SPRANG!
Terjatuh dulang besi ke lantai lepas yang memegangnya terlepas pegang sebab terkejut. Habis senyap sunyi ruang restoran tu bila pekerja yang lain sedang sibuk nak opening Nampak rakan sekerja mereka berjalan masuk ke ruangan itu.
"Ya Tuhan...Thalia..apa yang dah berlaku?"tanya Diana, staf senior yang sudah bekerja di restoran kecil ini sejak lima tahun lepas. Dia dekati Thalia dengan muka terrornya.
Thalia hanya berikan senyuman terpaksa di bibirnya yang sudah berlebam pada Diana. "Tak ada apa-apa."
"Tak ada apa-apa?Muka kamu macam ni...kau kata tak apa-apa?"tambah Pengurus Joe yang keluar dari kaunter tu lalu dapatkan Thalia. Dia pegang bawah dagu itu dengan perlahan sebelum di dongak kepala Thalia untuk lihat kecederaan yang dialami olehnya.
Diana yang Nampak akan kesan Lebam di bahagian leher Thalia menahan nafas terkejutnya sambil menekup mulut.
Kening Pengurus Joe berkerut lepas tilik kedua-dua belah pipi Thalia yang berlebam biru, tepi bibir pecah, leher penuh dengan kesan jerut, tepi dahi tertampal dengan plaster, belakang leher melekatnya koyok putih.
"Apa yang dah berlaku?Felix belasah kamu lagi?"tanya Pengurus Joe yang sedia maklum akan situasi yang dialami oleh Thalia sejak tiga tahun lepas Thalia mula bekerja di sini. Mulanya dia tak tahu, sehingga satu hari tu Thalia masuk kerja dengan tangan berbalut muka berlebam. Dan sejak itu Joe tahu apa yang menimpa hidup Thalia.
Thalia tundukkan matanya ke bawah sambil gigit bahagian dalam bawah bibirnya. Menahan rasa sebak yang dirasai. Dia malu dengan DIana dan Joe kerana perlu lihat keadaan dia seperti ini. Namun tiada apa-apa yang dia dapat lakukan mengenainya.
Diana berkerut kening susah hati sebelum peluk belakang bahu Thalia dengan lemah lembut tidak mahu sakiti Thalia yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri. "Oh..Thalia.."sebutynya dengan sebak.
Perlahan-lahan Joe lepaskan dagu Thalia sebelum melepaskan hela nafas panjang kesalnya. Dia mencekak pinggang tak puas hati masa tilik Thalia dari atas ke bawah. Entah apa lagi Lebam yang Thalia tanggung dari balik pakaian ni. Harap-harap tak adala yang serius."Semakin melampau betul Felix ni...apa mahu dia sebenarnya. Kenapa dia tidak berhenti dari sakiti kamu."
"Saya tak apa-apa pengurus. Saya boleh bekerja. lagipun saya dah biasa dengan semua ni."yalah, dia berlebam atau tidak, bukannya pelanggan peduli untuk bertanya khabar dia. Jadi dia bekerja dalam keadaan ini sekalipun, ianya tidak akan jejaskan restoran ni.
"Kamu sure?Kalau kamu tak larat, kamu boleh cuti sehingga kamu sembuh sepenuhnya. Jangan risau mengenai gaji."beritahu Pengurus Joe.
Sambil tersenyum senang, Thalia geleng kepalanya yang masih sakit itu perlahan-lahan. "Tak perlu. Terima kasih sebab risaukan saya. Tapi saya boleh handle."jawabnya.
Diana usap belakang kepala Thalia dengan perlahan sebelum beri tepukan semangat di tepi lengan tu. "Kamu memang seorang wanita yang kuat Thalia."
Thalia beri renungan berterima kasih pada Diana dan Pengurus Joe lepas dengar kata-kata hangat dari mereka. Sebab kenapa dia masih bertahan adalah kerana dua orang insan yang ada di depannya ini. Kalau bukan kerana mereka mungkin dia sudah nekad untuk bunuh dirinya sendiri. Dia tak tahu macam mana nak ekpres rasa bersyukurnya pada mereka berdua, jadi hanya bekerja dan menjadi seorang pekerja dan rakan yang baik saja yang dia mampu lakukan. Sebab selain mereka, dia tiada siapa lagi di sisi yang melayani dia dengan baik.
Krincing!
Bunyi loceng pintu kedengaran tiba-tiba..
Buatkan Pengurus Joe dan Diana yang berdiri menghadap pintu bersuara dengan serentak. "Maaf kami-"namun mereka berdua terdiam tidak lama kemudian lepas tengok orang yang berjalan masuk ke dalam restoran itu.
Thalia yang Nampak akan ekpresi takut di wajah Diana dan Pengurus Joe kemudiannya palingkan kepala untuk tengok apa yang buatkan mereka ketakutan seperti itu sekali. Dan bila dia berpaling, matanya terus bertentang dengan sepasang mata berenungan dingin yang sedang memandang tepat ke matanya.
Lima orang lelaki berdiri di situ dengan lagak samseng masing-masing. Empat darinya kenakan pakaian serba hitam dan berjaket kulit hitam. Namun lelaki kelima hanya mengenakan kemeja hitam tak butang tiga dari atas dan lengan baju di sinsing ke siku dan kedua-dua tangan berada dalam poket seluar.
Pengurus Joe cepat-cepat jatuhkan wajah takutnya kepada senyuman mesra di bibir. "Tristan...selamat pagi. Awal hari ni.."sapa dia saja nak berbasa basi kepada lelaki berkemeja hitam di depannya.
Perkenalkan, orang kuat dalam kumpulan Mafia Tatu Black Thorn seorang dari pada manusia paling digeruni dalam Bandar Phantom ni, Tristan Alaistair. Muka memang Nampak mesra, serius siapa tak kenal mungkin akan fikir lelaki berwajah angel ni hanya seorang lelaki normal dan kelihatan seperti lepasan pelajar universiti tapi sumpah, lelaki ni tak boleh buat main-main. Lelaki seperti ini adalah lelaki paling berbahaya sekali. Ura-ura mengatakan lelaki ini adalah anak lelaki kepada Pemimpin Utama. Tapi tak ada kenyataan yang kukuh untuk buktikan kesahihan berita ini. Jadi tak ramai yang peduli mengenainya. Sebab selain Tristan, ada beberapa orang lagi yang turut dikatakan sebagai anak Pemimpin Utama.
Tristan pandang ke Thalia yang berlebam itu buat beberapa saat sebelum pandang ke Pengurus Joe.
"Saja...aku dengar anak buah aku datang nak kutip duit dari kau, tapi kau tak ada. Sebaliknya seorang dari pekerja kau melawan kata dia orang."beritahu Tristan dengan sengih handsome di bibirnya.
Pengurus Joe serta merta pandang ke Thalia lalu ke Tristan semula. "Maaf...semalam memang saya tiada di kedai sebab uruskan ibu di hospital. Soal duitnya, saya dah sediakan. Jemput la duduk dulu. Diana akan hidangkan sarapan pagi sambil tu."pelawanya dengan perasaan takut yang amat.
Tristan tersengih sinis semasa pandang ke Pengurus Joe. Dia tahu Pengurus Joe ni seorang yang baik. Dia tak ada masalah pun untuk kutip duit dari lelaki ni sebenarnya. Jadi dia tak kisah pun kalau Joe lambat bayar atau apa. Isu dia adalah pekerja Joe. Dalam bandar ni tak ramai yang berani nak tunjuk belang pada mereka. Jadi bila ada yang saja tunjuk berani, dia nak tahu sangat siapa orangnya.
"Don't worry...ambil masa kau. Aku okay. Aku datang sini cuma nak jumpa orang yang berani lawan Budak-Budak aku semalam je."selorohnya semasa jalan dekati tiga orang itu.
Diana diam-diam cubit kain hoodie besar yang dipakai Thalia, sementara Pengurus Joe hanya mengetap gigi sewaktu perhatikan langkah Tristan.
Thalia yang berdiri paling depan di antara mereka berdua, pandang tak berkedip ke Tristan. Lelaki ni ingat dia takut ke?Kalau lelaki nak bunuh dia, di persilakan. Dia sendiri tak kisah malah alu-alukannya. Kalau dia mati tak adalah Felix belasah dia lagi!
"Saja...nak sarapan. Dah bukak ke?"
Share this novel