Bingkai gambar dimana seorang gadis cantik tersenyum di pegang oleh tangan yang bercincin itu. Sambil duduk menghadap pintu masuk rumah tu, kira-kira 10 orang lelaki memenuhi ruangan tersebut. Tiga lagi lelaki melutut dekat depan sofa dimana dia sedang duduk.
Dengan sabar dia tunggu mangsa terakhirnya tiba. Walaupun hatinya sedang berdenyut sakit sebab apa yang dia sedang tanggung sekarang ini.
"So kau nak beritahu aku yang kau orang tak tahu Felix dekat mana?"tanya anak kepada Si Bulat yang terkorban di bunuh oleh Geng Tatu Black Thorn kepada tiga orang lelaki yang sudahpun lunyai di belasah oleh anak buahnya.
"Ya..kami tak tahu."
"Fine...kalau kau orang tak tahu, itu bermakna kau tak ada gunanya dekat sini lagi.."katanya semasa bunyi kunci tombol pintu di buka dan pada masa itu daun pintu pangsa tersebut di tolak ke dalam.
Maka melangkah masuk seorang wanita bersanggul dan mengenakan baju waitress di badan dekat pintu itu.
DRAP!
Beg sandang terjatuh dekat lantai serta merta lepas yang memegangnya terlampau terkejut dengan apa yang di lihat.
Semua kepala berpaling ke arah pintu secara serentak. Mereka pandang dimana wanita bermata bulat dan berbulu mata lentik sedang berdiri menilik mereka dengan terror sekali.
"Dah balik pun..."tegur Anak Si Bulat dengan sengih sinis meleretnya.
"Siapa awak semua ni?"tanya suara lembut tu dengan takut.
"Thalia...lari!"arah seorang dari tiga lelaki yang melutut dekat situ.
Pada masa lelaki itu bersuara, satu tembakan dilepaskan lalu mengenai tepat di kepala itu. Dalam sekelip mata tubuh lelaki itu jatuh terbaring ke lantai sebelum darah mengalir keluar seperti air dari kesan tembakan tersebut.
Penuh kengerian dengan apa yang dilihat, Thalia terus menjerit dengan nyaring sambil menekup mulutnya. Tanpa berlengah dia berpaling semula ke pintu nak keluar dari situ. Namun belum sempat dia nak keluar dari situ, dua orang lelaki menerkam ke arahnya lantas mencempung tubuhnya dan di kunci pintu rumah itu dengan selak.
"Tolong jangan bunuh saya! Saya tak tahu apa-apa!Tolong la!"rayu Thalia semasa meronta dalam pelukan membunuh lelaki yang sedang membawa dia ke sebelah lelaki yang melutut dekat situ. Dengan paksa belakang kakinya di tendang hingga buatkan dia jatuh melutut dekat situ.
Anak Si Bulat pandang ke Thalia dengan renungan minat. "Jangan takut adik manis. Abang datang dengan aman kalau adik manis beri kerjasama. Okay?"ajunya dengan mesra.
Thalia yang masih kebingungan itu pandang lelaki gempal di sofanya itu dengan kening berkerut nak menangis. Dia baru saja pulang dari restoran merancang nak berehat awal malam ni. Tapi lain pulak jadinya.
"Siapa encik ni?"tanya Thalia dengan seluruh badan menggeletar teruk. Dia biasa takut, tapi dia ada kecenderungan dimana kalau dia terlalu stress badan dia akan di serang panik mode. Ianya buatkan seluruh badannya menggeletar dan perasaan dia bercampur baur. Fikirannya jadi serabut. Semua ini kesan dari penderaan yang dia terima sejak kecil oleh Felix. Sejak dari situ dia develop masalah psikologi ini.
"Anak Si Bulat."jawab lelaki gempal tu serta merta. "Anak kepada lelaki yang abang kau dah khianati. Dan aku perlukan lokasi persembunyian dia supaya aku boleh bunuh dia untuk balas dendam keatas kematian ayah aku.."
Mata Thalia gerak kanan dan kirinya. "Saya tak tahu dia berada dimana.masa dia keluar dari sini, dia tak beritahu saya dimana dia akan berada.."jawabnya dengan jujur.
"Aku tahu...Felix tu terlalu pandai untuk beritahu semua tu pada orang...sebab itu aku kumpulkan orang yang penting untuk dia dekat rumah pangsa ni. Dan akan aku bakar sebagai amaran buat dia.."beritahu Anak Si Bulat dengan nada gembiranya.
Thalia yang dengar buat muka kengerian dia lepas dengar. Bakar?Hidup-hidup?Dekat rumah pangsa ni?Satu-satunya tempat tinggal yang dia ada? Jangan la! "Tolong jangan lakukannya. Saya tak tahu apa-apa. encik lepaskan la saya."merayunya sambil gosok kedua-dua tapak tangan antara satu sama lain.
Felix ni kan, ada depan mata atau tidak masih jugak bawak bahaya dalam hidup dia!
"Saya tahu..tapi ini adalah bayaran untuk dia...hutang darah di bayar darah."kata Anak Si Bulat semasa pandang Thalia dalam-dalam. "Saya tahu awak adalah adik perempuan yang selama ini dia cuba lindungi...apa kata kita sediakan hadiah terakhir untuk dia sebelum awak mati?"aju dia.
Hadiah?Mata Thalia terbutang luas. Hadiah apa pulak?
Anak Si Bulat gerakkan kepala beri isyarat kepada anak buahnya supaya dapatkan Thalia. "Buka baju dia, toreh setiap inci badan dia.."arahnya dengan nada tak ada perasaan.
"Tak!"sebut Thalia dengan muka mengalah dia. "Tolong la...jangan!"dia mula meraung sewaktu dia lelaki bersut mula dekati dia lalu paksa dia baring dekat atas lantai tu. "Arghh!!!Jangan!Tolong la!"ronta dia yang sedaya upaya jauhkan tangan tu dari menyentuh dirinya. "Jangan sentuh!!!! Arggggghhhhhhh!!!!!"
Dari luar pangsa tu lagi suara jeritan penuh ketakutan Thalia dapat di dengar. Malah ada saja yang dengar. Tapi disebabkan mereka sedia maklum akan peraturan tempat itu, suka atau tidak mereka hanya mampu pekakan telinga, butakan mata, bisukan mulut. Anggap semua itu tidak terjadi demi kelangsungan hidup mereka.
Share this novel