Bab 22

Romance Completed 152245

Beg bajunya diletakkan di atas sofa berdekatan dengan meja makan.Aireena hanya memandang sahaja seaktu dia meletakkan semangkuk nasi goreng di atas meja makan.

"Dua hari ini saya tak ada dirumah.ada kerja dekat luar." Adrian memberitahu kepada sang isteri sewaktu di meja makan.

Aireena hanya mengangguk.Hari ni nak pergi baru nak beritahu?Kenapa semalam tidak cakap apa apa?Ish,engkau ni Aireena,dia dah beritahu kan yang dia tak ada.Daripada dia tidak beritahu pada engkau langsung.Risau kau nanti.Cubalah bersyukur sikit yang encik somi tu dah beritahu.omel hati Aireena.Dia terus menampar perlahan bibirnya.

Adrian memandang sekilas perbuatan isterinya.

"Kenapa tanpa bibir tu?" tanpa menunggu lama Adrian terus menegur perbuatan Aireena.

Aireena cepat cepat mendongak.Dia tersengih kecil apabila perbuatannya tadi mendapat perhatian orang di hadapannya.Tanpa menjawab soalan yang diberikan,Aireena menunduk kembali lalu menghabiskan sisa makanan yang masih berada di atas pinggannya.

Habis sahaja mengemas,Aireena cepat cepat ke pintu utama untuk keluar bekerja diikuti Adrian dari belakang.

"Tak ada apa apa." tiba tiba ayat itu meluncur laju keluar daripada mulut.

Adrian yang sudah memakai kasut terus memandang.

"Apa yang tidak ada apa apanya?" Adrian terus menyoal sambil menekan perkataan 'tidak ada apa apa'.Dahinya juga dikerutkan dan bibirnya juga diherotkan sedikit ke tepi.

Haish,mulut ni laju sahaja kalau nak bercakap.Aireena hanya tersengih sambil tangannya menggaru kepala yang ditutup tudung itu.

"Saya jawab soalan awak sewaktu di meja makan tadi." balas Aireena.

Adrian terus berjalan meninggalkan Aireena sendirian apabila soalannya sudah dijawab.

"So what's next?" Izwan terus menyoal rakan baiknya yang baru sahaja masuk ke dalam pejabat.

Adrian yang tidak mengeri hanya memandang kosong wajah teman baiknya yang duduk di hadapan.Serius dia memang langsung tidak faham maksud di sebalik soalan yang diajukan.

Dia buat muka blur pulak,kata Izwan sendiri.

"Rancangan kau lepas ni apa?Pikat bini kau?" soal Izwan.

Adrian yang mendengar tersenyum sinis.

"Agak agaklah.Perasaan pun tiada aku nak pikat dia buat apa?"Kau punya soalan..." Adrian sengih kecil.

Izwan mengangkat kedua belah tangannya tanda terserah.Dia juga mencebikkan bibir.Haih kalau sudah namanya ego,memang tidah boleh nak berkata apa lagi.Engkau pertahankan lah ego kau yang tinggi melangit Rian,kata Izwan dalam hati.

"Bila kau nak gerak pergi Terengganu?"

Adrian memandang sekilas wajah Izwan.Tangannya pula masih membelek dokumen yang perlu Dia tandatangan sebelum ke sana.

"Lepas makan tengahhariEngkau nak ikutkah?" soal Adrian pula.Pen diletakkan di atas meja.

Izwan menggeleng."Banyak kerja yang perlu aku siapkan.

....................

YANI memandang wajah bosnya dari jauh.Muka semacam sahaja bos ni.Tanpa berlengah dia menapak ke arah bosnya.

"Bos okey tak?" soal Yani sambil mencuit sedikit bahu bosnya yang termenung itu.

Aireena yang sedikit terkejut menggosok dadanya dan nafas terus dilepaskan,Yani hanya memandang sambil tersenyum.

"Bos ni saya lihat daripada tadi asyik termenung sahaja.Macam kena tanggung masalah dunia pula saya tengok.Perdana menteri pun kalah tau." Yani bergurau dan dalam masa yang sama prihatin.

Aireena memberikan senyuman."Lebih berat daripada masalah dunia yang saya kena tanggung sekarang ni kalau awak nak tahu."

Dhirah yang baru sahaja masuk ke dalam Hazel's Cafe terus menujubke arah mereka berdua.Yani yang masih berada di situ membalas senyuman dengan Dhirah sebelum dia meminta izin untuk menyambung pekerjaannya.

Aireena memandang rakan baiknya semacam.

"Engkau buat apa disini?Tidak bekerja kah?" soal Aireena.

Dhirah melihat jam dipergelangan tangannya dan Aireena silih berganti.

"Hoi,lunch hour lah cik kak.Sebab tu aku ada di sini.Nak makan." balas Dhirah.

Aireena melihat jam yang disangkut di dinding.Pukul satu,patutlah Dhirah cakap lunch hour.

"Engkau mesti baru lepas termenungkan?" soa Dhirah.

"Mana ada." Aireena cuba menafikan.kepalanya juga digeleng.

"Rindu cik suami pergi outstationkah?"

Kepala digeleng lagi."Mana ad..."

"Cik suami?" soal Zahim yang baru tiba dimeja mereka.

Dhirah sudah melopong manakala Aireena pula terkulat kulat memikirkan jawapan.Zahim memandang wajah dua orang wanita dihadapannya silih berganti.

Aireena berdeham."Awak duduklah dahulu."

Zahim hanya menuruti tanpa banyak soal.Kerusi di sebelah Dhirah ditarik.Tidak mahu dia ditumbuk oleh suami Aireena jika betul.

"Jadi ada apa apa yang kau orang berdua nak share dengan saya?" Zahim mula membuat siasatan.

Dhirah memandang wajah Aireena dan Aireena pula memandang wajah Zahim dengan penuh rasa serba salah.Air liur yang ditelan berasa kelat.Zahim pula hanya menunggu jawapan.

"Apa yang awak dengar itu semua betul.Ya,saya sudah mendirikan rumahtangga.Hampir lapan bulan kami bernikah." Aireena terus menjelaskan sega galanya selepas jeda sebentar.

Luluh hatinya mendengar pengakuan daripada mulut orang yang disayangi itu.Dia ingat dia masih ada peluang untuk memiliki cinta wanita itu namun dia silap.Wanita itu bukan dicipta untuk dirinya.

"Siapa lelaki bertuah tu?" hampir tidak terkeluar soalan itu.Tekaknya tiba tiba berasa pahit dan perit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience