Part 22

Crime Completed 11380

Biasanya jam 9 pagi, restoran ini akan dibuka dan sudah ramai pelanggan berada di sini. Namun tidak hari ini dan semalam. Semuanya gara-gara lelaki bernama Tristan ini yang tidak henti-henti halang premis ini dari beroperasi. Hanya semata hendak mencari seseorang, lelaki ini telah duduk bertapak di situ menyoal selidik setiap orang dalam restoran tu.

"Kau orang tak nak jawab?"tanya Tristan sambil tilik setiap wajah di situ termasuk la ownernya sendiri.

Pengurus Joe tunduk memandang ke lantai. Dia tak tahu nak jawab apa lagi. Sebab memang dia tak tahu kemana Thalia telah pergi dan di mana Thalia boleh ditemui.

Diana yang dalam dilemma dekat situ gigi bawah bibir kerana geram. Dia nak beritahu ke tak beritahu! Sebab kalau dia beritahu Thalia dalam bahaya, kalau tak diberitahu mereka yang dalam bahaya. Susah sungguh!

"Fine...bawak seorang dari dia orang ke meja. Kerat jari dia satu persatu."arah Tristan sewaktu sandar ke kerusi dengan malas lepas semua dekat situ hanya mahu mendiamkan diri. Ya sudah. Dia okay je. Kalau dia orang tak nak beritahu dekat mana perempuan tu.

Diana angkat kepalanya lalu terus bersuara dengan terburu-buru.

"Maafkan kami Tristan. Kami benar-benar tidak tahu dimana Thalia berada sekarang ni.Kali terakhir dia berada di sini selepas Alexander datang mencari dia. Setelah itu dia bawa Thalia pergi dari sini. Dan selepas itu Thalia tidak lagi ke sini."beritahu Diana dengan satu nafas dan laju-laju.

"Apa?"Tristan berkerut kening lepas dengan nama Alexander. "Alexander datang ke sini?"Macam mana lelaki tu boleh tahu Thalia?Memangnya semua benda Alexander nak kaut ke?

"Ya..."angguk Diana. "Itu saja yang kami semua tahu. Selepas itu kami tak tahu kemana Thalia dan dia di mana. Jadi tolong la lepaskan kami..."

Dalam diam Tristan ketap giginya lalu bangun dari situ. Macam tak guna je la semua ni! Haih. Ramai-ramai orang kenapa Thalia jugak yang Alexander jumpa. Dan ramai-ramai orang kenapa Thalia boleh ada kaitan dengan lelaki tu. Kacau betul.

"Fine...aku lepaskan kau kali ni. Tapi bila aku ke sini lagi. Aku harapkan jawapan dari kau orang. Faham?"arahnya semasa pandang mereka semua di situ.

"Baik."dengan serentak semua di situ beri tunduk hormat.

Jaket yang ada di kepala kerusi di capai Tristan dengan kasar sebelum dia gerak ke arah pintu keluar dengan langkah marahnya. Mana tidaknya, selepas dia buat siasatan mengenai Felix Neston yang telah melanggar peraturan Bandar Phantom ini, dia dapat tahu lelaki itu mempunyai seorang adik perempuan. Dan orang itu adalah Thalia Nesrin sendiri. Oleh kerana keberadaan lelaki itu tidak dapat di kesan. Dia perlu dapatkan Thalia untuk dapatkan maklumat. Tapi bila dia ke sini perempuan tu boleh pulak tak ada.

Dan ke mana Alexander dah bawak Thalia?Adakah Alexander sudah tahu siapa Thalia sebenarnya sebab itu dia bawah perempuan tu pergi?

"Bawa aku ke pangkalan Alexander."beritahu Tristan pada pemandu lepas dia masuk dalam kereta.

"Tuan Alexander berada di kediaman Federico. Sarapan dengan Pemimpin Utama."jawab driver itu sesaat kemudian.

Terus berderau darah dia mendengarnya. Memangnya orang tua itu ada seorang anak lelaki saja agaknya. Mentang-mentang la Alexander anak sah sementara dia hanya la anak luar nikah, boleh la orang tua tu bersikap bias padanya seakan dia cencorot dalam kumbahan!

"Kalau macam tu bawa la aku ke sana. Itu pun nak kena beritahu ke?"marahnya semasa pandang belakang kepala drivernya dengan geram. Haish...tembak jugak nanti baru tau langit tu tinggi ke rendah!

"Baik."jawab driver itu sebelum mula masuk ke jalan raya.

Tristan dekat tempat duduk belakang buat muka bengang dia sewaktu lemparkan pandangan keluar tingkat kereta dengan kening berkerut tak puas hatinya. Dia kena tunjukkan pada Federico dia jugak boleh jadi pemimpin. Untuk tu dia kena capai kejayaan besar iaitu dengan menjatuhkan sindiket kumpulan Felix yang telah menguasai hampir separuh dari gangster dalam bandar Phantom ini. Kalau dia berlengah. mungkin Felix mampu jatuhkan kedudukan Pemimpin Utama memandangkan Felix mempunyai rakan dan pengaruh yang lebih luas dalam bandar ni!

Castle dan King perlu dihapuskan...tapi sebelum tu Bishop perlu disingkirkan dari papan catur untuk benarkan Pion, iaitu dirinya kekal lama di atas papan catur.

Sehubungan itu, dia perlu dapatkan Thalia Nesrin ini!

Bidak penting dalam pencaturannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience