Bab 36

Romance Completed 152245

AIREENA menelan air liurnya apabila diperlakukan begitu oleh Adrian.Secara pantas dia melepaskan dirinya darilada pelukan Adrian hingga membuatkan lelaki itu tersedar dengan ketelanjuran perbuatannya.

"Sorry," ujar Adrian.

Aireena hanya diam tanpa memberikan sebarang reaksi.Peti kecemasan yang sudah ditutup itu terus dibawa keluar daripada bilik lelaki itu.

Satu senyuman terbit di wajah Adrian tanpa disedari oleh empunya badan.

Di luar pula,Aireena sehabis baik berperang dengan perasaannya.Dadanya dipegang dengan sebelah tangan.Terasa jantungnya berdetak hebat daripada biasa.Ya Allah,apa yabg aku rasakan sekarang ni?

.....................

BUNYI deringan yang datang daripada telefon milik Adrian yang berada di atas meja menganggu dirinya ingin menonton drama kesukaannya di dalam tv.Nama yang tertera di atas skrin telefon itu dibaca.

Cinta?Amboi, siap ber 'cinta' bagai!Aku punya dia letak nama je, kata Aireena di dalam hati tanpa dia sedar.Baru sahaja jarinya ingin menolak panggilan tersebut Adrian yang baru sahaja keluar daripada biliknya terlebih dahulu mengambil telefonnya.

Aireena hanya melihat suaminya menjawab panggilan sambil melangkah ke arah tangga untuk ke tingkat bawah.

"Tak nak aku dengar lah tu.Tak apa...Kau tunggu," kata Aireena sendiri.Drama secara langsung itu lebih menarik perhatiannya berbanding di dalam televisyen.

Aireena terus melangkah ke arah tangga secara berhati hati agar perbuatannya itu tidak disedari oleh Adrian.

"Waalaikumussalam.Kenapa Cinta call I hari minggu macam ni?" soal Adrian di dalam talian apabila dirinya sudah berada di dalam bilik kerja.

"Nak jumpa?" soal Adrian lagi.

Aireena mendekatkan telinganya di pintu bilik kerja Adrian yang tertutup rapat.

"Ish...Kenapa aku tak dengar apa yang dia cakap dengan perempuan tu?" soal dirinya.

Di dalam bilik pula Adrian masih lagi dengan perbualannya di telefon.

"Okey nanti I datang," balas Adrian sebelum memutuskan panggilan.Dia terus berjalan menuju ke arah pintu dan memulas tombol pintu tersebut.

"Aduh...!" kata Aireena apabila kepalanya berasa seperti melanggar sesuatu.Aireena menggosok kepalanya.Dia menjeling sekilas ke arah tempat yang dilanggar dan secara automatik kepalanya memandang ke arah atas.

Aireena terus menunjukkan barisan giginya yang tersusun rapi kepada Adrian yang sudah memandangnya tajam.

"Hai Adrian." sapa Aireena sambil melambaikan telapak tangannya ke arah lelaki itu seperti tiada apa yang terjadi.

Aireena terus mengatur langkah untuk pergi daripada situ tetapi Adrian lebih cepat menarik rambutnya yang diikat kemas secara lembut.Perlahan lahan Aireena memusingkan badannya menghadap ke arah Adrian yang masih serius.

"Buat apa dekat sini?" soal Adrian serius.

Aireena menelan air liurnya berkali kali.Alamak!Aku nak cakap apa ni?Takkan aku nak beritahu dia yang aku curi curi dengar perbualan dia?

"Saya...hm...." tergagap gagap Aireena ingin menjawab pertanyaan daripada suaminya.Dia terus memandang ke arah lantai kiri dan kanan seperti mencari sesuatu.

"Hm...Saya...hm...tak ada buat apa apa.Okey lah bye." jawab Aireena dan terus berlari meninggalkan Adrian yang sudah memandangnya pelik.

Adrian terus menggelengkan kepala dan melangkah menuju ke arah pintu utama tanpa sempat memberitahu Aireena yang dia ingin keluar.

Aireena yang menyorok ditangga terus melangkah turun dan menyorok di sebelah dinding untuk mengintai Adrian yang sedang memakai kasut di hadapan pintu.

Aireena menampar lembut kedua dua pipinya berkali kali.

"Engkau ni Reena.Buat malu sahaja kalau dia tahu yang kau curi curi dengar perbualan dia," marah dirinya sendiri.

Baru beberapa minit dia berdiri di situ,telefon pintarnya pula berbunyi minta diangkat.Terlihat nama Zahim yang berada di skrin telefon.

"Assalamualaikum," tegur Zahim dihujung talian.

"Waalaikumussalam.Kenapa call?" soal Aireena sambil kepalanya dijengah ke arah pintu keluar namun malangnya pintu sudah ditutup rapat.

"Boleh kita jumpa?" soal Zahim mencuba nasib.

Aireena berfikir seketika sebelum membalas.

"Dekat mana?" soal Aireena bersetuju untuk berjumpa.

"Awak tentukan tempatnya,boleh?" soal Zahim kembali.

Aireena terus mematikan panggilan telefonnya setelah memberikan tempat untuk mereka berdua berjumpa.

....................

"SORRY, I'm late." sapa Adrian apabila melihat wajah Cinta yang masam mencuka.Jam dipergelangan tangannya ditilik.

" Tak apa," balas Cinta mengerti.Adrian terus memanggil pelayan restoran untuk memesan makanan.

Cinta mengerutkan dahinya apabila melihat lebam kecil di tepi bibir jejaka tampan dihadapannya.

"Kenapa pandang I macam tu?" soal Adrian selepas pelayan itu pergi.

Cinta meluruskan jari telunjuknya ke arah lebam itu.

"Kenapa dengan lebam tu?" soal Cinta kembali.

Adrian menyentuh tepi bibirnya sebelum tersenyum.

"Izwan pukul," jawab Adrian bersahaja.

Cinta terus membulatkan mata tanda tidak percaya apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Adrian.Cinta terus menekup mulutnya agar tidak kedengaran suara nya ketawa.

Adrian menaikkan sebelah keningnya.

"Tak perlu nak tutup mulut tu.Kenapa tak percaya ke yang dia pukul I?" kata Adrian lagi.

Cinta menggelengkan kepala."Tak!Serius tak percaya yang Izwan berani pukul you,"

"Kenapa tak percaya pula?" soal Adrian sambil wajah si gadis ditenung.

"Well,kau orang berdua kan seperti pasangan kekasih dari dulu lagi,macam belangkas kan?Pergi mana mana saja mesti bersama.I ingat lagi dulu setiap kali family you nak pergi bercuti,mesti kena ada Izwan kalau tak you merajuk n memberontak tak mahu ikut,"

"Even tidur pun mesti bersama.So tak kisahlah kalau rumah family you tu dah macam rumah kedua Izwan.Sampai dia nak balik rumah family dia pun mesti you nak ikut," ujar Cinta mengingati kenangan masa lalu.

"Lagi satu yang I rasa paling tak boleh nak dilupakan bila setiap kali you tak nak makan mesti mama you call Izwan,suruh dia datang rumah and pujuk you makan.Kalau you degil juga mesti Izwan akan tarik tangan you supaya you turun and Izwan mesti akan paksa you makan even dia yang perlu suapkan," tambah Cinta lagi.

Adrian mula tersengih apabila teringat masa lalu.

Tak dinafikan dahulu hubungannya dengan Izwan memang seperti pasangan kekasih.Kalau orang yang tidak mengenali mereka berdua pasti sudah menganggap yang mereka itu gay.Tetapi sejak hari Izwan menghadiahkan penumbuk di wajahnya Izwan tidak lagi menghantar mesej atau menelefonnya.Mesej dan call daripada dia juga tidak dijawab.

"So itu yang menyebabkan I tak percaya yang Izwan tu berani tumbuk you." kata Cinta.

"You ada buat salah ke pada dia?" soal Cinta apabila kata katanya tidak direspon oleh Adrian.

Belum sempat Adrian ingin menjawab,seorang pelayan datang membawa hidangan yang dipesan oleh dirinya.

"I tak buat salah pada dia tapi I buat salah pada isteri I.Maybe memang I layak makan penumbuk daripada dia.Mewakili isteri I yang tidak mahu meluahkan isi hati dia," jawab Adrian.

Ya,dia memang kesal dengan perbuatannya sebelum ini.Kerana keegoan dia hilang sahabat sejati.

"Apa yang you buat?" soal Cinta ingin tahu.

"Entah.Mungkin ego kot," hanya itu sahaja yang keluar daripada mulutnya.

assalamualaikum n hai para readers sekalian..macam mana dengan chapter sebelum ni dn yg chapter yg miss baru update ni??seronok??Btw sori sangat sangat kepada awak semua yang tertunggu tunggu untuk miss update chapter oke... luv you guys n happy reading >3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience