Part 36

Crime Completed 11380

Kecik besar dia pandang dua orang lelaki pengawal yang berdiri menghadang pintu depannya. Dumbfounded dengan apa yang baru di sampaikan oleh mereka.

"Apa dia?"mengerenyet mata Thalia. "Tak boleh keluar?"

"Ya."

Thalia mencekak pinggang sambil buat muka tak puas hati."Atas arahan siapa?"Hak-alah...dah kenapa nak halang dia keluar bagai? Alang-alang Tristan tak ada, masa ni la dia perlu keluar dari sini. Tapi dua minion ni sibuk nak menghalang dia pulak.

Kacau betul!

Baru sahaja dua orang pengawal itu hendak buka mulut, Alexander muncul dari belakang lalu bersuara. "Saya."

Melompat terkejut Thalia. Dia laju-laju palingkan kepala ke belakang dengan muka cuak. Ingatkan Tristan tadi, sekali tu Alexander rupanya. Aik? Dua orang ni duduk sebumbung ke?

"Awak?"Thalia cuba undur ke belakang nak jarakkan diri bila Alexander tak nak berhenti dari berjalan mendekati dia. "Kenapa?"

"Macam mana kalau Felix cuba sakiti awak semula?Awak mahu ke semua ni terjadi pada awak sekali lagi?"kata Alexander sambil tunjuk keadaan Thalia yang berbalut dan berlebam sana sini. Baru sedar dah nak keluar?Berani mati betul Thalia ni!

Thalia telan air liur gemuruhnya sembunyi-sembunyi. Rasa resah dengan aura intimidating yang ditunjukkan oleh Alexander. Mafia memang kena menakutkan ya?Kemudian..lrlaki handsome memang jahat-jahat ke semuanya? Matanya gerak kanan dan kiri dengan resah.

Alexander beri isyarat pada dua orang pengawal di situ dengan matanya menyuruh mereka.

"Sorry but bot sorry...saya tak benarkan awak keluar Thalia."kata Alexander yang memberi isyarat pada dua orang pengawal tu untuk peluk lengan Thalia lalu angkat wanita itu dari situ.

"Hei!Apa ni?Alexander!Lepaskan saya!Felix akan lebih marah kalau dia tahu saya ada bersama dengan awak...!"laung Thalia sewaktu dia di bawa pergi dengan dua orang pengawal tu.

Alexander ikut dari belakang dengan kedua-dua tangan dalam poket seluar. Memerhati kaki Thalia yang terkapai-kapai nak pijakla tai tapi tak dapat ekoran diangkat oleh pengawalnya.

"Elok jugak. Saya pun ada nak nuat perhitungan dengan dia. Biarkan dia datang ke sini kalau begitu."balas Alexander.

Thalia palingkan kepala ke belakang dengan susah payah mahu memandang Alexander sewaktu dia dibawa ke sebuah ruangan seakan bilik bacaan. "Awak tak tahu dengan siapa awak berurusan Alexander. Lepaskan saya sekarang!"mintanya.

Dua orang pengawal tu bawa Thalia ke sofa berdekatan lalu dudukan Thalia di situ sebelum beredar menjauhkan diri.

Alexander dekati sofa itu dengan langkah bersahaja. Dia pandang kesal ke Thalia. Masih terasa dengan layanan yang Thalia berikan kepada dia tempoh hari. Tiba saja di sofa itu, dia duduk bersandar sebelah Thalia.

Dia topang kepala dengan tangan kirinya yang disiku atas head rest sofa tu. "Jadi hari tu, awak berlebam dan luka kerana Felix la?Hari awak halau saya keluar dari rumah awak dan reject pelawaan saya?"tanya Alexander dengan nada seperti orang terasa.

Thalia buat muka. La...takkan pasal hari tu nak terasa. "Bukan."

"Bukan?"Alexander jungkit kening sebelah kiri. "Habis tu siapa yang sakiti awak?Beritahu saya. Sebab saya nak kerjakan dia. Kalau bukan sebab dia, awak pasti keluar bersama dengan saya pada hari itu."

Ohmygosh!Seriously? "Takkan itupun nak berkira?Hentikannya boleh tak. Awak buat saya rimas. Nak saya cakap berapa kali yang saya tak boleh sukakan awak?"luah Thalia dengan kening berkerut tak suka.

"Kenapa?Sebab Felix abang awak dan dia adalah musuh saya?Kalau awak risaukan tentang dia, saya boleh hapuskan dia sekarang jugak."kata Alexander dengan nada bersahaja.

Thalia bagi muka 'WTF' masa pandang Alexander. "Jangan awak berani-berani sentuh Felix."

Alexander menjungkit bahu tak kisah."Kenapa pulak?Kan lagi bagus kalau macam tu. Kalau dia mati, awak tak adalah dibelasah dengan dia seperti ini."

Tak terkata Thalia dibuatnya. Memang la Felix tu manusia tak berhati perut. Still, lelaki itu adalah abangnya. "Saya takkan benarkan awak apa-apakan dia. Sekiranya awak sakiti Felix. Saya. Saya takkan maafkan awak apa lagi terima perasaan awak tu. Jadi berhenti katakan hal tu!"tegasnya dengan kening mencerlung marah.

Alexander berdengus kecil hendak ketawa. Comel je bila Thalia marah. Alah...dia bukannya serius pun. Saja je nak sakat supaya Thalia mahu bercakap dengan dia. Sementara Tristan tak ada. Eloknya dia luangkan masa sebanyak yang boleh bersama.

"Chill la...jangan la serius sangat. Awak buat saya turn on bila garang-garang macam ni." seloroh Alexander yang kembalikan air muka serius samsengnya kepada normal.

Aik?Thalia buat muka masa pandang dengan pelik ke Alexander. Tadi bukan main serius, kemudian senyum pulak. Macam-macam je la fe'elnya. "Habis tu dah awak cakap benda yang trigger kemarahan saya. Mana saya tak angin."

Alexander turunkan tangannya ke bawah lalu duduk bersila sebelah kaki dekat atas sofa itu lantas sondongkan sikit badannya ke Thalia.

Thalia pula sondongkan badannya ke belakang nak jauhkan diri. Apahal pulak ni.

"Jangan risau. Saya bukan seperti yang awak sangkakan."kata Alexander sebelum tersenyum.mesra. kalau la Thalia tahu, dia pegang pistol pun tak pernah,apa lagi belasah orang. Ini kan lagi nak bunuh orang...memang tak la.

"Iya la tu. Awak kan anak kepada Federico, mafia paling berbahaya dalam bandar ni...mesti la awak sama seperti ayah awak."pandang Thalia dengan curiga.

Alexander beri senyuman nipis masa pandang Thalia. Dia tak nak dilahirkan dalam kelurga ni. Nak buat macam mana lagi. "Tak semestinya saya sama seperti ayah saya. Kalau awak tak sudi terima perasaan saya, boleh kita berkawan?"dia hulur tangan hendak bersalam.

Thalia pandang muka Alexander lalu ke tangan tu silih ganti.

"Kawan?"Alexander pandang penuh berharap pada Thalia.

Kawan?Boleh ke?Felix terima ke semua ni nanti. Thalia pandang tak pasti ke Alexander. "Fine. Kawan. Tapi...kalau apa-apa hal berlaku
tanggung sendiri."dia letakkan tangannya ke tangan Alexander ragu-ragu.

Seperti anak kecil baru dapat gula-gula, Alexander genggam tangan Thalia dengan muka terujanya. "Okay!"ucapnya. Felix tak Felix, apa yang penting Thalia boleh terima dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience