Part 51

Crime Completed 11380

Kanan kiri di apit dua lelaki bermachine gun.

Depan di pandang dengan renungan helang menakutkan Felix.

Air mata pula tidak mahu berhenti sejak tadi.

Kini dia di dalam jentera hitam dalam perjalanan ke suatu tempat yang dia tidak tahu kemana tujuannya. Selepas musnahkan semua pangkalan Desmond dan anak buah lelaki tu dengan letupan dan kebakaran, Felix bawah Thalia pergi dari situ.

"Macam mana kau tahu aku ada dekat situ?"tanya Thalia dengan suara serak tanggisnya.

Felix tak menjawab. Dia hanya diam memandang wajah adiknya yang kelihatan pucat, ada luka di dahi, calar di tangan, debu di rambut dan pakaian. Kesan darah dan juga kelihatan seperti penat tidak cukup nutrisi.

Thalia cebik bibirnya dengan sebak sebelum palingkan kepala ke kanan. Tidk mahu memandang wajah Felix yang sikit pun tak tunjukkan sikit pun emosi rasa serba salah lepas apa yang lelaki tu buat. Habis la dia selepas ini...mimpi ngeri setiap malam. Dia lihat sendiri Desmond mati di tembak depan matanya.

"Pandang aku."arah Felix lepas Thalia palingkan kepala.

Thalia tak palingkan kepala. Dia hanya pandang ke lelaki yang pegang senjata di tangan. Kalau la dia pandai guna senjata lama dah dia rampai senjata ni dah tembak Felix sekarang jugak. Air mata yang mengalir dari tepi matanya di biarkan mengalir deras. Dia nak berhenti tapi tak boleh.

"Thalia Nesrin...look at me. Now!"arah Felix sekali lagi.

Dalam keadaan tersedu sedan, Thalia akhirnya palingkan kepala. Dia pandang abangnya sewaktu air mata menitis jatuh dari kelopaknya. "Kenapa?Kau rasa seronok tengok aku macam ni?"tanya dia sambil tersedu sedan.

"Berhenti jadi cengeng. Aku tak ajar kau untuk jadi perempuan yang kuat menangis. Aku belasah kau untuk jadikan kau manusia yang tak reti rasa sakit...takkan la tengok orang mati depan mata, kau menangis bagaikan apa?"seloroh Felix sebelum Tarik sengih mengejek sadisnya.

Thalia mengetap gigi sambil mencebik bibir dengan sebak. Apa yang buat abangnya bersikap kejam seperti ni?Kenapa dia tak boleh ada abang yang normal dan tidak kejam seperti Felix ni. "Aku bukan macam kau...yang tak ada hati tak ada perasaan untuk rasa apa yang orang lain rasa.."balasnya dengan nada kecewa. Kalau ibubapanya masih hidup, agaknya mereka kecewa tidak sekiranya lihat Felix begini.

"Salah dia orang jugak sebab cuba cari pasal dengan aku. Aku tak suruh dia orang culik kau untuk jadikan kau sebagai objek tawar menawar dia orang..."Felix sandar ke belakang sambil silangkan kaki dengan yakin.

Thalia yang dengar hanya diam memandang Felix.

"Mujur la aku dapat tahu semua rancangan dia orang awal-awal. Kalau tidak rosak rancangan aku untuk jadi Pemimpin Utama bandar ni nanti.."tambah Felix lagi sambil buat muka bangganya.

"Macam mana kau tahu semua ni?"tanya Thalia.

Felix duduk tegak semula. Dia turunkan kaki yang dia silangkan tadi ke bawah lalu sondongkan badannya ke depan menghadap Thalia yang sedang menangis. "Adalah...kau tahu..sesiapa saja dalam bandar ni mahu jadi mata dan telinga aku sebab dia orang tahu aku bakal jadi 'raja' dia orang nanti. SO kau patut behave dan berhenti bawak masalah dekat aku. Jangan sampai aku terpaksa potong kaki dan tangan kau ni."

Thalia lawan renungan mata Felix sewaktu muka abangnya hanya berjarak sejengkal dari mukanya. "Kalau macam tu kenapa kau tak nak bunuh aku. Dari kau terus seksa aku macam ni. Perlakukan aku objek untuk kau lepaskan geram semata. Bukan anggap aku sebagai adik kau."bisiknya dengan renungan benci dan penuh gelora amarah.

Mata Felix gerak memandang Thalia dari atas ke bawah muka tu sambil tersengih sinis. "I wish I can do that. Tapi tak. Disebabkan ayah dengan ibu telah minta aku berjanji untuk jagakan kau sepanjang hayat aku. Maka aku terpaksa tunaikannya sebab aku lelaki yang tepati pada janji yang dibuat. Jadi suka atau tidak. Kau kena hadap aku sampai kau sendiri yang mati."beritahunya.

Thalia ketawa mengejek sewaktu seka air mata yang bertakung di bawah dagu dengan belakang tangannya. "Boleh pulak kau tunjuk perangai anak yang taat sekarang ni ya?Ibu dengan ayah dah lama mati. Semuanya sebab kau."kata dia semasa pandang tak percaya ke Felix. "Dan sekarang kau cakap apa?Tepati janji...tepati janji my ass."katanya sambil ketawa kecil yang di buat-buat.

Rahang Felix berketik bila dia dengar Thalia berkata begitu. Tanpa pedulikan anak buahnya yang berada di jentera itu, Felix terus terkam ke Thalia dan cekik leher tu hingga buatkan badan Thalia bersandar di dinding kenderaan tersebut.

"Berapa kali aku beritahu kau! Ayah dan ibu mati sebab kau!Kau yang buatkan dia orang terbunuh!Kau bukan demi lindungi kau dari Legasi Federico! Semua ni takkan terjadi!"bentak dia dengan selantangnya.

Thalia berkerut kening sambil pegang tangan Felix yang mencekik lehernya. "Apa kau merepekkan ni!?"tanya dia yang cuba angkat kaki mahu menendang Felix jauh darinya.

"Kau nak tahu kenapa aku nak hapuskan Legasi Federico sekarang ni?Kenapa aku jadi manusia paling tak berhati perut dekat sini!"jerkah Felix depan muka Thalia dengan berang sampai timbul urat-belirat di tepi muka tu.

Semua anak buah Felix yang ada di situ palingkan kepala ke arah Felix yang sedang mencekik Thalia. Seorang pun tak berani nak halang atau bersuara.

"Uhuk!Uhuk!"batuk Thalia lepas dia mula tak dapat nak bernafas dari balik cekikan itu. Tangannya menampar-nampat lengan Felix, mahu di lepaskan!

"Sebab dia orang ibu dan ayah mati!Federico nakkan kau sebagai ganti kedudukan ayah yang patut dari awal lagi jadi pemimpin Utama. Kalau ayah serahkan kau kepada Federico, dia akan serahkan kedudukan tu pada ayah. Tapi tak..ayah dengan ibu pertahankan kau dan tolak tawaran Federico. Dan sekarang apa aku buat adalah tuntut balik apa yang dia orang dah buat pada ibu dan ayah!"lafaznya dengan sekuat hati sebelum lepaskan leher Thalia dan terduduk semula di kerusi dalam keadaan termengah-mengah.

Terus terbutang matanya,tangan dia yang menampar lengan ikut jatuh ke bawah sebab terkejut. Apa?Federico yang bunuh ibu dan ayahnya?

"Sekarang kau berhenti susahkan aku dan duduk diam! Sebab lepas ni kau akan saksikan perang berdarah yang lebih teruk dari apa yang kau tengok hari ni.."desis Felix dengan bengis.

Thalia yang hilang kata-kata dan termangu mendengar kenyataan itu menjadi blank tiba-tiba. Apa semua ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience