Part 44

Crime Completed 11380

"Thalia.."badannya digoyangkan sambil nama dia di sebut.

"Hmm.."balasnya dengan malas sebab masih nak tidur lagi.

"Bangun sekarang.."bisik suara tu betul-betul di telinganya.

Seriously?

Apa masalahnya sekarang ni?

"Ah..jangan la kacau.."halaunya sambil tarik selimut naik ke badannya. Nak tidur pun tak boleh!

Tak lama selepas itu suara bisikan itu digantikan dengan bunyi orang bergerak-gerak  dan katil itu ikut bergoyang.

Oleh kerana rasa terganggu dengan bunyi itu, Thalia dengan marah bangun dari situ. "Apalagi ni...tak boleh ke tung-"terus mati suaranya lepas nampak apa yang dianggap sebagai manusia berpakaian serba hitam dan bertopeng muka.

"Lekas!"seseorang tarik dia turun dari katil tu dengan paksa.

Masih mamai dari bangun tidurnya, Thalia terkebil-kebil memandang empat orang manusia di depannya. Tiga dari mereka bersenjata, yang seorang lagi adalah orang yang sedang memegang lengan dia dan pimpin dia untuk keluar dari bilik.

"Siapa awak semua ni?Ke mana kita nak pergi?"tanya Thalia yang cuba tarik lengan dia dari di pegang dan enggan ikut. Mana Tristan!?

"Please ikut kami...kita tak ada banyak masa." disebabkan orang ini kenakan topeng di mulut, Thalia yang dengar agak keliru mendengar suara tersebut. Entah lelaki entah perempuan, dia tak boleh nak bezakan.

"Iya la...tapi nak ke mana?"tanya Thalia lagi sambil jalan berkaki ayam merentasi koridor yang gelap lagikan sunyi sepi yang megerikan.  Dia sedang bermimpi lagi ke?

"Kami dengar awak dijadikan tahanan di kediaman Federico...dan kami di hantar ke sini untuk bawak awak keluar dari sini.."desis seorang dari mereka yang berada di sebelah kanan Thalia pula.

Thalia palingkan kepala ke kanannya sewaktu berjalan lekas dengan tangannya masih di tarik oleh orang di depannya.

Hah?Dihantar ke sini untuk selamatkan dia?Thalia pandang bingung. "Siapa?"Felix tahu dia dekat sini ke?

"Cukup. Berhenti bercakap!"tegas suara dalam dari orang yang sedang memegang tangan Thalia pula.

Mereka tiga orang itu serta merta diamkan diri dengan patuh.

Sementara Thalia yang kenal akan suara orang di depannya buat muka tercengang. "Desmond?"lafaznya dengan suara separuh berbisik. Apa yang tengah berlaku ni?! "Awak ke tu?"

Orang depan Thalia yang ketuai kumpulan itu bawa mereka turuni tangga di situ sebelum tiba di sebuah hujung lorong dan sebuah pintu. Menggunakan pintu itu mereka loloskan diri dari rumah agam tersebut.

Dekat beberapa minit berjalan tak bercakap apa-apa Thalia yang kepenatan dan sakit sebab berkaki ayam mula bersuara. "Stop." mintanya sambil cuba tarik tangan dia. Tapi orang depannya enggan juga berhenti. "Hei...tolong berhenti! Saya penat!Kaki saya sakit." keluhnya semasa berjoging mahu menyaingi langkah luas mereka itu.

Apabila dengar Thalia berkata begitu, baru la orang yang pegang tangan Thalia berhenti. Namun dia tak bercakap apa-apa, malahan dia terus dukung Thalia dan di bawa ke atas bahu dengan mudah.

"Oh my goodness!"lafaz Thalia sewaktu dirinya didukung lalu tergantung atas bahu tersebut. "Apa ni!"marahnya pula. Kepala otak betul orang ni!

"Shhh...jangan bising atau kita akan ketahuan." desis lelaki bersenjata dekat sebelah kiri.

"What?"sebut Thalia dengan tak percaya. Seriously! Dia boleh ditangkap dengan mudah seperti ini? Hari tu dia cuba larikan diri, rumah ini dikawal 24 jam tanpa henti dengan begitu ketat sekali. Dan sekarang apa? Dia diculik lalu di bawa pergi dengan orang yang entah apa-apa ni! "Turunkan saya sekarang Desmond!Saya tahu ini awak...!"dan lelaki ni perlu jelaskan kepada dia apa yang sedang berlaku sebenarnya ni!

Arghhh!!!!!

Dalam gelap, dari atas bumbung rumah agam itu, berdirinya Tristan dan orang kanannya. Memerhati empat kelibat itu menyusup dalam gelap membawa Thalia pergi dari situ tanpa disedari sesiapa.

"Mulakan sekarang."arahnya Tristan lepas kelibat orang itu masuk ke dalam gelap.

"Baik."orang kanan Tristan angguk kepala serta merta. Dia kemudiannya keluarkan telefonnya dan buat panggilan pada team yang ditugaskan untuk jejak dan ekori mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience