedang baring mengiring menopang kepala di katil sambil menepuk lengan Thalia dengan lembut. Mendodoi Thalia supaya tidur setelah wanita ini terjaga selepas si serang mimpi buruk. Inipun baru berhenti menangis.

Sebelumnya, Tristan sedang duduk melepak di beranda bilik tu, sedang dia enak ambil angin tak semena Thalia mula meracau kemudian terjaga dari tidur sambil menangis.

Itu sebabnya kenapa dia sedang baring di atas bersebelahan dengan Thalia sekarang ni.

Senyap sunyi tiada bunyi selain bunyi deru air-cond di dalam bilik itu.

Tepi muka Thalia yang sedang lena itu ditatap Tristan sewaktu lelaki itu menepuk-nepuk lengan tu. Dia terusik saat melihat mata terpejam Thalia. Teringin nak sentuh, dia dengan senyap tunduk mendekati mata tu.Mungkin ini kali terakhir dia sentuh Thalia. Jadi dia berikan sentuhan terakhir kepada wanita ini.

Bersama mata terpejam, Tristan mengucup mata tu dengan lembut buat beberapa saat.

Knock!

Knock!

Ketukan pintu itu buatkan Tristan gerak jauhkan kepalanya dari Thalia. Sambil dia pandang ke arah pintu bilik, sambil tu dia kembali menepuk lengan Thalia.

Orang kanannya berjalan masuk ke dalam bilik dengan pakaian serba hitam dan bertopeng mulut. Seakan bersedia hendak bertempur!

"Mereka sudah pun berada di perimeter rumah agam."maklum suara tu dengan perlahan. Namun cukup kuat untuk Tristan dengar akannya.

"Macam mana dengan persediaan?"tanya Tristan semasa melirik ke wajah Thalia semula.

"Sudah selesai tuan. Tuan Federico sudahpun dipindahkan oleh Tuan Alexander jam 11 tadi di hotel. Pekerja yang lain berada di bilik bawah tanah rahsia seperti yang tuan arahkan."

Dengan berhati-hati tidak mahu buatkan Thalia terjaga. Tristan bangun dari perbaringannya lalu turun dari katil sebelum tunduk betulkan selimut ke badan tu.

Ketika Tristan berbuat begitu, dia pandang sekejap wajah Thalia dengan perasaan bercampur baur. Dia tak tahu apa nak fikir sebab kepala dia dah penuh tentang Thalia.

Siang tadi, seorang dari orang suruhan Federico yang diarahkan oleh Tristan untuk mengintip orang yang cuba mengintip mereka beritahu bahawasanya akan ada berlakunya aktiviti pecah rumah yang bakal dibuat oleh kumpulan pengintip misteri yang selama ini cuba porak perandakan Geng Federico ni.

Untuk itu, Tristan dan orang kanannya merancang untuk perangkap pengintip misteri ini dan kenalpasti siapa mereka untuk ambil tindakan seterusnya.

Namun tak lama kemudian, semasa makan malam, berita terbaru sampai di telinga Tristan yang tujuan pecah rumah itu bukan sebab nak cari Federico atau ambil maklumat keluar dari rumah ni. Tapi sebaliknya, apa yang mereka mahukan adalah Thalia.

Maka berlaku la perubahan rancangan. Tristan rancang untuk biarkan penceroboh ni ambil Thalia. Sebab dia nak tahu siapa dan kenapa. Untuk itu, Tristan telah sediakan kumpulan pengintipnya sendiri untuk ekori kumpulan penceroboh ni. Dan bila mereka kenalpasti siapakah pengintip misteri ini, Tristan akan hapuskan mereka lalu merampas Thalia semula.

Habis cerita!

Bersama renungan dinginnya, Tristan berdiri tegak lantas gerak keliling katil tu untuk sertai orang kanannya. "Jom.."ajaknya semasa jalan melepasi orang kanannya lalu buka pintu bilik tu.

Orang kanan Tristan ikut dari belakang. Dia tutup pintu itu dengan perlahan sebelum.bergegas untuk jalan seiring dengan Tristan setelah itu.

"Aku nak semua mata dan telinga dalam keadaan siap siaga. Jangan sampai terlepas pandang. Ekori dia orang dari depan belakang tepi kanan kiri mahupun atas. Cari tahu siapa yang cuba nak perangkan aku dengan Felix..." tegas Tristan sewaktu gerak ke selekoh kiri koridor dengan langkah luas.

"Baik tuan."angguk orang kanan Tristan di sisi dengan patuh.

"Aku nak kep@r@t tak guna yang selama ni sibuk membuntuti kita di hapuskan serta merta sebelum perjumpaan besar-besaran tu berlangsung. Kalau hal ni tak selesai sehingga hari tu tiba, semua orang dekat sini akan mati. Kau faham tu?"Tristan pandang ke sebelahnya semasa sampaikan bahagian terakhir kata-katanya dengan tegas.

"Saya faham tuan."

Setelah itu Tristan pandang ke depan semula dengan kening mencerun. Siapa agaknya ya orang yang cuba perangkap dia ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience