"Dia la orangnya Tristan."
"Yupp...the sassy one that who dare to talk back."
"Habisla..."
Tiga lelaki yang ada di situ bersuara semasa mereka perhatikan Tristan berdiri depan wanita yang berwajah Lebam seakan baru saja di belasah. Mereka tak hairan pun, benda macam ni biasa di lihat dekat mana-mana saja.
Thalia yang dengar hanya buat muka tak pedulinya. Dasar mulut kepoh. Benda kecik macam tu pun nak mengadu. Macam Budak kecik!Mereka ni samseng ke Budak tadika?Kena kacau sikit je nak mengadu. Kena cabar sikit je nak bunuh. Kelakar betul!
Tristan lentokkan kepalanya sedikit semasa tilik Thalia dari atas ke bawah. Cuba nak fahamkan, kenapa wanita ini berani-berani tunjuk perangai depan anak buahnya walaupun sudah tahu kenyataan siapa mereka.
"Siapa nama kau?"
Thalia tak jawab. Dia hanya pandang mata Tristan dengan berani. So ini la lelaki yang orang sibuk gosipkan. Lelaki menakutkan yang sanggup bunuh sesiapa yang cuba macam-macam dengan?Huh! Dia pernah rasa lebih takut dari ni. Ancaman bunuh bagi dia macam bed time story untuk dia.
"Thalia Nesrin...itu nama dia."sampuk Diana cepat-cepat lepas Thalia dia tak nak cakap apa-apa. Dia takut kalau sesuatu terjadi pada Thalia.
Bersama jelingan tak suka, Tristan pandang ke Diana. "Aku tanya dia kan. Bukan kau."katanya dari balik ketapan gigi.
Diana terus tundukkan kepala ke bawah serta merta kerana takut.
Kening Thalia berkerut tak suka bila Tristan cuba takutkan Diana. Terus dia tolak dada Tristan supaya menjauh dari Diana. Sumpah dia tak rasa takut untuk mati. Dia cuma takut kalau sesuatu terjadi pada Diana dan Pengurus Joe.
Bila dia ditolak, Tristan terundur ke belakang dua langkah. Dengan muka tak percaya dia pandang ke dada tempat Thalia tolak tadi lalu pandang ke Thalia semula dengan mata menjegil bulat.
"Orang yang cari masalah dengan awak adalah saya. Bukan mereka. Jadi berurusan dengan saya saja."kata Thalia setelah itu.
Tristan berdengus tak percaya lalu ketawa dibuat-buat. Wahh!Hebat betul! Pertama kali dia jumpa orang yang berani-berani sentuh dan melawan dia. Memang nak mati cepat agaknya perempuan ni.
Diana cepat-cepat bersembunyi di belakang Pengurus Joe, sementara Pengurus Joe sudah tidak tahu hendak berbuat apa. Dia peduli akan Thalia, tapi bila berhadapan dengan manusia paling berbahaya di sini, dia tak berani ambil risiko!
"Hei! Berani kau sentuh dia!"kata lelaki pertama.
"Kau memang nak mati agaknyakan!"lelaki keempat bersuara sewaktu maju ke depan mahu menyerang Thalia.
Namun begitu sebelum sempat mereka dekati Thalia, Tristan depakan tangannya menghalang mereka. "Jangan."arahnya.
Thalia pandang mereka seorang demi seorang. Asyik kata mati...mati...mati dari tadi dia dengar.Kalau nak sangat,lakukan la. Jangan cakap je lebih tapi tak buat.
Mereka semua di situ pandang ke Thalia dengan perasaang jengkel dan bengang masing-masing. Kalau orang lain tahu mahunya mereka di pandang rendah nanti. Yalah, mereka gangster paling berbahaya di sini, ahli pada kumpulan mafia terunggul di perlekehkan dengan seorang wanita picisan seperti orang di depan mereka.
"Kau sedar tak kau tengah bercakap dengan siapa sekarang ni?"tanya Tristan pada Thalia dengan renungan mencerunnya. Hilang terus muka comelnya.
Sambil melepaskan keluhan jengkel, Thalia kuak rambutnya ke belakang sebelum pandang mereka dengan muka bosan tidak berminatnya. "Dan awak sedar tak yang saya tak kisah dengan semua tu?"soal dia. "Dengar...saya tak nak cari masalah okay. Semalam saya cakap elok-elok. Bukan caci ke maki orang-orang awak ni. Kalau awak nak sangat saya mati. Bunuh la saya. Saya dengan rela hati dan berlapang dada menerimanya. Saya sendiri fed up nak hidup dekat sini. Awak fikir saya tak ada masalah lain ke nak fikir selain hadap semua hal remeh temeh macam ni. Awak nak saya mintak maaf. Fine. Saya minta maaf sedalam-dalam hati saya. Awak nak saya mati"dia capai tangan Tristan lalu di bawa ke lehernya yang sedia berlebam dan dalam keadaan sakit. "Bunuh saya."katanya selepas letakkan tangan tu supaya cengkam lehernya.
Pengurus Joe, Diana dan mereka yang lain pandang tak percaya ke Thalia. Mulut masing-masing terbuka sedikit sebab tercengang dengan apa yang mereka Nampak dan dengar. Tak menjangka Thalia akan seberani ini.
Mata Tristan gerak memandang tangan dia yang berada di leher yang berlebam lagikan hangat seperti demam Thalia sebelum pandang ke muka tu.
Thalia ketap giginya sewaktu air mata mula mengancam mahu keluar dari kantungnya. Stress dia lama-lama macam ni! Dia nak sangat keluar dari tempat ni dan jalani hidup dengan aman! Itu saja permintaan dia. Berat sangat ke untuk ditunaikan.
Dengan kasar, Tristan Tarik tangan dia jauh dari leher Thalia lalu pandang ke Pengurus Joe. "Mana duitnya."arah dia.
Pengurus Joe tersentak lalu melompat terkejut. "Ah-ya...ada di sini."dia lari ke belakang kaunter cashier lalu buka laci di situ sebelum keluarkan satu sampul dari situ. Setelah itu dia kembali keluar dari kaunter itu dan berdiri di sebelah Thalia sambil suakan sampul itu ke Tristan secepat mungkin.
"Ini dia."serah Pengurus Joe.
Tristan rampas sampul tu lalu pandang ke Thalia semula. "Didik sikit pekerja kau ni jangan tunjuk perangai depan orang dengan berani. Terima kasih dekat aku sebab aku lepaskan dia kali ni."katanya semasa bergerak hendak berpaling dari situ.
"Baik."tunduk Pengurus Joe serta merta semasa menghantar Tristan pergi dari situ.
Thalia berdiri dekat situ dengan nafas naik turun hendak hilang sabarnya. Namun dia diam perhatikan belakang badan Tristan.
Diana cepat-cepat peluk Thalia dengan erat sambil melafazkan kata leganya. "Syukur kamu tak apa-apa."
Pengurus Joe berdiri tegak semula lalu menghadap Thalia. "Please...jangan takutkan saya macam tadi lagi Thalia."mintannya dengan letih. Tak buat apa-apa lagi seluruh badan dia dah rasa lenguh gara-gara ketegangan tadi.
Thalia yang masih dalam pelukan Diana pandang Pengurus Joe dengan muka letihnya. "Kalau mereka tak datang lagi. Maybe. Lain kali bank in saja pada mereka. Tak ada la mereka menyemak datang ke kedai ni setiap bulan."ajunya dengan nada perlahan.
Pengurus Joe. "Ya..saya rasa patutnya saya buat begitu."elok jugak macam tu. Tak ada la dia kecut perut setiap kali mereka datang nak kutip cukai pintu dari dia.
Share this novel