Bab 24

Romance Completed 152245

TEPAT jam satu pagi barulah Adrian sampai ke apartmen miliknya.Terdtik sesuatu dihatinya apabila mendengar bunyi televisyen yang masih terbuka ditingkat atas.Tidak tidur lagikah budak ni?Sampai sahaja di anak tangga terakhir kakinya berhenti melangkah.

Dirinya berasa kaku dan kaki terasa seperti tidak berpijak di atas tanah apabila melihat susuk tubuh seseorang dengan hanya memakai pijama separas lutut tidur di atas sofa membelakanginya.

Dengan perlahan lahan dia mendekati susuk tubuh itu.Aireena yang masih terlena dibuai mimpi tidak sedar yang dirinyaitu menjadi perhatian sang suami.Aireena kembali ke posisi asal dia tidur hingga menyebabkan baju yang dipakai terselak sedikit hingga menampakkan sedikit pehanya yang putih.Adrian beristghfar di dalam hati.Dia tahu yang dia lemah apabila melihat Aireena begitu.Imannya yang sudah goyah saat itu masih lagi ditahan lalu dia duduk di sebelah isterinya.

Terbit rasa kasihan apabila melihat wajah isteri yang penat.Sebelah tangannya mengelus perlahan rambut si isteri yang tidak ditutup dengan tudung itu.Satu kucupan hangat diberikan di ubun ubun Aireena.

Terima kasih sebab masih bersabar melayan perangai saya,katanya sendiri.

Alat kawalan tv itu dicapai dan dimatikan.Dia bangun lalu tubuh Aireeena dicempung dan dibawa masuk kedalam bilik wanita itu.

Kedengaran bunyi azan subuh yang dipasang ditelefonnya.Aireena terus sahaja terjaga.

Aireena yang masih lagi mamai memandang sekelilingnya.Eh!malam tadi aku rasa aku tidur disofa depan tv.Macam mana aku boleh tidur dalam bilik ni?soal hatinya.

"Awak bila balik?" soal Aireena sewaktu melihat Adrian berjalan menuju ke meja makan.

"Malam tadi." hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut Adrian.Dia meletakkan beg bimbit dan kotnya di kerusi sebelahnya.

Aireena mencuri pandang ke arah wajah suaminya.

"Kenapa pandang saya?" Adrian terus bersuara apabil dia perasan yang Aireena asyik memandangnya.

Aireena terus tersedak apabila ditanya.Cawan berisi air dihadapannya dicapai lalu diteguk.Dia nampak eh aku pandang dia?Habislah apa alasan aku nak bagi ni?

Aireena berdeham."Mana ada.Awak jangan nak perasan sangat eh.Awak ingat awak tu siapa?Lee Min Ho?Kalau macam dia tak apa lah juga untuk saya pandang.Sejuk sikit hati pagi pagi ni.Hensem pulak tu bukan macam awak." lincah sahaja mulutnya itu mengeluarkan kata kata penafian.Wah,puji lelaki lain depan suami!Hebat...

Mata Adrian memandang ke arah wajah Aireena.Dia hanya sekadar mencebikkan bibir sebelum meneruskan makan.Tidak sedikit pun hatinya tersa dengan kata kata sang isteri.

Aireena memberanikan diri untuk menyoal apa yang disimpan di dalam benaknya.

"Awak angkat saya ke malam tadi?"

Adrian menaikkan sebelah keningnya.Dia memandang sekilas wajah Aireena sebelum menyambung makan.

"Tak ada masa saya nak angkat awak." selamba sahaja ayat itu keluar.TIdak mengapa bohong sunat.Tak kan nak cakap 'ya memang saya yang angkat awak msuk bilik' nanti apa pulak dia fikir.

"Saya cuma tanya saja.Saya pun tak hingin lah awak angkat saya." balas Aireena.

"Tak tanya."

Amboih mulut capat je kalau nak menjawab!

Aireena pula terus berdiam diri.Menyampah nak tengok muka orang depan.

....................

PINTU pejabatnya diketuk dari luar.Adrian terus melihat gerangan yang datang.Segaris senyuman muncul diwajahnya apabila melihat papanya Tan Sri Hashim muncul disebalik pintu.

"Papa." Adrian terus bersalaman dengan papanya dengan penuh hormat.

Tan Sri Hashim menarik kerusi berhadapan dengan anak sulungnya itu.

"Papa dengar kamu pergi Terengganu haritu.Macam mana projek di sana? soal Tan Sri Hashim.

"Alhamdulillah setakat ni semuanya okey.Papa tak perlu risau.Biar abang sahaja yang uruskan."

Jawapan si anak memuaskan hatinya.

"That's my boy." ucap Tan Sri Hashim sambil penumbuknya dan Adrian dilagakan.

"Kamu bila nak balik rumah?Mama kamu tu dah bising.Selalu tanya papa bila kamu nak balik?Rindu katanya dengan anak dia yang seorang ni." soal Tan Sri Hashim.

Soalan utama sudah diajukan.Adrian berasa malas untuk menjawab soalan itu.Mesti kene bawak di sekali kalau balik.Adrian berfikir seketika.

"Sekraang abang busy lah pa.Nanti dah kurang sibuknya bng balik ke rumah." jawapan selamat diberikan.

Mata tua Tan Sri Hashim tidak lari daripada memandang wajah si anak yang sempurna dimatanya.

"Orang bisness mana yang tidak sibuk bang?Semua orang dalam dunia ni sibuk dengan urusan masing masing.Abang jangan nak bagi alasan macam ni.Kalau didengarny mama,habis telinga abang kena tadah nak dengar mama membebel." kata Tan Sri Hashim

"Dua hari satu malam pun belum tentu habis tau.Silap silap dengan telinga papa dn adik sekali kena dengar." tambah Tan Sri Hashim.Siap ditunjukkan lagi salah satu telinganya.

Terburai ketawa Adrian mendengar.Kepalanya digeleng.

"Papa...Papa.Merajuk mama kalau dia tahu papa mengutuk mama dari belakang." Adrian mengingatkan.

Tan Sri Hashim menoleh ke arah pintu yang berada dibelakangnya.Bukan apa takut mulut anak lelakinya masin.Dibuatnya muncul isteri kesayangan depan pintu dan pasang telinga.Tidur luar lah jawapannya nanti.

"Amboi,dari luar sudah dengar suara dua beranak ni ketawa.!"

Ha,kus semangat.Baru sahaja diseru namanya sudah sampai.Tan Sri Hashim dan Adrian terus saling berpandangan.

Puan Sri Malia berjalan ke arah mereka berdua sambil membimbit beg berisi makanan untuk suami dan anak dan satu lagi beg tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience