Part 14

Crime Completed 11380

BAM!

Pintu itu di hempas dia tutup ke belakang sebelum dia berjalan masuk ke dalam ruangan itu dengan marah.

"Aku tak nak buat lagi!"dia baling beg berisi dokumen penting tu ke dada Felix dengan marah. Rambutnya yang disanggul di Tarik lepas dengan kasar sebelum kasut tumit tingginya di tanggalkan lalu di campak ke lantai.

Nafasnya naik turun kencang sebab terlampau marah dan ketakutan yang amat! Sampai menggeletar teruk kaki dan tangannya sekarang ni.

Felix yang berdiri dekat depan sofa tu pandang tak percaya ke Thalia lepas adiknya menerjah masuk ke dalam rumah sambil marah-marah dan menghempas pintu.

"Kau dah kenapa?"tanya Felix sambil membuka beg tangan itu lantas melihat sampul coklat miliknya tersimpan rapi di situ. "Mana duitnya?Kenapa kau tak pulangkan dokumen ni?"

Thalia yang sedang mundar mandir tak tentu arah itu berhenti dari bergerak. Dia pandang Felix sambil buat muka dramatiknya. "Duit yang kau fikir?Kau tahu tak aku nyaris mati tadi?!"dengkingnya dengan bengang. Dasar manusia tak ada perasaan betul Felix ni.

"Hah?"nganga Felix dengan terkejut. "Apa maksud kau?"

Setelah melepaskan dengusan tak percaya, Thalia tekap dahinya dan memejam mata hendak tenangkan dirinya supaya dia tidak pitam dekat sini sebab naik marah sampai berderau laju darah ke kepala dia.

"Thalia! Aku tanya kau ni...apa yang dah  berlaku!"bentak Felix dengan berang.

Thalia pun membuka matanya lalu pandang letih ke Felix. "Geng Tatu Black Thorn dah tahu. Lokasi kau dah terdedah, Kau tahu aku naik satu lif dengan dia orang masa dia orang nak serbu tempat pertemuan kau tu?Aku hampir mati dan kau tahunya duit je memanjang! Lepas ni kau ugut aku ke apa ke! Kau buat la! Aku tak nak terlibat dengan masalah kau lagi. Titik! Aku nak hidup lama. Aku nak keluar dari sini dan bina hidup aku. Jadi berhenti susahkan hidup aku!!!!!"jerit dia dengan nekad.

Felix membutang mata dengan luas.

Hah! Dia tertangkap!?Terus dia berpaling ke meja makan. Felix capai telefon bimbitnya yang ada di situ lalu tunduk menaip sesuatu di skrin dengan laju sebelum di bawa ke telinganya.

Sementara Thalia yang sedang trauma sudah jatuh terduduk dekat atas lantai dalam keadaan bersimpuh. Termenung dia dekat situ bersama nafas naik turun. Cuba tenangkan dirinya. Terbayang dia muka lelaki-lelaki bersut yang berhenti dekat tingkat 25 tadi. Tak lupa akan Tristan yang begitu nekad hendak tahu kenapa dia ada di situ.

Habis la dia kalau Tristan datang temui dia direstoran tempat dia kerja nanti.

Lagi satu, dah kenapa lelaki misteri tu cari dia?Salah dia apa?Dia cuma bantu lelaki tu je. Sentuh pun tidak apa lagi mengapa-apakan lelaki tu.

"Hello?Mana si bulat?Dia ada dekat situ tak?"tanya Felix semasa berdiri menghadap pintu rumahnya. Takut kalau ada orang pecah pintu rumahnya sekarang ni!

"Dia tertangkap! Lokasi kita terdedah. Orang-orang kita tengah larikan diri dan sembunyi. Baiknya kau buat perkara yang sama sampai keadaan kembali tenang Felix"jawab rakannya dalam panggilan tu dengan cemas.

Cis! Tak guna betul! Macam mana boleh pulak terdedah ni! "Selain kita ada orang lain ke yang tahu dekat mana tempat pertemuan diadakan?"tanya dia lagi semasa kerling ke Thalia yang kelihatan begitu devastated sekali. Nampak sangat la adik perempuannya itu sedang takut!

"Aku tak sure. Sorry Felix. Aku kena pergi sekarang! Dia orang dalam perjalan sekarang ni. Better kau pun ikut sembunyi. Keluar dari rumah pangsa tu selagi sempat."pesan rakannya sebelum panggilan tu di putuskan dengan tergesa-gesa.

Setelah itu, Felix berjalan laju ke Thalia. Dia melutut depan adiknya lalu memegang lengan tu dengan kasar sebelum di goncang. "beritahu aku...kau ada cakap dengan sesiapa tak tentang hal ni pada sesiapa?"tanya dia.

Thalia pandang Felix dengan mata kemerahan dan wajah pucat berpeluh dinginnya. Buat beberapa ketika dia diam tak berkata-kata sewaktu menatap wajah gelabah Felix. Jahat sangat agaknya dia ni sampai nak letakkan nyawa abangnya dalam bahaya! "Kau rasa aku ni nak sangat ke beritahu semua orang yang aku buat kerja jahat terlarang kau ni?Hah??Kau ingat aku ni b*d*h sangat ke sampai nak libatkan orang lain?"desisnya dengan keras.

"Habis tu macam mana aku boleh terdedah! Selain kau dengan aku tak ada siapa tahu mengenai pertemuan aku dengan Si Bulat!"deram Felix depan muka Thalia.

Sambil mengetap gigi menahan sabar, Thalia pandang nak menangis ke Felix. Kalau Felix takut apa lagi dia! Kepala mereka boleh di penggal tahu tak kalau Geng Tatu Black Thorn tahu siapa mereka dan segala kegiatan Felix selama ni.

"Aku tak tahu...tolong la. Kau sendiri baru beritahu aku tentang hal ni hari ni. Fikir la sikit!"luahnya dengan letih. "Felix...aku takut. Macam mana kalau dia orang tahu tempat tinggal kita...aku tak nak mati."kain baju di dada Felix di cengkam dengan kuat.

Bersama nafas naik turun gemuruhnya, Felix pandang Thalia yang berkerut kening merayu padanya. Macam mana la semuanya jadi messed up! DIa dah pelan elok-elok dah pertemuan ni. Nampaknya Geng Tatu Black Thorn dah sedia dari awal mengenai hal ni. Rondaan mereka Berjaya mengesan pertemuan dia dengan Si Bulat jugak akhirnya.

"DIa orang tak tahu kau adik aku. Jadi kau tak payah risau. Yang dia orang cari adalah aku. Buat masa ni aku akan sorokkan diri. Kau jalani hidup kau macam biasa."beritahu Felix sewaktu termenung memandang skrin tv yang sedang menayangkan berita tengah hari.

Thalia buat muka berserahnya lalu tertunduk memandang ke lantai. Susah betul hidupnya ni! Bagi la dia bernafas dengan normal buat sehari. Tolongla sesiapa...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience