Tak tahu nak buat apa, butang pada pintu untuk turunkan tingkap itu di tekan dia.
Srett~~~
Cermin tinted hitam turun dengan perlahan sebelum deru angin dari luar menyapa wajahnya. Sejuk je angin malam ni.
"Kita nak ke mana ni?"soal dia buat kali kelima sejak di bawa keluar dari rumah agam seusai makan malam tadi. Tiba-tiba je. Takkan la sebab jurnal tu Tristan nak bawa dia keluar.
Tristan dekat sebelah hanya diam bersandar di kerusi sambal memejam mata. Nak berehat sebab terlampau penat dengan persiapan yang dia buat sepanjang satu minggu berturut-turut untuk berikan persediaan yang secukup pada hari perjumpaan besar-besaran esok.
Thalia palingkan kepala ke sisinya bila Tristan tidak menjawab. "Ada apa-apa yang berlaku lagi?"jangan beritahu dia yang mereka hendak larikan diri atau selamatkan diri dari serangan musuh Tristan?Sudah la. Dia tak nak hadap lagi semua konflik-konflik tu.
Tristan kerutkan kening sewaktu mahu membuka matanya. Sebenarnya dia nak bawa Thalia berjumpa dengan ayahnya setelah semuanya telah selesai. Namun disebabkan keadaan ayahnya semakin nazak. Maka terpaksa la dia percepatkan pertemuan ni.
"Awak?"tanya Thalia yang merapat ke Tristan lalu pegang lengan tu dengan perlahan. Dah kenapa ni?Merajuk ke sebab dia ambil barang Tristan. "Awak marah tentang jurnal tu ke?Kalau ya..saya boleh pulangkan semula kalau awak nak. Tak perlu la serius macam ni?Awak menakutkan saya la."pujuknya.
Tristan pun pandang ke Thalia. Mungkin ini agaknya perasaan yang Thalia rasa bila kehilangan kedua-dua ibubapa. Rasa tergantung tidak bertali dan berasa seperti ada yang dirampas darinya secara paksa. Dia mintak maaf di atas kejadian yang menimpa pada Thalia. Dari awal hingga akhir Thalia tak pernah dapat hidup dengan bahagia dan tenteram. Dia nak balas balik hutang nyawa yang ayah dan ibu Thalia telah korbankan untuk legasi Federico.
Kening Thalia berkerut sedih bila Tristan masih diamkan diri sewaktu menatap dirinya. Sedih la macam ni. Kalau Tristan bencikan dia jugak, dengan siapa dia nak hidup Bersama nanti. Dia dah tak ada sesiapa lagi dekat sini hah! "Awak marahkan saya ke?"tanya dia dengan suara kecil.
Tristan angkat tangan lalu menekap pipi Thalia dengan kasih. Dia janji dia takkan biarkan Thalia di sakiti lagi. Hanya kali ni saja dia terpaksa buatkan hati Thalia terluka. Lepas ni takkan lagi. "Tak."jawabnya dengan pendek sambal tenung mata tu.
"Dah tu kenapa awak diam?"
"Aku cuma terfikir."pipi itu di usap dengan ibu jarinya.
Thalia pandang tak faham. "Tentang apa?"
Tristan kemudiannya tersenyum sebelum tarik kepala Thalia ke dadanya lalu disandarkan ke dadanya sebelum belakang bahu itu di rangkulnya lantas di gosok dengan perlahan. "Apa aku nak buat kalau kau tak ada dekat sisi aku.."beritahunya sambal rehatkan pipi ke kepala Thalia. Sungguh...dia tak sedia. Tapi ini yang terbaik untuk dia dan Thalia.
"Kita nak ke mana sebenarnya sampai kan awak nampak susah hati sangat saya perhatikan sejak tadi?"tanya Thalia lagi sewaktu pandang ke cermin depan kereta dengan muka tak faham. Susah sungguh la nak dapat jawapan dari Tristan ni. Kalau di tanya lelaki ni suka sangat menyimpang!Pening kepala. Terus dia angkat kepala dari dada Tristan untuk pandang muka tu.
Lama jugak Tristan diam tak cakap apa-apa. Dia cuma pandang Thalia dengan renungan risau dan mendungnya. "Jumpa ayah aku.."
"Tuan Federico?"tanya Thalia sambil menjungkit kening sebelah kiri.
"Um."angguk Tristan dengan perlahan sambil menggosok belakang badan Thalia pula.
"Kenapa?"
"Untuk minta maaf diatas kematian parents kau."jawab Tristan tanpa bazir sesaat pun. Dia nak ayahnya pergi dalam keadaan tenang dan gembira. Dia tak nak biarkan ayahnya terus menerus berasa serba salah untuk kejadian yang bukan salah ayahnya.
Terus jatuh air muka Thalia lepas mendengarnya. Baru dia teringat soal kejadian yang menimpa ibubapanya beberapa tahun yang lalu.
"Aku tahu semua ni tak mudah untuk kau...demi aku. Temui la ayah aku. Untuk kali terakhir."lafaz Tristan Bersama renungan berkacanya.
Thalia tidak berkata apa-apa namun matanya ikut kemerahan. Sebelum sempat alirkan air mata, Thalia larikan pandangannya ke arah lain. Dia tak tahu nak cakap apa. Sebab semuanya tiba-tiba dan mengejut!
Share this novel