Bab 8

Romance Completed 152245

Sudah seminggu mereka berdua digelar suami isteri.Ini juga bermakna sudah seminggu juga Adriana pergi meninggalkan mereka dan pergi menghadap Ilahi.Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia duduk dikampung lama sedikit,tetapi apabila difikirkan semula apa yang si ibu cakap semalam ada betunya juga.

"Kafe kamu tu tak akan kamu tidak mahu tengok?Kamu perlu ingat Aireena,kafe itu atas hasil usaha kamu dan Adriana sendiri.Banyak kenangan kamu berdua di sana." bebel Puan Zelina.

Jadi hari ini,Aireena perlu perlu mengikut Adrian pulang ke Kuala Lumpur kerana esok Asrian sudah kembali bekerja.

Masuk sahja ke dalam perut kereta,bicara mereka mula menjadi sepi.Aireena hanya memandang ke luar jendela melihat pokok pokok yang merimbun dan nenerapa biji rumah yang terdapat di tepi jalan raya sepanjang perjalanan mereka.Adrian pula hanya fokus terhadap pemanduannya,tidak menjeling pun orang di sebelahnya.Dia sendiri itdak tahu apa uang patut dibualkan.

"Sampai Kuala Lumpur nanti tolong hnatar saya ke rumah saya.Saya nak ambil kereta " suara Aireena memecahkan kesunyian di antara mereka.

"Tengoklah..." hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut Adrian.Pandangan daripada luar tingkap cermin dialihkan ke arah tempat pemanduan di sbeleh.

"Boleh lah...Esok saya nak pergi kerja naik apa?" Aireena masih cuba memujuk.

Matanya yang masih lagi tertumpu ke arah jalan raya,kepalanya terus dianggukkan.

Sampai sahaja di hadapan rumah milik arwah Adriana dan Aireena,kereta yang dipandu oleh Adrian terus di hentikan.Aireena cepat cepat keluar daripada kereta milik lelaki itu.Sesak nafasnya apabila lama duduk berdua duaan bersama Adrian di dalam kereta.

....................

TOK...TOK...

Aireena mengetuk cermin tingkap di tempat pemandu.Adrian yang ralit melihat telefon menurunkan tingkapnya.

"Awak baliklah dahulu.Saya ada barang sedikit untuk dikemas dan dibawa ke sana" kata Aireema.

Adraian menarik sedikit kaca mata hitam yang dipakainya sedikit ke hadapan.Dia memandang wajah Aireena dari atas ke bawah berulang kali.Aireena yang berasa pelik turut memandang dirinya.Aoa yang tidak kena pada aku ni?Mamat ni pandang aku lain macam,aku cungkil biji mata dia baru dia tahu,omel hati Aireena .Dahinya dikerutkan.

"Awak pandang apa?" soa Aireena apabila dia berasa tidak selesa dipandang begitu.

Adrian memandang semula wajah Aireena apabila gadis itu menyoal.

"Awak tahukah apartmen saya berada dimana?" soal lelaki itu.Aireena terus menepuk dahinya.Dia terus tersenyum malu dan menggelengkan kepala.

"Dah tu?Begini sahaja lah Puan Aireena,awak pergi masuk ke dalam rumah naik atas dan kemas semua barangan awak.lepastu turun semula ke bawah dan susun vantik cangtik bara barang milik awak di dalam boot kereta tehen baru kita gerak okey."

Adrian terus memberikan arahan kerana malas mmahu bertekak dengan gadis itu.JAri telunjuk dan ubu jarinya yang telah disatukan terus ditunjukkan kepada Aireena.

Akur dengan arahan yang diberikan,Aireena terus meluru masuk ke dalam rumah.Sebelum itu dia sempat menyuruh Adrian untuk menemaninya masuk ke dalam rumah.Kerana malas mahu membantah Adrian terus menigikut langkah isterinya dari belakang.

Salam diberikan sewaktu pintu utama rumah dibuka.Perasaan sebak tiba tiba datang bertandang ke dalam hatinya.Segala kenagan dia dan atwah kakaknya di rumah itu satu satu bermain di fikiran.Terlalu banyak kenangan dia dan kakaknya di rumah itu.Al fatihah dibaca buat aarwah kakaknya.

"Sampai bila kita nak berdiri di hadapan pintu ni?" soal Adrian tiba tiba.Dia tahu orang di hadapannya saat ini sedang menangis merindui kakaknya.Aireena pantas mengesat air matanya yang jatuh di pipi.

Sampai ditingkat tas,Aireena terus mengemas barangan miliknya seperti laptop,dua buah kotak dan beberapa helai pakaian yang ingin dibawa ke sana.Nasib baik sahaja di telah kemaskan itu semua sebelum dia pulang ke kampung minggu lepas.

"Apa dalam kotak ni?" Adrian terus menyoal.

"Ouh...Kotak bersaiz sederhana ni semua barangan milik saya dan arwah akak dan yang kotak bersaiz kecil ni semuanya novel."

...................

SIAP sahaja berkemas,barang barang itu semua terus dibawa masuk ke dalam boot kereta Honda Civic berwarna putih milik Aireena dab separuh lagi di masukkan ke dalam boot kereta milik Adrian.

Aireena hanya mengikut sahaja ke mana kereta Adrian pergi.Adrian belok ke kiri,dia juga belok ke keiri.Adrian belok ke kanan,dia juga belok ke kanan.Setelah hampir sepuluh minit perjalanan barulah mereka tiba ke destinasi yang menempatkan apartmen mewah yang sungguh cantik.

Adrian membawa isterinya naik ke apartmen miliknya.Aireena hanya memerhati setiap tingkah laku Adrian.Sampai sahaj di lif Adrian terus menekan butang yang tertera nombor lapan di tepi dinding.

Tingkat lapan dan rumah ke tiga puluh dua,kata Aireena sendiri.Sempat juga dia melihat nombor yang berada di dinding berdekatan pintu rumah.

Adrian terus memberi salam sewaktu melangkah masuk ke dalam rumahnya.

"Sempat lagi nak berangan?Masuklah." Adrian menegur Aireena yang kelihatan sudah berada di awangan.Aireena terus tersenyum dan melangkah masuk ke dalam rumah.

"Assalamualakium."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience