Buku bank yang ada di tangannya di genggam erat sampai renyuk benda itu dalam cengkamannya. Tidak bergerak dari tempat dia sedang berdiri, dia hanya tunggu di situ memasang telinga sejak tadi.
BAM!
Bunyi pintu dihempas kedengaran kuat tidak lama selepas jeritan yang ngeri tadi kedengaran. Dia yang niat tadi mahu pulangkan buku bank yang tertinggal dalam keretanya terbatal niatnya lepas dengar suara marah-marah sebelum jeritan penuh kesakitan menghuni seluruh tingkat rumah pangsa ini.
Tidak tahu hendak buat apa, dia hanya mampu berdiri di situ menunggu masa yang sesuai. Dan seperti yang di duga, tak lama selepas jeritan terakhir kedengaran, masa itu la pintu rumah pangsa bernombor 15-5 terbuka dari dalam lalu lelaki berpakaian serba hitam berarak keluar dari situ dan turun tangga meninggalkan tempat itu.
Yakin yang Felix sudah tiada, Tristan keluar dari tempat persembunyiannya iaitu dari belakang pokok hijau palsu di tepi dinding untuk ke pintu rumah pangsa Thalia. Dengan derap langkah beratnya, Tristan pegang tombol pintu yang tidak berkunci itu lalu tolak ia ke dalam dengan perlahan-lahan.
Tanpa menanggalkan kasutnya dia jejak selangkah ke dalam lantas disapa dengan scene berdarah yang begitu mengyayat hatinya. "My goodness.."sebutnya dengan lafaz yang lemah apabila melihat Thalia terbaring lemah di lantai dalam keadaan berdarah serta Lebam di wajah.
Setiba di sisi Thalia, Tristan melutut di situ sebelum pangku kepala tersebut dengan berhati-hati. Sama sekali tidak peduli akan darah yang mengotori pakaian dan tangannya, dia tunduk menepuk perlahan pipi itu.
"Thalia..."
Mata yang sudah kebiruan di sebelah kanan dan berdarah di tepi tulang pipi kiri itu perlahan-lahan bergerak sebelum ia terbuka kecil.
Tristan tilik keadaan Thalia sebelum ternampak lengan kanan Thalia yang berdarah banyak. Ianya bukan luka kelaran. Tapi ianya luka seperti torehan perkataan di kulit itu. Dan bila dia kecilkan mata, Tristan dapat membaca tulisan yang berdarah itu. Torehan itu membentuk perkataan 'wh*re' yang bermaksud perempuan murahan.
"To-tolong saya."bisik Thalia dengan tersekat-sekat.
Sambil mengetap giginya, Tristan kembali memandang wajah yang tadi dia pandang bersih tidak berlebam kini pecah sana sini. Sakitnya dia rasa sekarang ni! "Mari..."ajaknya semasa bawakan tangan Thalia ke bahunya sementara dia seluk tangan ke bawah kaki tu.
"Uhuk...uhuk.."batuk Thalia apabila pergerakan itu buatkan rasa sakit dekat tulang rusuk dia ditekan. Namun dia tidak merengek, hanya deru nafasnya naik turun tidak menentu.
Tristan bangun dari situ sambil mencempung Thalia gaya pengantin lantas keluar dari rumah tersebut tanpa peduli untuk menutup pintu tersebut. Dengan langkah yang luas, dia rentasi koridor tersebut lalu turuni tangga dari tingkat lima hingga la tingkat lobi tanpa terkesan sedikit pun dengan dukungan itu.
Setiba dia di keretanya, dia buka pintu kereta dengan susah payah sebelum bawa Thalia ke dalam tempat duduk sebelah pemandu. Seakan pegang sesuatu yang vurnarable, Tristan letakkan Thalia dengan berhati-hati lantas kenakan seatbelt untuk wanita itu. Seusai itu, dia tutup pintu dan bergegas ke tempat pemandu pula dengan lekas.
Dan pada masa Tristan selama masuk ke dalam kereta, ketika itu la Desmond muncul dari arah kiri jalan dalam keadaan berlari yang laju.
Sewaktu kereta Tristan bergerak ke jalan raya, Desmond masuk ke dalam bangunan. Langsung tidak perasan akan pemergian kereta itu.
Sementara di dalam kereta, Tristan yang memandu, kejap-kejap mengerling ke Thalia yang tidak sedarkan diri. Kepala yang terlentok itu dia pegang supaya tegak. Sementara sebelah lagi pegang stereng kereta.
Jelas-jelas di wajah itu tunjuk yang Tristan sedang kerisauan dan takut.
Namun Thalia yang tidak sedarkan diri kelihatan tenang dengan mata terpejamnya.
Share this novel