Part 38

Crime Completed 11380

Sesaat jadi lima saat, lima saat jadi 10 saat. Dari 10 saat tu...kepada beberapa ketika.

Thalia tunggu dan tunggu namun tiada apa-apa yang berlaku. Malah dia rasakan yang muncung pistol yang ada di dahinya hilang lalu digantikan dengan deru angin hangat menyapa wajahnya. Hairan dengan hal itu, ianya buatkan Thalia yang tunggu buka matanya perlahan-lahan nak tahu. Dan bila dia buka mata, dia bertentang mata dengan mata Tristan yang sedang menatap dia seakan mahu telan dia hidup-hidup.

Mak aih!

Rapat betul!

Tristan Tarik sengih nakal meleretnya lepas Thalia pandang dia dengan kening berkerut kebingungan. "Kenapa?Pelik aku tak tembak kau?"tanya dia dengan perlahan depan muka tu. Kalau dia salah gerak ni, mahunya bibir dia tersalah hinggap ke tempat lain.

Thalia pandang kanan dan kiri kepalanya bila perasan tangan Tristan sedang memagarinya di situ. Okaaayyy...apa semua ni?Dan bila dia pandang semula ke depan, Tristan sudahpun dekatkan muka betul-betul nak sentuh hujung hidungnya. Jadi juling sekejap dia sebab pandang muka tu.

"A-awak tak rasa ke kita ni rapat sangat?"tanya Thalia tergagap-gagap. Arghhh..tolong. Tak boleh nak hembus nafas apa lagi bernafas ni! Jauh la sikit.

"Iya ke?"Tristan pandang jarak mereka berdua yang mana hampir bertindih antara satu sama lain. "Aku rasa biasa je."

Thalia terus palingkan kepalanya ke kanan bila nafas Tristan sapa wajah dia! Bapak ahh! Rapat sangat ni!Sumpah!Dada dia sesak sekarang ni.

Tristan pandang tepi muka Thalia lepas Thalia palingkan muka dari dia. Ianya buatkan dia rasa tercabar. Dia perlu pandang mata tu! Berapa kali nak beritahu ni! "Pandang aku.."arahnya tanpa berganjak dari jarak tu.

Thalia tak pandang, dia hanya jeling ke tepi saja. Memang tak la!

"Pandang aku sekarang...atau kau nak aku buat kau sakit baru kau nak patuh?"tegas Tristan dengan nada tegasnya namun perlahan.

Thalia ketap gigi kerana geram. Kalau bukan mengenakan Tristan pegang pistol lama dan dia tinggikan suara dekat sini. Hish. Dia pun palingkan kepala semula menghadap Tristan takut-takut. Nafasnya dah naik turun nak mintak ruang.

Tristan lentokkan sikit kepalanya kerana puas hati dengan kepatuhan Thalia. "Kau nak keluar dari sini?"tanya dia dengan nada biasa.

Thalia angguk kepala dua kali dengan perlahan-lahan.

"Boleh."Tristan jarakkan sikit mukanya dari Thalia. "Tapi dengan syarat."

Terus naik kening Thalia dengan tinggi lepas dengar. "Apa dia syaratnya?"soal dia dengan bersemangat. Apa saja syarat dia akan turut! Asalkan dia dapat keluar dari sini.

"Kalau kau menang, aku akan lepaskan kau tanpa syarat. Tapi kalau kalah, kau tak dibenarkan keluar dari tempat ni melainkan kau keluar Bersama dengan aku."aju Tristan. "Deal?"kening kirinya di jungkit sambil tu.

Menang?Apa maksudnya?Thalia buat muka tak faham. "Apa maksudnya?"tanya dia.

"Kita akan main game. Kau tahu permainan hide and seek?"tanya Tristan sambil alihkan tangan kanannya dari dinding untuk alihkan rambut yang tersepit di antara kelopak mata Thalia lalu di selak ke tepi dengan jari telunjuknya.

"Main sorok-sorok?"tanya Thalia. Haih...takkan la. Banyak-banyak game, game ni jugak yang diajukan.

Tristan tolak dirinya jauh dari Thalia kemudian. Dia silangkan tangan ke dada sambil pegang pistol di tangan. "Yup...kau sorok. Aku cari. Dalam masa sejam. Kalau aku gagal temui kau dalam masa tu, kau menang. Tapi kalau aku dapat tangkap kau dalam masa sejam tu,. kau kalah. Okay."

Mana adil macam tu. Inikan tempat Tristan. Mesti la lelaki ni tahu nak cari dekat mana! Entah-entah ada CCTV dekat sini. Lagi senang la jawabnya. "Tak ada cadangan lain ke?"tanya Thalia yang buat muka tak pasti yang dia boleh menang game ni.

"Tak nak?"tanya Tristan. "Tak nak tak apa. Aku okay je. Sebab kau akan stay dekat sini jugak."

Thalia buat muka jengkelnya. Alah...menyakitkan hati betul perangai mamat ni. Sakit dada dia sebab rasa jengkel. "Fine. Disebabkan awak dah familiar dengan tempat ni sementara saya tidak. Awak kena berikan saya headstart 10 minit awal."ajunya pula.

"Sure..no big deal. Good luck for that then."sengih Tristan dengan yakin. Sikit pun tak Nampak tercabar.

Thalia pandang curiga ke Tristan. Lelaki ni mesti akan main tipu. "Kalau saya tahu awak guna bantuan dari orang lain...siap awak."tunjukny dengan jari penuh amaran.

"Siapa aku nak mintak tolong. Orang lain dah tidur.Tinggal kita je ni hah yang masih jaga dalam rumah ni."seloroh Tristan seperti mahu ketawakan Thalia.

"Okay...kalau macam tu saya start menyorok. Tunggu sini. 10 minit kemudian baru awak gerak!"

"Dipersilakan"Tristan aju tangan memberi laluan kepada Thalia untuk bergerak dari pintu itu.

Sambil dia jalan, sambil tu Thalia mematai Tristan dengan curiga. Dia dapat rasakan sesuatu tak kena. Lelaki ni pasti telah rancangkan sesuatu ni! Tapi tak apa! Kita tengok, siapa menang, siapa kalah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience