Part 59

Crime Completed 11380

Mana benda tu

Huh?

Last dia letak dekat atas almari sebelah katilnya.

Dah kenapa boleh pulak lesap ni?

Tristan berdiri tegak dari tunduknya sambil menguak rambutnya ke belakang dengan bengang. Macam mana boleh hilang ni! Selama ni ada je!Dah la semuanya ada dalam tu. Kalau hilang sia-sia la semua usahanya selama ni.

Knock!

Knock!

Kepala Tristan tersentak. Dia toleh ke arah pintu bilik dengan kening berkerut susah hati. Tanpa menunggu dia menyahut pintu tersebut terbuka. Muncul Thalia dengan muka comel tersengih di bibir memandangnya.

"Jom keluar."ajak Thalia buat kali ke berapa dalam minggu ni, entah tak boleh nak dihitung.

Tristan beri muka 'seriously' pada Thalia lepas dengar ajakan tu.

"Saya bosan sangat ni..mahu gugur rambut saya terperap dalam rumah agam ni."bebel Thalia sewaktu jalan mendekati Tristan yang kelihatan serabut dan tak terurus.

Dari rambut yang kusut masai, muka penat macam bengang akan sesuatu, bilik bersepah dan tunggang langang dengan barang. Ianya benar-benar menunjukkan betapa devastated keadaannya ketika ini. "Yang kau ni dah kenapa?Excited semacam je aku perhati?" tanya dia sewaktu mematai Thalia dengan perasaan curiga. Baru dia perasan, lepas tengok betapa berseri-serinya wajah pengarang hatinya yang satu ni.

Thalia tarik senyuman goofynya lepas dengar soalan tu. Obvious sangat eh?Hihihi. "Mana ada."tipunya.

Sambil mengerutkan kening, Tristan pegang bawah dagu Thalia lalu di dongakkan supaya dia dapat pandang mata tu. "Kau tipu." ujarnya. "Beritahu aku...apa kau dah buat belakang aku hah?"

Sebenarnya dia tak nak ketawa. Tapikan bila teringatkan balik apa yang dia dapat dari dalam bilik Tristan tadi. Ianya buatkan dia mahu ketawa. Yalah..siapa sangkakan, abang macho depannya ni Nampak je garang dan menakutkan. Rupanya dalam hati ada taman..hati jiwang wei!Muahahahaha!!!

"Mana ada saya buat apa-apa dekat belakang awak.."nafi Thalia lagi sambil pegang tangan Tristan yang sedang mencengkam dagunya.

"Thalia...aku tak main-main ni...kau-"tersentak Tristan lepas sedari sesuatu. Barangnya hilang. Sementara Thalia yang jarang tunjuk perangai bubbly depan dia, tiba-tiba tunjuk perangai ceria macam ni. "Mana buku aku?"soalnya serta merta. Dasar si licik!

Terus meledak ketawa Thalia, dia pegang lengan Tristan sebab tak larat nak berdiri dengan ketawanya. "Ahahaha...ada dekat saya.."Nak tahu apa rahsia yang Alexander beritahu padanya siang tadi?Tak ada serius mana, ianya hanyala rahsia mengenai Tristan yang suka sangat mengarang puisi dan Sajak dalam jurnal sejak remaja lagi. Selai itu Tristan gemar membesarkan pokok orkid. Buktinya di setiap jendela bilik lelaki ini ada pasu orkid. Lepas dengar akan cerita itu, Thalia pecah masuk bilik Tristan dan cari jurnal tersebut. Kata Alexander, jurnal ini sangat disayangi oleh Tristan. Jika sesuatu terjadi pada jurnal ni hilang atau rosak, lelaki ini sanggup lakukan apa saja!

Kening Tristan mencerlung geram, dia lepaskan dagu Thalia sebelum mencekak pinnggang sebelah tangan, sebelah lagi menadah mahukannya. "Berikannya kepada aku sekarang."

Bersama sisa ketawanya, Thalia geleng kepala. Hell no! Dia takkan serahkannya begitu saja. Dia nak Tristan lakukan sesuatu sebagai bayaran. "Nope!"

"Thalia...I mean it. Give it to me!"tegasnya.

Sambil ketawa Thalia berkata. "Boleh..tapi dengan syarat."

"Syarat apa?Rosak jurnal tu...siap kau!"tegas Tristan sambil menjegil mata bulat.

Thalia tersengih menayang gigi. Alah...itu pun nak marah. Tak rosak pun. Ada je dekat bawah bantal di biliknya. "Keluar dating dengan saya..dah dua minggu saya terperap dalam rumah ni tak ke mana-mana. Awak keluar dengan saya. Saya pulangkan balik."

Tristan buat muka nak mencarutnya lepas dengar. Namun dia hanya mengetap garis nipis di bibir.Untung sayang. Kalau tak...lama dah dia maki. "Fine. Tapi lepas aku balik dari perjumpaan antara mafia esok."akurnya dengan tangan jatuh di sisi.

Thalia yang dengar terus melompat gembira. "Yeah!"Betul kata Alexander. Dengan gunakan jurnal ni, Tristan pasti akan ikut apa dia mahukan. Hehehe!"Terima kasih!"terus dia rangkul leher tu sebelum jengket untuk mengucup pipi tu.

Tanpa berkata apa-apa, Tristan lingkarkan tangannya ke sekeliling pinggang Thalia ketika Thalia mengucup pipinya. Apa la dia nak buat dengan Thalia ni! Haih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience