Part 11

Crime Completed 11380

"Hari ni kau tak payah kerja. Aku nak mintak tolong kau sesuatu."arah Felix sewaktu lelaki tak berbaju dan hanya bertuala dan rambut masih basah tunduk menyelongkar sesuatu dari dalam peti sejuk.

Thalia yang sedang menggoreng hotdog dan ham dalam kuali angkat kepala lantas memandang abangnya dengan kening berkerut. "Asal tak beritahu awal-awal?Memang tak la aku nak cuti tiba-tiba tak bagi notis awal."beritahunya.

BAM!

Tak pasal-pasal Felix hempas pintu peti sejuk tu kuat-kuat sambil pegang satu botol kaca bir dekat tangan.

Thalia perhatikan Felix letakkan botol kaca tu atas kaunter dapur lalu mencekak pinggang sebelah tangan menghadap dia sambil buat muka bengang. Dia yang tahu memang dia akan dapat masalah hanya diam berdiri dekat situ pandang Felix.

"Kalau aku cakap tu kau dengar tak payah melawan tak boleh ke?Nak aku potong lidah kau tu terus supaya tak dapat bercakap langsung sangat eh?"kata Felix Bersama kerutan di kening.

Thalia kembali menyambung memasaknya. "Tak boleh. Diana tak masuk kerja hari ni. Dia kena rawat anak perempuan dia yang sakit dekat rumah."beritahu dia sambil matikan dapur api.

"Aku kata tak payah kerja ya tak payah kerja. Apa yang susah sangat nak faham Bahasa kau ni?"Felix tunjal bahu Thalia dengan kasar sampai buatkan Thalia tersandar kuat pada meja makan di belakangnya.

Tersandar saja dia di situ, Thalia pandang Felix dengan kening mencerun. Nafasnya naik turun hendak hilang sabar. Benci sungguh dia pada lelaki depannya ini. Sumpah dia benci yang amat sangat! "Kalau aku tak nak kau nak buat apa?"cabarnya. Baiknya dia mati saja!

Sepantas kilat, Felix keluarkan pisau dari tempat simpan pisau di tepi dapur itu lalu dihunus tepat ke tepi muka Thalia.

Terundur kepala Thalia ke belakang serta merta lepas mata pisau tu sentuh pipi dia. Jari jemarinya cengkam kuat tepi meja tu cari sokongan,"Kau tak nak tahu apa aku akan buat dekat kau. So better kau behave atau muka kau yang cantik ni aku toreh dengan perkataan 'wh*re'."

Bergenang air mata dekat kelopak mata Thalia sesaat kemudian. Dia pandang tak berkedip ke mata Felix. "Kalau macam buat je la. Aku sanggup hodoh dari buat kerja kotor kau!"desisnya dari balik ketapan gigi.

Untuk beberapa saat Felix buat muka semasa mempertimbangkan sesuatu dalam kepalanya semasa pandang adiknya. "Kerja kotor ni yang bagi kau hidup semasa kau tak tahu apa-apa lagi! Bila kau dah besar je kau tunjuk perangai tak sedar di untung kau pada aku.."getusnya depan muka Thalia.

Menitis terus air matanya ke pipi Thalia lepas dia dengar kata-kata Felix. Ya...dia tak lupa diri. Malah dia masih ingat jasa baik Felix sebab besarkan dia sejak ibubapanya sudah tiada. Bagi dia makan, bagi dia tempat berteduh semasa hujan dan panas. Sebab itu dia masih Bersama dengan Felix, bukannya bunuh diri dan tinggalkan abangnya sendirian di dunia ni tanpa keluarga. Dia sayangkan abangnya sebab lelaki ini saja yang dia ada. Tapi sikap Felix sulitkan keadaan lagi.

"Apa kau nak aku buat?"tanya Thalia sewaktu air mata mengalir turun ke pipinya sekali lagi.

Baru la Felix jarakkan pisau tu dari pipi Thalia lantas tersenyum puas. "Kan elok kalau kau menurut sejak awal lagi. Tak adalah aku guna cara ni.."

Thalia pandang pisau yang berkilat lagikan tajam di tangan Felix Bersama perasaan takutnya lalu pandang semula ke Felix.

"Aku perlukan kau untuk buat urusan dengan seorang dari dealer aku hari ni. Disebabkan gang tatu hitam asyik meronda kebelakangan ni dekat sekitar bandar, aku tak boleh keluar secara bebas macam biasa. "beritahunya semasa menyimpan semula pisau ke tempatnya.

Thalia hanya diam mendengar.

"Disebabkan orang tak tahu kau adik aku atau ada kaitan dengan mana-mana geng, kau akan hantar dokumen dan bawa duit yang dia orang bagi lepas urusan tu selesai."ujar Felix sambil capai botol birnya pula.

"Urusan apa?"tanya Thalia tak lama selepas itu.

"Adalah. Kau tak payah sibuk nak tahu. Kau pergi je tempat yang aku beritahu. Jumpa orang yang aku tunjukkan. Hantar dokumen kemudian ambil duit. Lepas tu balik."kata Felix sebelum meneguk bir itu.

Urusan apa pulak yang Felix nak dia libatkan diri sekarang. Hari tu suruh dia jualkan dadah. Kali ni apa?Senjata?Dokumen?Dokumen apa?Jangan dia tertangkap sudah dengan Geng Tatu Black Thorn sudah.

Berniaga tanpa kebenaran Pemimpin Utama dianggap sebagai jenayah besar dan melanggar peraturan,. Jadi sesiapa yang buat urusan jenayah dalam Bandar Phantom bakal berdepan hukuman yang tak tergambar.

Dan manusia bernama Felix Neston ini memang suka menempah maut dengan melanggar peraturan-peraturan yang telah di tetapkan.

Maka yang menjadi mangsanya lain tak bukan, Thalia Nesrin sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience