Part 52

Crime Completed 11380

Ramai orang dapat di lihat mundar mandir dalam tempat itu. Terdapat empat tingkat dalam gudang itu. Dindingnya berwarna putih, berpenghawa dingin, berakurium gergasi di tengah-tengah ruang. Siling gudang pula diperbuat daripada kaca lutsinar yang bolek Nampak langit malam berbintang di atas.

Mana-mana di lihat CCTV ada tepasang di setiap penjuru ruangan tersebut. Kanan kiri ada deretan pintu warna putih dan bertanda. Dan orang lelaki bersenjata berkawal di beberapa penjuru dalam gudang tu.

"Perempuan mana pulak yang you bawak balik ni?"wanita berambut merah dan berpakaian ketat menampakkan lurah dada, tilik akan penampilan selekah Thalia dengan renungan judgingnya.

Thalia yang masih kebingungan dan terkesan dengan kejadian yang berlaku pandang tak berminat dengan akak dada besar depannya mahupun peduli untuk pandang sekelilingnya sekarang ini. Dia kini berada di sebuah tempat seperti gudang. Namun gudang ini bukan la gudang biasa, ianya kelihatan mewah dan sangat luas.

"Tak payah banyak tanya...kau bawak dia pergi salin pakaian ke apa...supaya tak Nampak macam pengemis sangat."kata Felix semasa berlalu pergi melepasi Thalia begitu sahaja sambil diekori oleh sekumpulan lelaki sama yang ikut mereka naik jentera tadi.

Thalia yang dengar pandang geram ke belakang kepala Felix Bersama sumpah seranah dalam hati. Dasar lelaki tak guna otak kecil macam burung unta perasan diri bagus mintak penampar! Grrr!

"Hoi!Mata tu jaga sikit. Dia aku punya. Kalau kau nak, pandang lelaki lain!"akak dada besar depannya dengan kasar menunjal bahunya dengan jari berkuku plastic macam nak cungkil mata orang tu.

Excuse you?Thalia buat muka lepas dengar kenyataan tu. Ramai-ramai lelaki Felix jugak yang di pilihnya.Memangnya ada apa dekat Felix tu? "Kau ni siapa?"tanya dia.

Akak dada besar tu berdengus dengan bangga lalu selak rambut ke belakang bahu lalu silangkan tangan ke dada. "Teresa.Kekasih Felix. Empunya tempat ni..dan kau ni siapa pulak. Dasar perempuan picisan."getusnya dengan menyampah.

Thalia menjuling mata kejengkelan lepas dengar. Lagi satu makeluk pemberi penyakit lepas abangnya. "Apa-apa je la. Mana bilik air...aku nak tukar pakaian.."keluhnya malas nak dengar lebih lanjut mengenai hubungan peribadi abangnya dengan sesiapa dekat sini. Apa dia nak sekarang adalah pakaian bersih dan air untuk mandi bagi hilangkan darah dan segala benda asing yang ada dekat badannya sekarang ni.

"Hish...nasib baik aku baru buat kuku aku..kalau tidak lama dah aku tampar muka kau yang kotor tu."cebik Teresa dengan menggedik. "Sini la...Ikut aku."ajaknya sebelum berpaling dari situ.

Melihat langkah melenggok ngada-ngada Teressa buatkan Thalia berdengus tak percaya. Entah dari mana agaknya abangnya kutip minah ni. Mengada macam tak cukup hormone. Meluat pulak dia menengok! Dia atur langkahnya di belakang kemudian.

Tanpa pengetahuan Thalia, sebenarnya sejak Thalia tiba di situ sehingga la dia bergerak pergi, semua mata terarah pada Thalia termasuklan kamera CCTV. Semua orang di situ ingin tahu siapakah orang yang Felix bawa masuk ke markas rahsia mereka itu.

Kenapa dengan mudah Felix percayakan orang sampai bawa seseorang ke sini. Wanita lagi tu.

Thalia jalan dengan mata tertunduk memandang ke lantai. Wajahnya mendung sedang bersedih. Wajah tidak bernyawa Desmond bermain dalam fikirannya. Lalu diikuti dengan Tristan dan Alexander. Selepas mendengar kenyataan yang disampaikan oleh Felix, buatkan Thalia bingung dan susah hati sendiri. Apa yang dia kena buat sekarang ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience