Bab 39

Romance Completed 152245

"IZWAN thank you tau sebab awak sudi datang untuk pujuk Adrian," ucap Aireena selepas lelaki itu turun ke bawah.

Lelaki itu hanya mengangguk.

"It's okay.Dia kawan baik saya kan.Tak akan saya tak nak datang kalau kawan baik saya sakit?" balas Izwan.Dia terus berjalan ke arah pintu untuk pulang ke rumah selepas seharian berada dirumah itu.

Selepas Izwan meninggalkan rumah itu,Aireena terus mengatur langkah ke arah tingkat ats untuk menjenguk keadaan Adrian di dalam bilik.

" Kenapa pandang saya?" soal Adrian yang berada di atas katil apabila melihat Aireena yang berada di celahan pintu biliknya.

Aireena hanya menggeleng kepala lalu pintu bilik itu dibuka besar.

"Awak dah sihatkan?" soal Aireena pula.

"So?"

"Esok saya nak pergi kerja.Dah tiga hari saya cuti sebab jaga awak," kata Aireena tanpa berbasa basi.

"Aduh,rasa nak demam balik lah!" adu Adrian sambil memegang dahinya.

Aireena memandang Adrian tajam.

"Ish,awak jangan nak mengada boleh tak?Awak ingat senang ke nak jaga awak bila demam?" soal Aireena geram.

"Ha merungut?Eh,jaga suami sakit dapat pahala tahu tak?!" tegur Adrian.

"Bukan merungut tapi budak kecil pun tak macam awak tau.Tak ada...Tak ada,esok saya nak kerja juga," balas Aireena.

"Yelah.Awak pergilah kerja lagipun esok saya perlu masuk pejabat," kata Adrian yang akhirnya akur dengan kata kata isterinya.

Aireena tersenyum kemenangan.Dia segera berlalu pergi meninggalkan kamar lelaki itu setelah meminta izin.

...................

"ADRIAN macam mana?Dah baik?" soal Dhirah aoabila melihat rakan baiknya itu sudah berada dikedai.

Aireena hanya mengangguk."Sekejap!Mana kau tahu suami aku sakit?"

Dhirah menepuk dahinya.

"Makcik oi.Engkau punya suami kan kawan baik dunia akhirat Izwan.So Izwan lah yang bagitahu aku," jawab Dhirah geram.

"Amboi rancaknya kau orang berdua bersembang!" tegur Zahim yang muncul entah daripada mana.

Dua orang wanita dihadapannya saat itu sekadar tersenyum manis.Dia terus menarik kerusi disebelah Aireena apabila gadis itu mempelawanya untuk duduk bersama mereka.

"Berborak tentang apa tadi?" soal Zahim ingin tahu.

"Kami baru sahaja berborak pasal suami Aireena ni ha," jawab Dhirah bagi pihak Aireena.

Zahim hanya mengangguk tanda faham.

"Eh,awak datang jauh jauh tak nak order ke?" soal Aireena bagi menghilangkan rasa janggal diantara mereka bertiga.

"Saya nak ice latte sahaja satu," balas Zahim sambil tersenyum manis ke arah Aireena.

Beruntung kau Adrian memiliki gadis secantik dan sebaik Aireena.Bukan sahaja Aireena malahan arwah kakaknya juga pernah engkau miliki hatinya,kata hati Zahim sedikit cemburu.

Aireena hanya mengangguk lalu berjalan ke arah Yani yang berada dikaunter.

"Zahim,engkau masih sayangkan Aireena ke?" soal Dhirah secara tiba tiba selepas perasaan yang lelaki itu masih memandang Aireena walaupun gadis itu sudah jauh.

Automatik Zahim memusingkan kepalanya dan memandang ke arah Dhirah.Dia hanya sekadar memberikan senyuman sebagai tanda jawapan kepada soalan gadis itu.

"Engkau masih ingat..."

"Jangan risaulah.Aku tahu apa yang aku buat," Zahim segera memotong kata kata Dhirah.

Dhirah hanya mengeluh.

Tulus sungguh cinta engkau pada Aireena,Zahim.Aku tahu suatu hari nanti pasti engkau akan temui gadis yang lebih baik berbanding Aireena.

Perbualan mereka terhenti disitu apabila Aireena kembali ke arah mereka berdua dengan membawa air yang telah dipesan oleh Zahim sebentar tadi.

Mereka bertiga terus berborak kosong.Tanpa sedar ada seseorang yang sedang memerhatikan ke arah mereka bertiga yang sedang tertawa dari jauh dengan suatu perasaan yang tidak tahu bagaimana mahu dijelaskan.

"Eh,okaylah kau orang berdua aku kena gerak dulu!Tapi nanti lambat sampai office," pinta Dhirah yang agak tergesa gesa.

Keadaan mereka berdua kembali janggal setelah Dhirah pergi.

Zahim berdeham seketika sebelum membuka mulut.

"Aireena,hujung minggu ni boleh kita berjumpa?" soal Zahim ingin tahu.

"Pukul berapa?" soal Aireena seperti bersetuju.

"Nanti saya beritahu awak," balas Zahim sebelum dia juga meminta izin untuk kembali ke pejabat yang tidak jauh daripada kafe Aireena.

....................

"I dengar daripada uncle yang you sakit,betul ke?" soal Cinta prihatin sewaktu dia datang ke ofis Adrian untuk membincangkan tentang projek yabg bakal dijalankan hujung tahun ini.

Adrian hanya mengangguk.

"Mesti wife you susah kan nak jaga you yang macam baby ni bila demam?" tebak Cinta.

Terdengar bunyi gelakan kecil keluar daripada mulut Adrian.

"Hm...Sampai dia terpaksa panggil Izwan datang ke rumah tau sebab I tak nak makan," ujar Adrian.

Cinta seakan tidak percaya apa yang telah didengarinya.

"Seriously?Perangai you daripada kecil tu tak berubah.OMG I rasa kesian dekat wife you tu," balas Cinta tidak percaya.

Adrian hanya tersenyum dan mengangguk.

"Adrian lepas ni kita keluar lagi ya?" pinta Cinta dengan penuh harapan.

"Pergi mana?" soal Adrian.

" Pergi mana mana sahaja.I tak puas lagi lah berjalan di KL ni and luangkan masa dengan you.Tak lama lagi I sudah perlu balik ke Johor semula.Boleh tau," balas Cinta dengan rengekan.Tangan lelaki itu juga digoyang hilangkan seperti kanak kanak meminta permainan.

Adrian hanya tersenyum seraya mengangguk.

Assalamualaikum n hai para readers..sori buat korang semua tertunggu tunggu..by the way tak taulah chapter kali ni best ke tak n next week maybe miss tak akan update lagi tau..so jangan lupa komen..luv you guys♡♡ 3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience