Hujung minggunya diluangkan dekat ruang bacaan. Dia duduk situ belek buku nak isi kekosongan memandangkan dia tak boleh nak keluar atau ke mana-mana buat masa sekarang. Kata Tristan keadaan agak kelam kabut sekarang. Jadi sehingga keadaan reda semula, baru dia dibenarkan keluar dari rumah agam ni.
Dua hari lepas menetap dekat sini, Thalia habiskan masa meronda setiap inci dalam rumah agam ni, mana yang dia ada akses dia masuk, mana yang tak boleh tiada apa-apa yang dia boleh lakukan mengenainya. Sampai la hampir seminggu pebih dia bertapak di sini. Hampir seluruh rumah agam ini sudah dikunjunginya.
Seharian ni Thalia sendirian dalam rumah agam tu. Tristan hilang ke mana. Lelaki tu tak pernah beritahu ke mana hendak pergi, dengan siapa, buat apa mahupun balik bila kepada dia.
Macam la dia kisah kalau Tristan beritahu. Hal-hal jenayah ni buat kepala dia pening saja la!
"Sorang je?"
Opocot mak kau hijau!Melompat buku yang di pegang sebelum terjatuh ke lantai kerana terkejut. Thalia dengan laju palingkan kepala ke sebelah sofa sebelum terpandang Alexander senyum handsome padannya.
"Terkejut saya..."Thalia pegang dadanya dengan nafas tertahan-tahan. Lemah semangat dibuatnya.
"Hahah...sorry. Saya tak ada niat nak kejutkan awak.."kata Alexander sambil dekati depan Thalia lalu tunduk mengutip buku tadi lalu duduk di sebelah Thalia. "Awak baca buku apa?"tanya dia sejurus tu.
Thalia pandang berkedip mata beberapa kali nak proses apa yang sedang terjadi. Lama sungguh dia tidak bertemu dengan Alexander sejak kejadian-kejadian yang menimpa dirinya. "Entah la. Saya ambik apa je yang saya nampak untuk di baca. Bila awak sampai ke sini?"
"Baru je."Alexander tatap wajah Thalia. Last dia nampak muka Thalia luka sana sini. Sekarang makin berseri. Berbunga hati dia bila pandang. "Saya tanya budak-budak tadi mana awak...mereka kata awak di sini. Itu yang saya ke mari."Tristan tak ada hari ni. Lelaki tu ada urusan sikit dengan ketua-ketua mafia dan juga pertubuhan Legasi Federico untuk bincangkan tentang perjumpaan besar-besaran yang bakal berlangsung dua hari dari sekarang. Lelaki tu minta dia ke sini untuk temankan Thalia. Khuatir sekiranya ada apa-apa yang berlaku.
Agaknya tugas Alexander dalam rumah ni adalah untuk babysit...
Thalia mengangguk kepala. Iya ke? "Kalau awak nak jumpa Tristan dia tak ada."
"Tak ada la. Saya nak jumpa awak. Nak lepaskan rindu. Lama tak berborak. Saya dah dengar semua yang terjadi. Dan saya ucapkan takziah." ujar Alexander sambil meletakkan tangan atas tangan Thalia yang berada di riba itu secara semula jadi.
Air muka Thalia jatuh mendung. Teringat terus dia pada perbualannya dengan Tristan tiga hari lepas. Lelaki tu beritahu kepadannya mengenai hal yang menimpa Felix dan seangkatannya. Dia sedih. Namun tiada apa yang dia dapat lakukan lagi. Abangnya sendiri yang nak buat semua ni.
"Tak apa."jawab Thalia dengan senyuman nipis di bibir.
"Oh ya...nak dengar cerita tentang Tristan masa dia kecik tak?Saya boleh beritahu awak rahsia yang boleh buatkan dia menurut pada awak.." sengih Alexander dengan jahat. Heh!Nampak je Tristan tu tough guy, cool, smart dan steady. Padahal,adik tirinya itu banyak kelemahan sebenarnya. Hanya dia dan ayahnya saja tahu mengenai kelemahan-kelemahan tu.
"Oh really?"Thalia angkat keningnya tinggi-tinggi lepas dengar. Jadi semangat pulak. "Apa dia?"
Alexander ngesot rapat ke Thalia lalu rangkul bahu itu sebelum mula berbisik di telinga tu. Lalu terbongkar la segala rahsia Tristan.
Share this novel