Part 50

Crime Completed 11380

KEBABOOOMMMM!!!!

Letupan kuat menggegar bangunan dan ruang bawah tanah tu. Lalu diselangi dengan bunyi tembakan di merata arah. Debu putih dapat di lihat di mana. Asap yang memedihkan mata dan tekak menerawang di atas Udara dan lantai. Mengelabui jarak pandangan sesiapa yang ada di situ.

Suara orang berteriak memberi arahan dan maklumkan ada yang cedera bergema di merata arah yang tidak pasti dari mana. Keadaan terlalu kelam kabut. Hingga tak boleh nak buat apa!

"Arghh!"teriak Thalia dengan ketakutan semasa di sebelahnya ada dua lelaki sedang melepaskan tembakan ke arah anak buah Felix yang sedang bergerak hendak dapatkan mereka. "Hentikan semua nI!"teriaknya sambil lindungkan kepala dengan kedua-dua lengannya.

Bunyi tembakan bertalu-talu mengenai dinding tempat mereka berlindung. menerbangkan serpihan batu dan tanah di situ ke pakaian dan rambut mereka.

Thalia yang sedang bersandar dekat dinding tu dah menangis bagai nak rak! Kenapa la dia boleh terlibat dengan semua ni! Dia tak nak mati awal!

"Thalia!"panggil Desmond dari sebelah kanan Lorong tu tiba-tiba. Ada darah dengan lengan kiri dan tangan yang memegang pistol di tangan tu.

Thalia terus palingkan kepalanya ke Desmond. "Awak!"panggilnya sambil hulur tangan supaya di bantu bangun dari lantai tu. Kaki dia tengah menggeletar teruk ni!

Desmond hulur tangan ke bawah lengan Thalia lalu bangun dia dari situ.

"Kita kena keluar dari sini. Felix hendakkan awak. Dia semakin hampir."beritahu Desmond sambil lepaskan tembakan dan lindungi Thalia dalam masa yang sama sewaktu melintasi kumpulan anak buah Felix yang bersembunyi di Lorong di situ.

Thalia yang tak dapat nak fikirkan apa-apa lagi hanya ikut langkah Desmond.

Mereka berjalan dan berjalan hingga la tiba di sebuah pintu besi di hujung terowong tersebut. Desmond tembak pemegang pintu itu beberapa kali sehingga la ia terbuka. Setelah terbuka, dia Tarik Thalia Bersama masuk ke dalam pintu tersebut. Ianya adalah pintu keluar kecemasan dalam bangunan itu. Anak tangga di laluan itu membawa mereka naik ke atas. Jadi Desmond dengan langkah lekasnya Tarik Thalia Bersama mendaki anak tangga itu.

"Mana Cintia?Kita keluar sendiri dari sini ke?"tanya Thalia dalam keadaan termengah-mengah. Seluruh wajahnya berdebu serta rambutnya kerana terkena tempias letupan yang berlaku tadi.

"Kita gerak dulu!"jawab Desmond.

Air mata berjuraian keluar ke pipinya. Dia rasa serba salah. Macam mana kalua sesuatu terjadi pada Cintia. Habisla dia takkan dapat temui kakak yang murah dengan senyuman tu lagi! Semua ni salah Felix...dan juga kedegilan Desmond.

"Lepaskan saya!"Thalia Tarik tangan dia dari cengkaman Desmond.

"Bukan sekarang Thalia!"Desmond palingkan kepala ke belakang dan pandang ke Thalia sewaktu berhenti sekejap di anak tangga itu.

"Sekarang masanya! Awak pergi tinggalkan semua yang ada dekat bawah mati dengan sia-sia! Demi apa?Demi selamatkan saya?Untuk apa?!"marah Thalia.

Desmond berkerut kening. Dia ketap gigi. "Ini risiko yang mereka kena tanggung Thalia. Saya lakukan semua ni sebab saya tak nak Felix peroleh awak dan sakiti awak. Awak penting untuk saya."beritahu Desmond dengan lekas. "Jom..kita kena pergi sekarang!"dia Tarik semula Thalia mendaki anak tangga tu dengan tergesa-gesa.

Terkesima dengan kata-kata Desmond tadi., Thalia hanya biarkan kakinya ikut langkah Desmond sehingga la mereka tiba di atas tanah. Keluar dari kawasan bangunan itu. Betul-betul menghadap bangunan apartment di mana Desmond tinggal.

"Ikut si-"

SPLAT!

Thalia yang baru nak ikut, tak semena berhenti bila ada sesuatu terpercik mengenai wajahnya dengan tiba-tiba. Bila dia angkat tangannya dan kesat apa saja yang mengenai wajahnya dengan tangan yang bebas, dia buka matanya lalu pandang tangannya.

DARAH!

KEDEBUK!

Desmond jatuh rebah di atas jalan tu di depan kaki Thalia.

Dalam keadaan menggeletar, Thalia pun alihkan matanya dari tangan ke bawah kakinya. Dengan perlahan-lahan kepalanya digerakkan tunduk ke bawah. Air mata yang berkumpul di matanya jatuh menitis dari kelopak mata serta merta.

"ARGHHH!!!"teriaknya sebelum tekup mulut dengan tangan yang sedang menggeletar kuat ketika itu.

Di depannya itu terbaring Desmond yang berlumuran. Di tengah-tengah kepala lelaki itu terdapatnya satu kesan tembakan. Dan darah mula membajiri tempat lelaki tu terlantar.

Ya tuhan!

Teresak-esak penuh ketakutan dan kengerian, Thalia kemudiannya pandang ke depannya sebelum bertentang mata dengan sepasang mata yang sama warna dengannya, Hitam kebiruan! Renungan yang selama ini menghantui emosi dan hidupnya.

"Glad to see you baby sister."sengih Felix sewaktu turunkan pistol yang dia gunakan untuk bunuh Desmond tadi.

Oleh kerana kakinya menggigil kuat, Thalia jatuh terduduk di situ depan badan tidak bernyawa Desmond. Habis la hidupnya selepas ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience