Part 47

Crime Completed 11380

Thalia pandang tak percaya ke depannya sebelum jatuh terduduk dekat kerusi itu lepas dengar apa yang disampaikan oleh Cintia yang berdiri di depannya bersama beberapa orang staf yang ada di situ. Bagai mahu luruh jantuh dari tangkainya.

Jadi selama ni dia hanya la objek yang berada di tengah-tengah pertelingkahan?Di antara Felix, Legasi Federico dan Kerajaan negara ini?

Nafasnya naik turun mula hendak di serang panic mode semula. Kepalanya mula berpusing ligat, dadanya sempit minta Udara.

Jadi selama ni Alexander bukan la anak sah Federico tetapi Tristan.

Selama ni Felix telah merancang untuk kuasai Bandar Phantom dengan melakukan pelbagai perbuatan jenayah tidak berperikemanusian demi mengaut untung dan pengaruh.

Bukan setakat itu saja, Cintia adalah agen rahsia. Begitu juga Desmond yang merupakan ketua pasukan kumpulan risikan rahsia yang diupah oleh negara ini untuk pantau segala aktiviti dalam Bandar Phantom.

Selama ini mereka telah bertapak di tempat ini di dalam ruangan bawah tanah dimana dia berada sekarang ni!

"Tak mungkin.."nafi Thalia dengan muka pucat tak berdarahnya. Badannya bersandar longlai di kerusi itu.

Takut-takut Cintia dekati Thalia lalu duduk di samping sofa. "Thalia...sekarang ni awak tersekat di antara tiga kuasa yang berbeza yang sama-sama mahukan Bandar Phantom ini."beritahunya dengan perlahan. "Demi kebaikan awak sendiri...kerajaan telah benarkan untuk awak keluar dari tempat ini sebelum peperangan sebenar tercetus.."

Thalia kerling ke Desmond yang sedang berdiri menghadap skrin tiruan yang memaparkan pemandangan laut dalam ruang bawah tanah itu. Sejak lelaki itu bawa dia ke sini, Desmond langsung tak bercakap apa-apa. Sebaliknya Cintia yang jelaskan segalanya kepada dia.

Sekarang baru la dia faham, kenapa semua ini terjadi. Baru sekarang dia tahu kenapa semua kejadian-kejadian hampir meragut nyawa terjadi kepadanya. Semua ini gara-gara Desmond. Kerana lelaki ni!

"Jadi selama ni awak perhatikan saya demi mengenali Felix...awak gunakan saya untuk dekati dan tahu tentang Felix...dan kerana awak nyawa saya hampir melayang...awak gunakan saya demi kepentingan awak. Sekarang bila saya tak di perlukan awak nak buang saya keluar dari sini?"soal Thalia dengan muka tak percayanya. Dia bangun dari kerusi itu mahu dekati Desmond.

Namun Cintia cepat-cepat rangkul bahunya dari belakang. "Thalia tolong bawa bertenang!"

"Awak lebih keji dari penjenayah di sini Desmond!"getus Thalia dengan seberangnya. "Lepaskan saya sekarang jugak! Saya tak nak ada kaitan dengan awak lagi atau apa saja yang kerajaan yang cuba lakukan di sini! Awak tak tahu apa yang awak cuba lakukan ni. Hentikan semua ni!"bentaknya.

Bentakan itu buatkan Desmond berpaling. Dia pandang Thalia dengan kening mencerlung. "Jenayah dalam bandar ni perlu dihentikan Thalia!"marahnya.

Thalia tolak Cintia jauh darinya lalu berjalan laju ke Desmond. Dia cekau kolar baju lelaki tu dengan kasar. "Cegah?Cegah jenayah ni dari siapa?Dari manusia yang tamakkan kuasa macam awak semua ni?Dengar bukan begitu cara ia berfungsi di sini. Ya..memang mereka lakukan jenayah. Tapi mereka sama macam kita semua. Mereka nak jalani hidup mereka jauh dari hukuman yang dikenakan pihak berkuasa macam awak semua ni!Yang bunuh orang tak bersalah. Cipta perang untuk kaut keuntungan. Wujudkan konspirasi untuk tutup agenda hitam awak...gunakan nama penjenayah sebagai kambing hitam untuk perbuatan kerajaan awak cipta!"marahnya.

Desmond diam memandang wajah bengang Thalia. "Dan awak sokong apa yang mereka lakukan ni?"

"Bukan semua penjenayah jahat Desmond. Bukan semua tak berhati perut. Bukan semuanya bunuh orang dan sakiti orang tanpa sebab. Mereka sakiti orang yang sakiti orang lain. Mereka bersikap tak berhati perut pada mereka yang tiada hati perut!Itu adalah kami..orang dalam banda ini hidup."luah Thalia dengan nafas naik turun.

"Dah kenapa awak nak keluar dari sini kalau awak sokong apa mereka buat dekat sini?"soal Desmond dengan bengang.

"Sebab saya tak nak hidup dengan kongkongan Felix...dia adalah raja di bandar ni. Yang jahatnya dia bukan penjenayah atau mafia lain dalam bandar ni. Jadi orang yang awak patut hapuskan adalah Felix bukan semua orang dalam bandar ni!"Thalia tolak Desmond jauh darinya setelah itu.

Senyap sunyi ruangan pejabat tersebut setelah itu.

Cintia pandang risau ke Thalia dan Desmond silih ganti.

Sementara Desmond mengetap gigi saat memandang Thalia.

Dan Thalia terumbang-ambing hendak terjatuh kerana pitam.

SPRANG!

Jatuh terbaring meja kecil di situ apabila Thalia mahu bersandar padanya menyokong badannya. Dia jatuh Bersama meja itu sebelum bersimpuh di situ memicit kepala dengan kening berkerut.

Desmond pandang ke Thalia dengan renungan dingin tiada perasaan. "Bawa dia ke bilik rawatan. Setelah itu dia di larang keluar kemana-mana."arahnya sebelum bergerak ke arah pintu dengan langkah lekas.

Thalia nak bercakap lagi pada Desmond, tapi disebabkan dadanya sedang sesak dan kepalanya berpusing-pusing kuat, dia hanya tertunduk di situ cuba tenangkan panic attacknya.

Cintia kemudiannya tanpa berlengah bergegas dapatkan Thalia dan pimpin Thalia bangun dari situ untuk menerima rawatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience