Deru angin malam menyapa wajahnya sepoi-sepoi bahasa. Buatkan dia Tarik nafas itu dalam-dalam lalu dihembus panjang. Nak hilangkan rasa stuffy yang berkumpul dekat dadanya kebelakangan ni. Sambil berdiri dekat tembok pemegang tepi tasik tu, dia pegang batu konkrit isebelum langkau kakinya untuk duduk di situ.
Sedang dia berbuat begitu, matanya terarah pada gelang tangan yang mempunyai pendant bunga-bunga dandelion padannya. Gelang yang dia terima sebagai hadiah penghargaan dari kedai bunga hari tu. Ianya buatkan dia teringat akan payung yang dia tak sempat hendak pulangkan tempoh hari.
Baru saja dia hendak gerakkan kaki satu lagi ke tembok batu itu, tidak semena, pinggangnya di pegang dari belakang dan tubuhnya di Tarik turun dari tembok itu dengan kuat.
"Umph!"punggungnya mendarat atas rumput sesaat kemudian. What the heck!Sakit siut! SIapa pulak yang-
"Apa yang kau cuba buat ni! Nak mati sangat ke!?"marah suara dari atasnya tiba-tiba.
Sambil berkerut kening menggosok punggungnya yang sakit, Thalia dongak memandang ke atasnya. "Dah kenapa?"tanya dia sebaik melihat seorang lelaki dengan wajah distress tunduk memandangnya.
"Apa yang kau cuba buat tadi?Nak terjun dari situ dan bunuh diri sendiri?tak kira la apa masalah tu tapi bunuh diri takkan selesaikan masalah! Tahu tak!"marah lelaki tu lagi.
Bunuh diri?Siapa yang nak bunuh diri.Ihh! "Apa yang awak merepekkan ni?"Thalia bangun dari situ lalu menilik lelaki yang bersweater turtle neck warna hitam lengan panjang dan bercermin mata petak serta berambut hitam lebat menutupi mata di depannya. Dia kenal ke lelaki ni?
"Tadi tu...awak cuba lompat melepasi tembok tu kan.."tanya lelaki tu lagi dengan kening berkerut marah.
"Bila masanya pulak...saya cuma nak duduk dekat situ saja. Sekalipun saya nak bunuh diri, tak adanya saya nak lemaskan diri dekat tasik yang airnya paras pinggang saya saja."balas Thalia dengan muka tak puas hatinya. "Yang awak ni siapa pulak?Memangnya urusan awak kalau saya bunuh diri ke apa dekat sini?"
Lelaki tu buat muka kantoi seakan baru sedar yang dirinya overeacted sendiri sebaik mendengar soalan Thalia. Dia pandang kanan dan kiri dengan kekok sebelum garu belakang kepala. "Ah..ya ke. Maaflah kalau macam tu. Saya cuma nak elakkan perkara yang tak sepatutnya dari terjadi."jelasnya.
Thalia menggeleng kepala tak percayanya. First time dia jumpa lelaki ni dan first time dia cuba di selamatkan. Selama ni mana ada orang kisah akan keselamatannya apalagi kebajikan dirinya. "Tak apa. Saya tahu niat awak baik."katanya.
Lelaki tu beri senyuman kekok pada Thalia. "Um..perkenalkan nama saya Desmond. Saya tinggal dekat apartment depan ni je."dia tunjuk ke bangunan tinggi melangit dekat belakang mereka.
Thalia pun pandang ke arah bangunan itu. Lalu matanya jatuh ke bangunan pangsa dimana dia berada. Sebelah saja. Cuma bezanya kawasan pangsa dia tak adalah Nampak mewah macam bangunan apartment tu.
"Thalia."jawabnya lepas tu sambil pandang muka bercermin mata Desmond semula.
Desmond tersenyum. "Saya tahu"
Thalia buat muka. Lelaki ni tahu?EH?"Sorry?"ucapnya dengan muka tak faham.
"Haha..maaf. Mungkin awak pelik mendengarnya. Tapi saya adalah empunya kedai bunga yang awak selalu kunjung beli bunga dandelion setiap bulan tu."
Mulut Thalia terbuka buat bentuk 'o' lepas dengar. So lelaki depannya ini adalah pemilik kedai bunga. Wow. Harap saja muka macho sekali tu jual bunga bhai.Nice taste bro.
"Apa awak buat sendirian dalam gelap pada waktu lewat macam ni dekat sini?"tanya Desmond sambil pandang kanan dan kiri sekitar tasik buatan manusia ni.
Thalia buat muka serba tak kenanya. Mana mungkin la dia nak beritahu hal sebenar pada orang yang dia baru temui. "Ah...saja...saya nak ambik angin."lantak la situ kalau jawapan dia tak masuk akal. Bukannya dia peduli pun.
"Pada jam 3 pagi seperti ini?"tanya Desmond sambil seluk tangan ke dalam poket seluar.
Thalia pandang pelik ke Desmond pulak. "tanya pasal saya, yang awak ni buat apa dekat sini?"tanya dia pula.
"Saya baru saja balik dari urusan kerja. Sedang saya memandu untuk ke apartment tadi saya ternampak awak tergantung dekat tembok batu.itu yang saya berhenti dan ke sini. Memikirkan awak ingin lakukan sesuatu."jawab Desmond dengan tenang dan menyakinkan sekali sewaktu tenung tepat ke mata Thalia.
"Oh..ya ke."balas Thalia sambil larikan matanya ke suatu arah sebab tiba-tiba rasa gemuruh lepas di tenung dengan Desmond dalam-dalam macam tu.
"Kalau awak mahu, saya boleh temankan.."pelawa Desmond.
"Hah?"nganga Thalia dengan muka terkejut. Hak-alah...lelaki pelik ni. Tiba-tiba je nak buat baik kenapa. Aneh la dia rasa! Dalam dunia ni mana ada orang baik. Paling-paling mesti ada udang di sebalik batu. "Tak perlu.Saya dah nak balik pun."dalihnya sambil lambai tangan tidak mahu.
"Kalau begitu biar saya temankan aku balik ke pangsa awak."ujar Desmond.
Heh?"Saya tak cakap pun yang saya tinggal di pangsa."tanya Thalia dengan hairan. Haish...lelaki ni makin menakutkan la pulak. Stalker apa!
"Ahaha...saya tahu. Tapi memandangkan saya yakin awak bukan penghuni apartment tempat saya tinggal, dan di sini cuma ada pangsa dan tiada tempat lain, awak pasti berasal dari situ.."anggar Desmond yang bersahaja.
Thalia pandang sekelilingnya. Ya memang betul tiada kawasan perumahan atau bangunan lain selain dua bangunan di depan tasik ini. Jadi masuk akal la. "Tak apa. Saya boleh jalan sendiri. Terima kasih saja."tolaknya sambil jauhkan diri dan mula bergerak untuk ke depan.
"Ta-"
Tak nak tunggu Desmond habiskan kata-kata Thalia terus marathon dari situ terus ke bangunan pangsanya sepantas lipas kudung.
Desmond yang perhatikan betapa cepatnya Thalia berlari berdengus hendak ketawa lalu menggeleng kepala. Macam-macam betul!
Share this novel