Part 9

Crime Completed 11380

"GOOLLLLL!!!!!"

Gemuruh satu ruang tamu dengan suara besar lelaki. Riuh sungguh.

Malamnya, Felix bawa kawan-kawan lelaki tu untuk lepak di rumah sambil menonton siaran langsung perlawanan bola sepak.

Thalia yang shif pagi balik petang jadi la hamba untuk mereka. Dia la tukang beli makanan, sediakan minuman, hidangkan pada mereka. Kemas sepah yang mereka hasilkan. Refill apa yang mereka habiskan dengan wangnya sendiri.

Sampai ke sudah dekat jam 2 pagi, mereka semua masih lagi beriuh rendah dekat ruang tamu tu.

Disebabkan Thalia ada shif pagi keesokkan harinya, dia dah awal-awal lagi masuk tidur. Tapi itu la. Tidurnya terganggu dek suara sorakkan kawan-kawan Felix.

Bersama muka grumpy tak cukup tidurnya, Thalia berdiri dekat tepi sofa diman Felix dan rakan-rakan lelaki itu sedang duduk menghadap skrin tv. Rambut Panjang mengurai yang tidak terurus di biarkan menutupi mukanya dan mengerbang ke serata arah. Dan dia hanya berdiri di situ pandang empat orang lelaki itu dengan mata mengantuknya. Kalau bukan kerana dia letih dan tiada tenaga nak berbalah, sudah lama mereka semua di sini disiram dengan air sejuk olehnya.

Dasar cencorot tepi jalan tak reti mandi gigi kuning parasite dalam daging!Urghh!

Perasan ada kelibat di sebelah sofa melalui ekor mata, mereka yang ada di situ pun palingkan kepala tanpa fikir apa-apa. Sekali bila mereka pandang.

"MAK POCOT KAU!ARGHH!!!"melatah mereka sampai saling tolak menolak dekat situ lepas tengok kelibat yang mengenakan pakai serba hitam dan rambut Panjang mengurai seperti hantu kak limah.

Felix yang tersepit antara mereka buat muka tak suka lalu pandang ke rakan-rakannya. "Kau orang dah kenapa?"

"Tu..hantu.."tunjuk mereka.

Sambil buat muka tak kisah, Felix palingkan kepala ke Thalia. Dan lepas dia pandang, dua orang rakan lelaki yang berhimpit padanya di tolak dengan kasar sampai mereka jauh darinya. "Kau dah kenapa berdiri dekat situ macam hantu Thalia?"tegurnya dengan jengkelnya.

Lepas mereka dengar Felix sebut nama Thalia lelaki-lelaki di situ buat muka what the hell mereka dan mula tenangkan diri masing-masing.

"kau orang memekak."sebut Thalia dengan nada jengkelnya.

"So?"balas Felix.

"Aku nak tidur esok aku nak kerja. Kalau kau nak aku bagi kau duit. Kau bagi aku rehat la tak guna! Nanti aku tak kerja tak ada duit. kau belasah aku macam aku ni jadi punca kau miskin!"jerkah Thalia seberangnya.

Terkedip-kedip mata mereka sewaktu dengar suara marah Thalia. Tak percaya macam mana suara garang ni boleh keluar dari badan kecil depan mereka ni.

Felix yang sudah terbiasa hanya menjuling mata menyampah. "Tidur je la apa masalahnya."balas dia.

Thalia mengepal penumbuk menahan sabar. Dia tak faham kenapa Felix ada di rumah pada hujung minggu seperti ini. Biasanya lelaki ni duduk melepak dekat luar dan pakai 'barang' ke apa. "Macam mana aku nak tidur kalau kau orang meroyan dan terpekik terlolong macam kau seorang je yang duduk dalam rumah ni!"dengkingnya sampai sakit kepala dibuatnya. Hish!

"Tidur luar sana kalau macam tu. Banyak bunyi pulak. Sebelum aku ikat kau, mulut tu aku selotep, better kau diam eh!"Felix bangun dari situ sambil tunding jari ke Thalia.

Enough!

Dia dah hadap cukup dengan perangai menjengkelkan Felix ni. Tahu la lelaki ni lagi tua dari dia, penjaga dia. Tapi lelaki ini juga such pain in the ass! "Buat la! Kau tu tahunya kan berlaku kasar pada aku je kerjanya kan. Sakitkan aku, belasah aku separuh mati ikat aku la apa lah...buat la. Kalau kau rasa dengan sakiti perempuan boleh jadikan kau kuat dan bangga. Buat la!"tengkingnya pula.

"Apa kau cakap!Sini! Biar aku tampar muka kau tu. Ingat aku tak berani ke!"Felix gerak hendak dapatkan Thalia, tapi kawan lelaki tu pegang dia dan dorong Felix supaya berundur ke belakang.

Bersama renggusan kasar, Thalia berpaling dari situ lalu gerak ke arah pintu rumah. Tak kuasa dia nak hadap Felix. Eloknya mati je lelaki ni dari buatkan hidup dia terseksa macam ni!

BAM!

Pintu rumah itu di hempas kuat dengan Thalia sebaik dia berjalan keluar dari situ.

"Pergi mati la kau perempuan!"suara laungan Felix kedengaran dari luar lagi.

Thalia yang dengar pandang ke pintu rumahnya dengan jelingan bengang sebelum berpaling dari situ. Memang dia nak mati sekarang ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience