"Ada waitress bernama Thalia Nesrin di sini?"tanya Alexander dengan nada berlagaknya pada Diana.
Diana telan air liur lepas dengar nama tu. Dia pandang ke mata Alexander tapi tak lama. Dia tundukkan matanya ke lantai sesaat kemudian sebab tak berani. Takut tertangkap kalau dia tipu. "Ada"
Thalia yang bersembunyi dekat dinding pintu dapur tu dah buat muka tak percaya. Haish! Kelentong la sikit! Jangan la direct sangat beritahu dia ada dekat sini. Bawah bibirnya di gigit. Dia pasang telinga lagi.
"Di mana dia?"Alexander pandang kepala Diana yang sedang tunduk tidak mahu memandangnya dia.
"Dia baru saja keluar berehat."tipu Diana seyakin yang boleh. Dalam hati dia dah berdoa banyak ni. Berharap nyawa dia tak melayang gara-gara pertahankan Thalia.
"Kemana?"tanya Alexander dengan jengkel. Asal susah sangat nak jumpa perempuan ni. Kalau orang lain dah berebut nak temui dia terutama sekali wanita, tapi yang seorang ni, dia sendiri nak jumpa bukan main banyak sekali halnya. Penat tahu tak!
"Sa-saya tak tahu."dalih Diana lagi sebelum dia pejam mata dan gigit bawah bibirnya.
Thalia pula dah bersandar dekat dinding sambil cantumkan kedua-dua tangan dan mula berdoa. Mudah-mudahan lelaki ni termakan la dengan kata-kata Diana.
Alexander dapat mengesan sesuatu tak kena. Dia tak tahu kenapa tapi naluri dia beritahu ada yang sedang disembunyikan dari dia. Dan wanita di depannya ini tidak berkata benar padanya. Secara automatic kepalanya bergerak ke arah pintu yang menghala ke bilik belakang tidak jauh dari tempat dia sedang berdiri.
"Itu pintu menghala ke mana?"tanya Alexander sambil tunding jari ke pintu dimana Thalia sedang bersandar pada.
Kepala Diana tersentak laju ke arah pintu itu. Kemudian dia pandang tercengang ke Alexander pula. Apa dia nak jawab ni. Thalia ada dekat situ. "Dapur."jawabnya dengan ringkas.
Tanpa berlengah Alexander sinsing lengan kemejanya naik ke siku sewaktu berarak ke pintu itu. Biar dia yang cari sendiri memandangkan perempuan ni tak nak munculkan diri.
"Encik...encik tak boleh masuk ke situ. Ianya khas untuk staf sahaja!"laung Diana dengan lantang. Nak beritahu Thalia supaya pergi.
Thalia yang dengar tersentak takut. Mata dia membutang luas dan mula kalut dekat situ. Sekejap dia ke kanan sekejap ke kiri. Bingung nak ke mana. Alamak!Alamak! Macam mana ni! Lelaki tu cari dia dekat sampai ke sini pulak. Dia tak boleh biarkan lelaki tu temui dia. Kalau lelaki tu tahu habis la dia! Mesti mati dikerjakan nanti!
Sekali mata Thalia terarah pada pintu kecemasan yang menghala ke belakang restoran.
Sh*t!
Sh*t!
Terkocoh-kocoh nak mencelah kesibukan di dapur itu Thalia dengan tak sengaja terlanggar pemegang kuali leper yang terjojol keluar dari dapur hingga buatkan kuali itu bergerak tergelincir lantas jatuh ke lantai.
PANG!
Bunyi bising tersebut buatkan Alexander yang hendak tiba depan pintu itu terus berlari masuk ke dalam ruangan tersebut. Dan bila dia masuk, dia ternampak kelibat seseorang berlari ke arah pintu belakang. Dia apa lagi terus pecut la nak kejar.
Pintu kecemasan itu di rempuh Thalia dengan kuat sebelum dia belok ke kanan dan pecut selaju yang boleh. Memang tak dia nak biarkan dirinya tertangkap!
"Hei!Tunggu!"panggil suara tu dari belakang.
Sambil berlari Thalia toleh ke belakang nak pandang orang yang memanggil dia walaupun dia tahu yang dia tak perlu pun toleh.
Lelaki berkemeja dark blue itu berlari ke arahnya dengan kelajuan dua kali lebih laju dari dia, Thalia secara automatik menjerit sebab takut lepas nampak tu. "Arghhh!"dia terus pecut sekuat hatinya seperti nyawa dia bergantung pada lariannya.
Alexander dekat belakang buat muka tak faham. Kenapa perempuan ni lari dari dia. Dia cuma nak bercakap saja. "Hei!Berhenti jangan lari!"panggil dia lagi sambil mempercepatkan lariannya.
Semakin dekat suara tu, semakin takut Thalia dibuatnya. Dia jerit sekejap-sekejap masa berlari tu. Lepas tak larat dia diam dan terus merentasi Lorong yang ada dekat situ. Akhirnya lepas berlari dalam Lorong tertutup itu, dia akhirnya berada di hujung jalan yang terbuka. Bersama sisa adrenalin yang ada, Thalia tolak kakinya ke depan sekuat hatinya.
Dan pada masa kaki kanannya gerak hendak ke depan, kasut yang khas digunakan untuk kegunaan restoran itu tergelincir ke belakang. "MAK!"jerit Thalia sewaktu dia bergerak jatuh tersembam dekat situ sebelum berguling-guling beberapa kali!
Alexander yang lihat terkejut. Dia terus lajukan langkahnya ke arah Thalia sepantas yang boleh lepas tengok badan tu berguling teruk dekat jalan bertar lalu melanggar tong sampah dekat tepi bangunan tu.
KEDEGANG!
Belakang badan Thalia bertemu kuat dengan tong sampah tersebut sebaik gulingannya tamat di situ.
Share this novel