Bab 5

Romance Completed 152232

"PLEASE marry Aireena.Take care of her like you took care of me before until now.Saya tidak mahu dia kecewa dan menangis hanya kerana seorang lelaki.She has never had relationship with anyone..."

Adriana masih lagi cuba untuk memujuk walaupun dia tahu Adrian masih tidak mahu terima.Bunyi keluhan terus terbit daripada mulut Adrian.

"You worry about her but what about me and my feelings?Do you have any thoughts before making this decision?Saya sayang awak Adriana.Macam mana saya nak berkahwin dengan orang yang saya tidak cinta?" soal Adrian.

Adrian berharap sangat yang tunangnya itu memahami tentang perasaannya saat itu.Adrian terus membelakangi Adriana.Dia meraup rambutnya kebelakang.

Kenapa awak buat saya macam ni Adriana?soal dirinya.

"I know what I did...Because I think of your feelings,I asked you to be with her.Please,hanya ini sahaja permintaan daripada saya dan mungkin akan menjadi permintaan terakhir saya."

Adrian kembali menghadap ke arah Adriana.

"Adriana please jangan cakap macam tu lagi.Kita akan sama sama cari jalan untuk sembuhkan penyakit awak.Saya sayang awak." pujuk Adrian pula.Lengan Adriana dipegangnya.

"Enough Adrian! I know you love me but I have not been in this world long to be with you.I want to die Adrian...D-I-E!" Adriana meninggikan suaranya satu oktaf sambil lengannya direntap kasar.

Perit rasanya ingin menyebut perkataan M.A.T.I itu namun itulah hakikat yang perlu dia terima.

.....................

BAHANG di dalam rumah masih terasa.Tiada sesiapa lagi yang mampu bersuara selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Adriana.Aireena yang setia berada di sisi ibunya masih lagi memujuk ibunya yang masih lagi dalam tangisan yang tidak terhenti.

"Angah sudah tahu tentang sakit akak tu?" Encik Hadi tiba tiba bersuara.

Aireena dengan perasaan yang masih bersalah itu hanya mengangguk.

"Angah tahu tentang penyakit akak pun tiga bulan yang lepas." jawab Aireena.

"Sebelum tu Adriana memang tidak ada bercerita apa apa tentang penyakit dia kepada kamu?" Tan Sri Hashim pula menyoal.

Aireena menggelengkan kepala.

"Sebelum tu memang akak tidak ada cerita apa apa pun tentang penyakit dia pada saya." Jawab Aireena lagi.

Tiba tiba mata mereka semua tertumpu ke arah Adrian dan Adriana yang berjalan masuk ke arah mereka dengan keduanya hanya berwajah suram.Mereka berdua mengambil tempat masing masing.

"Saya terima cadangan Adriana untuk menikahi Aireena menjadi isteri saya yang sah." Adrian berkata dengan hati yang berat.Kata kata Adrian itu membuatkan mereka semua terkejut kecuali Adriana.

Adriana bersyukur sangat yang Adrian dapat menerima cadangannya.Aireena menggeleng tanda tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Mengahwini dengan lelaki yang dimiliki oleh kakaknya tidak akan pernah terjadi.

"Saya minta maaf.Tetapi saya tidak akan menerima cadangan yang akak berikan." Aireena terus berlalu meninggalkan merek semua.Terbit sebuah senyuman di wajah Adrian.Dia tahu Aireena tidak akan menerima cadangan Adriana.

"Jangan risau tentang Aireena.Saya akan pujuk dia untuk terima semua ni." kata Adriana tekad dengan sebuah senyuman.

.....................

SELEPAS sahaja Adrian dan keluarganya pulang,Adriana terus sahaja melangkah masuk kedalam bilik Aireena yang tidak berkunci.


"Aireena..."

Adriana mengambil tempat berdekatan adiknya yang sedang berdiri di hadapan tingkap di dalam bilik.Pemandangan yang menyajikan keindahan sawah padi berwarna kehijauan dan kuning keemasan itu masih tidak dapat menenangkan Aireena.

"Angah...Please terima cadangan akak.Akak buat semua ni untuk orang yang akak sayang." pujuk Adriana.

"Tetapi ini tidak adil angah." balas Aireena tanpa memandang ke arah kakaknya.

"Adil ataupun tidak hidup seseorang itu biarlah Allah sahaja yang menentukan angah.Mungkin ini adalah jalan cerita hidup kamu dan Adrian untuk menuju redha Ilahi.Angah buat solat sunat istikharah.Insya Allah,Dia ada untuk membantu kamu."


Puan Zelina yang baru masuk kedalam bilik terus memberikan sedikit tazkirah untuk anak perempuannya.Dia juga seorang wanita jadi dia faham apa yang dilalui anaknya saat itu.

"Jadi umi terima cadangan kakak?" soal Aireena selepas berpaling menghadap Puan Zelina.

Puan Zelina tersenyum lantas mengangguk.Puan Zelina terus pergi ke arah anak perempuannya yang kedua lantas dipeluk.Adriana juga terus bangun daripada katil dan memeluk adiknya.

.....................

SELEPAS sahaja mendengar keputusan yang dibuat oleh Aireena,kedua dua belah pihak sibuk menguruskan majlis bakal pengantin itu.Hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi sebelum majlis pernikahan secara sederhana itu berlangsung.Semunya atas permintaan Adriana yang mahukan majlis itu dipercepatkan.

"Terima kasih kerana memenuhi permintaan kakak." kata Adriana.

Adriana memeluk erat satu satunya adik perempuan yang dia miliki.Alhamdulillah dia dapat melihat adiknya itu bakal dijaga oleh seorang lelaki yang bertanggungjawab.

Assalamualaikum Adrian. - Adriana.


Adrian menanggalkan songkok yang berada di atas kepala selepas selesai menunaikan kewajipannya sebagai seorang hamba di atas muka bumi.Telefonnya yang diletakkan di atas katil terus dicapai dan dibuka selepas mendengar notifikasi WhatsAppnya berbunyi.


Mesej yang dihantar oleh Adriana dipandang sepi.

"Kenapa awak buat saya serba salah dengan keputusan yang telah saya buat?" soal dirinya sendiri.

Terima kasih awak...i luv you. - Adriana.

Mesej yang dihantar oleh Adriana itu langsung tidak dibalas.


Pintu bilik tidurnya dibuka dari luar.Kelihatan satu satunya adik yang dia ada masuk ke dalam biliknya itu bersama patung beruang di dalam pelukannya.Eisha terus duduk di sebelah abangnya yang berada di atas lantai.

"Abang kenapa?" soal Eisha dan wajah abangnya dipandang dari sisi.

Keluhan dilepaskan.Kepalanya terus dilentok di atas bahu Eisha.

"Betul kah keputusan yang abang buat ni?" soal Adrian kepada adiknya.

Eisha mengerutkan dahinya.Apa pula yang abang aku merepek maghrib maghrib ni?soalnya sendiri.

"Keputusan untuk abang bernikah dengan Kak Aireena?" soal Eisha.Adrian hanya mengangguk.

"Perlu ke abang batalkan semuanya?" soal Adrian lagi.Mata Eisha sudah membulat.

"Abang jangan buat hal ya.Ingat semua preparation telah dibuat.Lagipun ini semua permintaan daripada orang yang abang sayang ." tegur Eisha.

Hai korang..Saya harap sangat yang baca novel saya ni dapat memberikan komen tentang penulisan saya.Sebarang kritikan akan saya ambil untuk dijadikan sebagai pembakar semangat untuk saya terus membaiki penulisan saya menjadi yang lebih baik.

Share this novel

awer
2021-11-30 19:15:47 

buat ayat jgn guna bhasa baku..contoh "tidak " blh tukar kpd tak jer...nk selam jiwa terencat jap..bahasa tu cm x kena


NovelPlus Premium

The best ads free experience