Part 31

Crime Completed 11380

"ARGH!!!!!"dengan kuat suara itu bergema dalam ruangan bawah tanah itu.

Semua dalam ruangan itu berdiri kaku menyaksikan apa yang sedang disiarkan pada skrin monitor Utama mereka. Mereka yang tengok saja tahu betapa sakitnya orang yang sedang di belasah.

Ada yang tekup mulut dengan tangan.

Ada yang siap menangis sebab tak dapat tahan apa yang mereka lihat.

Ada yang mengepal penumbuk kerana tak dapat terima apa yang dilakukan oleh si pelaku lakukan.

Ramai-ramai di situ hanya seorang saja yang pasang muka tanpa perasaan sewaktu melihat tubuh itu dilibas berkali-kali dengan tali pinggang sebelum badan tu di tendang dan di sepak. Suara jeritan dan tanggisan penuh kesakitan yang berkumandang itu sikit pun tak buatkan orang itu berkedip.

"Tuan Desmond...kita kena hentikan dia..."luah Cintia dekat sebelah.

Desmond diam melihat apa yang rakaman kamera tersembunyi paparkan pada mereka.

Cintia pegang lengan Desmond lalu di goyangkan dengan terdesak. "Tuan...tolong lakukan sesuatu. Thalia dia akan mati kalau di biarkan terus.."desaknya sambil tunjuk ke arah skrin monitor.

"Kita tak boleh lakukan apa-apa mengenainya."beritahu Desmond dengan nada mendatar."Kalau kita tunjukkan diri, samaran kita akan terdedah semua orang di sini dalam bahaya."

Cintia menggeleng kepala,dia pandang ke skrin monitor itu dengan air mata berlinangan di pipi. Di skrin itu, dia dapat saksikan Thalia di heret Felix sewaktu lelaki itu tarik rambut tu kerana Thalia mahu larikan diri. Tak cukup dengan itu, Felix tendang Thalia di perut beberapa kali sebelum melutut dekat atas badan tu sebelum tampar muka tu beberapa kali.

Tidak tahan melihat apa yang di siarkan, Cintia jatuh melutut dekat situ dengan tangan menekup mulut sebab tak nak biarkan suara tanggisannya keluar.

Staf yang lain semua palingkan kepala ke Desmond menanti lelaki itu berikan arahan kepada mereka supaya lakukan sesuatu untuk selamatkan wanita malang dalam video yang sedang di belasah separuh mati tanpa belas ini. Namun Desmond hanya berdiri di situ menonton rakaman tersebut.

"Felix...tolong berhenti. Sakit..aku saki-ARGHHHH!!!!!"terkapai-kapai kaki Thalia dalam rakaman itu kerana kesakitan.

Sesiapa yang dengar dan tengok, tahu yang Thalia menanggung kesakitan yang amat di situ.

Baru la mata Desmond terpejam bila Felix capai pisau belati dari bawah seluar lalu mengelar suatu tempat ke tubuh Thalia. Dia tak tengok masa kejadian itu berlaku kerana tidak sanggup melihatnya.

"Tuan..."seorang staf lelaki akhirnya bersuara. Dia pandang berharap pada Desmond denagn kening berkerut. "Tolong lakukan sesuatu. Kita dah dapat Felix. Kita tunggu apa lagi. Kita serang dan tangkap dia..."ujar staf lelaki itu.

"Ya betul tu...kita tangkap dia dan serahkan kepada pihak berkuasa secepat mungkin."sambung staf lain dengan nafas naik turun sebab ikut rasa sakit dengan apa yang dilihat dan yang didengarnya sebentar tadi.

Desmond pun membuka matanya dengan perlahan-lahan lalu terpandang skrin monitor dimana Felix sedang berdiri atas badan Thalia yang terbaring dekat lantai tidak bergerak. Giginya terketap kuat. "Kita tak boleh tangkap dia selagi pertemuan besar-besaran itu berlangsung. Apa yang kita perlu lakukan adalah jejak setiap pergerakan dia dan tawan semua orang kanan dia seorang demi seorang sehingga dia tinggal seorang diri."beritahunya sambil menggengam erat jari jemarinya. Sumpah ikutkan hati dia mahu saja bunuh Felix. Namun mengenangkan tugasnya masih belum selesai dan dia tak boleh bertindak tanpa kebenaran, terpaksa la dia telan semua ni.

Cintia dekat lantai sudah teresak-esak. Tiga tahun dia tersadai dalam bandar ni. dia dah lihat banyak kekejaman dan kezaliman orang jahat dalam bandar ni. Tapi dia tak pernah saksikan secara langsung seperti macam ni sekali!Ianya cukup buatkan dia takut dan sedih!

Semua dekat situ pandang semula ke skrin monitor Bersama kening berkerut risau masing-masing. Felix sudahpun tiada dalam skrin tersebut. Yang tinggal hanya Thalia yang terbaring tidak berdaya di lantai itu.

Nak tahu kenapa Tristan tak boleh temui Thalia selama beberapa hari dan tiba-tiba dapat temui Thalia?Sebab Desmond yang sorokkan jejak Thalia supaya tidak ditemui, dan sebab Desmond juga la kedudukan Thalia terdedah. Sebab itu Tristan boleh temui Thalia.

Kemudian, kenapa baru sekarang Felix muncul tapi tak sebelum ni?Dan macam mana Felix boleh tahu mengenai Alexander serta Tristan menemui Thalia?Sebab Desmond yang sebarkan berita Alexander dan Tristan temui Thalia.

Semua ini adalah untuk pancing Felix keluar dari tempat persembunyian lelaki tu supaya Desmond dan team dia dapat jejak segala aktiviti jahat Felix. Disebabkan Felix telah lama bersembunyi tanpa jejak, ianya telah sukarkan kerja mereka untuk kesan siapa lagi rakan kongsi urusan haram Felix.

Namun tidak disangkakan pelan mereka hanya buatkan Thalia yang tidak bersalah menjadi mangsa amarah lelaki ini.

"Hantar mata-mata untuk perhatikan Felix. Pastikan tidak ketahuan."ujar Desmond sewaktu berpaling dari situ dengan langkah lekasnya.

"Tuan hendak ke mana?"tanya mereka di situ semasa perhatikan ketua mereka bergegas ke arah tangga.

Desmond tidak menjawab kerana tidak sempat sebab masa itu dia sudah pun jauh mendaki tangga untuk naik ke atas tanah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience