"Cik penjaganya ke?"tanya jururawat kepadanya.
Dia yang tak tahu apa-apa pandang lelaki yang terlantar dekat katil tu dan jururawat yang bertugas silih ganti. Nampak dia macam kenal lelaki ni ek?
Patutnya dia berhambus lepas hantar lelaki ni ke hospital je tadi. Haih..kau ni kan Thalia..itu la baik sangat dengan orang. Entah lelaki ni orang jahat ke penjenayah di kehendaki kan tak pasal-pasal kepala kau jadi bayarannya nanti. Sia-sia je hidup.
"Tak.."geleng Thalia sesaat kemudian. "Macam saya beritahu tadi. Saya temui dia di perkuburan tak sedarkan diri."baiknya dia berhambus dari sini.
"Kalau begitu cik isikan borang ni dulu untuk admit pesakit ke hospital dan terima rawatan."ujar jururawat sambil serahkan Thalia papan carta yang terdapat borang daftar.
"Huh?"dia buat muka bingung semasa pandang papan cartanya. Isi borang? "Perlu ke?"soalan apa yang kau tanya ni Thalia!
"Ya...kalau cik tak isi, encik ini tidak dapat menerima rawatan dia."Nampak sangat dekat muka jururawat ni tengah jengkel dengan soalan Thalia. Dia cuma paksa dirinya tersenyum depan Thalia.
Berbelah bahagi sama ada patut ambil atau tidak, Thalia pegang papan carta tu lalu pen dari tangan jururawat.
Jururawat perhatikan Thalia. Menunggu dia isi borang tu dengan lekas supaya prosedur yang lain dapat di jalankan.
Sambil tulis tu, Thalia pandang kekok ke jururawat depannya. Jadi segan nak tulis sebab di perhatikan.
"Mohon cepat cik."gesa jururawat lagi lepas tak sabar tengok Thalia berlengah-lengah.
Lantak la!
Thalia akur, dia terus catat nama penuh, alamat rumah, nombor telefonnya lalu dengan no IDnya sekali. Setelah selesai dia serahkan papan carta itu semula ke jururawat.
"Terima kasih. Sila tunggu untuk bayar kos rawatannya pula ya."dengan kasar jururawat tu Tarik papan carta tu dari Thalia lalu beredar dari situ meninggalkan Thalia.
Dumbfounded dengan situasi yang dihadapinya, Thalia pandang lelaki yang sudah di tukar pakaian dan di beri rawatan dengan doctor Bersama muka tak puas hati. "Kenapa la dekat situ jugak awak pengsan. Banyak-banyak tempat awak boleh pengsan. Kenapa dekat depan saya jugak?"bisik dia dengan jengkel.
Bersama keluhan jengkel, dengan kasar Thalia duduk atas kerusi sebelah katil pesakit. Tangannya bersilang di dada kerana tak puas hati. Kenapa la dia rasa salah macam ni?Sedangkan dia bukan buat apa-apapun. Dia cuma selamatkan orang yang perlukan bantuan saja. Tapi apa yang dia rasa sebaliknya pulak.
Drr!
Drr!
Drr!
Tiba-tiba telefon dekat almari sebelah katil bergetar hingga menghasilkan bunyi yang mengejutkan Thalia.
Dengan mata terbutang luas, dia palingkan kepala ke telefon yang dia kutip dekat sebelah lelaki ni masa lelaki ni terlantar dekat kubur tadi.
Drr!
Drr!
Drr!
Getar telefon tu lagi yang sepertinya menjerit minta di jawab.
Thalia yang berasa tak sabar dengan bunyi yang mengganggu ketenteramanya di situ pun capai telefon hitam itu. Niat dia nak tekan butang hijau, sekali lepas Nampak nama yang tertera dekat skrin, terbeliak terus mata Thalia.
WHAT THE HECK!
Federico.
Itu namanya.
HUish!
Adakah Federico ini nama Mafia Federico?Pemimpin Utama Bandar Phantom?Federico tu?Memangnya ada berapa yang guna nama ni dalam bandar ni?
Seperti baru memegang sesuatu yang berbahaya dan membunuh, dengan takut Thalia letak semula telefon tu ke tepi tangan tu lekas-lekas. Masih terbeliak, dia kemudiannya pandang muka pucat lelaki yang tidak sedarkan diri dan telefon tu silih ganti.
Jangan beritahu dia, lelaki depannya ini ada kaitan dengan Federico. Anak buah?Orang suruhan?Anak? Sesiapa pun lelaki ni, dia kena pergi dari sini secepat mungkin sebelum lelaki ni sedar. Nanti apa pulak lelaki ni fikir. Paling teruk, macam mana lelaki bernama Federico ni ke sini dan lihat dia Bersama dengan lelaki yang entah siapa-siapa identitinya ini. Mahunya peluru tembus kepala dia malam ni jugak!
"Ah-ah...sorry but not sorry..."sebut Thalia semasa bangun dari situ sambil peluk kot labuhnya yang basah dek ditimpa hujan tadi rapat ke dada. "Sampai sini saja saya tolong awak. Selebihnya pandai-pandai sendiri la..."pamit dia sebelum pergi dari situ cepat-cepat.
Sewaktu Thalia beredar, telefon yang ada dekat tepi tangan tu bercahaya dan mula bergetar semula apabila panggilan masuk ke dalam telefon itu. Dan nama 'Tristan' pula yang muncul di skrin tersebut.
Share this novel