Part 7

Crime Completed 11380

Flashbacks

Dia tak peduli! Dia peduli sangat masa ni. Apa dia tahu dia nak temui ibunya semula. Dia nak rasa kehangatan dari pelukan ibunya!Dia nak ibunya!

Habis segala objek yang ada di depannya di lempar dengan kasar ke sekeliling ruang itu. Siapa dekat memang kena dengan dia! Memang dia masih kecil itu tak bermakna dia tak boleh lukakan sesiapa di sini!

"Hentikan semua kegilaan ni ayah kata!"bentak ayahnya yang sedang berdiri di ruangan itu perhatikan dia melontarkan tantrum.

"Semua ni salah ayah! Ayah yang buat ibu tinggalkan kita. Sebab kerja gila ni ibu terkorban sebab kerakusan ayah!"

"Alexander Frost!"

"APA!"jerkah dirinya berusia 15 tahun pada ayahnya. Dia amat marah sekarang ni! Sudah la dia tak dapat temui ibunya buat kali terakhir, malah dia sekarang di larang untuk ikut majlis pengebumian ibunya pula! Siapa tak angin!

"Kamu tahu kamu buat perangai seperti ini ianya tidak akan beri sebarang perbezaan?Ayaha tetap tidak izinkan kamu keluar. Sesiapa yang targetkan ayah akan tahu mengenai kamu. Dan sekiranya hal itu terjadi, ayah tidak boleh lindungi kamu.."marah ayahnya dengan berang.

"Pergi mati dengan semua tu!"lampu stand yang ada di atas almari di capai dia lalu di lempar ke arah cermin kaca slidding door beranda sekuat hatinya hingga kaca itu pecah berderai menjadi serpihan.

Sama seperti hatinya sekarang ini! Berderai hati kecilnya ini lepas dapat tahu ibunya terbunuh selepas di tembak oleh musuh mafia ayahnya sendiri! Sumpah! Kalau dia tahu siapa orang tu akan dia seksa sampai kebulur!

"Kamu hancurkan saja la semua barang yang ada. Kalau itu yang kamu mahukan. Tapi ayah takkan benarkan kamu keluar. Muktamad!"tegas ayahnya sebelum keluar dari ruangan itu dengan langkah marah.

Dia yang perhatikan langkah ayahnya mengetap gigi sambil mengepal penumbuk menahan sabar. Macam mana ayahnya boleh berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku sedangkan isteri dan juga ibu dalam keluarga mereka sudahpun pergi meninggalkan mereka buat selamanya!

End of flashbacks

Lilian Hannes. 1972-2000

Titisan air hujan yang menimpa rambut dan mula mengalir turun ke matanya tidak membuatkan dia terkutik memandang batu peringatan di depannya. Hampir sejam dia berdiri tidak bergerak-gerak depan makam ibunya.

Hari ni genap 15 tahun ibunya meninggalkan dia. Dan genap la umurnya 30 tahun pada hari ini. memberitahu dia bahawa masa dia untuk ambil alih tempat ayahnya telah tiba. Yang mana dia tidak menginginkannya dari awal.

Kalau ikutkan hati dia tak nak bergelumang dengan dunia jenayah ni. Dia letih tengok orang lain mati depan mata dia. Dia letih tengok wanita mahupun lelaki jadi mangsa nafsu serakah manusia yang tamakkan kuasa.

Dia nak keluar dari sini, tapi dia tahu sekalipun dia anak yang bijak dan dewasa, still dia tak boleh nak lawan kuasa yang dimiliki oleh ayahnya. Tak kira la dimana dia sorokkan diri dan cuba larikan diri. Ayahnya dengan cepat dapat menemui dia.

Malas nak larikan diri, dia hanya ikutkan saja flow yang ayahnya mahukan. Walaupun hati dia tidak mahukannya. Dia nak jadi orang baik. Bantu orang yang susah, kurangkan mana yang terbeban. Nak bina keluarga, punya anak dan isteri tanpa berasa risau akan keselamatan mereka senantiasa.

Tapi dia tahu, niatnya ini hanya sebuah mimpi untuk dia selagi dia berada di bawah teduhan ayahnya.

Drr!

Drr!

Drr!

Getaran dari poket seluar jean sentakkan dia dari lamunan. Dengan badan lesu tiada tenaga telefonnya di keluarkan dari poket lalu di pandang skrin telefon tu. 'Federico' tertera di skrin. Buatkan dia yang pandang turunkan tangannya semula ke sisi. Malas hendak jawab panggilan sebab dia tahu semuanya akan berakhir dengan perbalahan.

Dia larikan diri dari kawalan ketat ayahnya yang telah kurung dia dan buatkan dia berlapar selama seminggu tanpa makan tanpa minum kerana enggan turuti aktiviti penyeludupan sumber manusia tempoh hari. Berjaya saja dia larikan diri, dia terus ke kawasan perkuburan ini untuk menemui ibunya.

Perlahan-lahan dia pusingkan badannya dan mula melangkah untuk pergi dari situ. Namun berjalan saja dia, kepalanya mula berpusing-pusing ligat dan kakinya mula terasa berat. Entah macam mana dan bila, apa yang dia rasai setelah itu semuanya kebas dan segalanya menjadi gelap sesaat kemudian.

Jatuh rebah badan itu ke atas rumput yang basah dengan lopak air hujan. Tak lama selepas itu, satu kelibat mula mendekat ke tubuh itu sebelum memayung atas kepala yang sudah kuyup dengan air hujan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience