Completed
152232
HARI yang ditunggu tunggu oleh semua kecuali Aireena telah tiba.Aireena yang sudah di make up oleh mak andam hanya termenung di dalam bilik.Selepas sahaja solat jumaat,dirinya bakal disatukan dengan lelaki yang dicintai oleh kakaknya dan bukan dia.
"Cantik adik akak..."
Puji Adriana sewaktu masuk ke dalam bilik pengantin.Dhirah yang berada di dalam bilik itu terus melangkah keluar meninggalkan mereka berdua sendirian.Baju kurung moden berwarna putih putih itu benar benar menambahkan lagi seri si pengantin perempuan.
"Jaga Adrian baik baik untuk kakak.Lepasni akak sudah tiada untuk Aireena kongsi cerita." Adriana sempat memberikan pesanan kepada si adik.Tubir mata Aireena yang tiba tiba berair terus diseka lembut oleh si kakak.
"Tak mau lah jadi cengeng.Hari ini kan hari bahagia angah.Nanti apa pula orang cakap?Pengantin perempuan kena kahwin paksa..." tegur Adriana.
"Memang kena kahwin paksa pun." Aireena terus membalas.
Adriana tersenyum."Janji tau jangan nangis lepas akak pergi."
Aireena yang sudah berasa pelik melihat kelakuan dan cara percakapan Adriana membuatkan dirinya cepat cepat memeluk wanita di hadapannya itu.
Janganlah apa yang aku rasa ini betul Ya Rabb,doa Aireena di dalam hati.
"Kakak dan angah mari keluar.Pengantin lelaki sudah menunggu tu." panggil Puan Zelina yang berada di muka pintu.
Ketiga tiga mereka melangkah keluar ke ruang tamu dengan sebuah senyuman.
Adrian yang duduk bertentangan di hadapan tok kadi memandang ke arah pengantin atau lebih tepat lagi si dia yang berada di sebelah pengantin perempuan sewaktu mereka sudah berada di situ.
"Aku terima nikahnya Nur Aireena Dania Binti Mohd Hadi dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai." dengan sekali lafaz akhirnya Aireena sah menjadi isteri Adrian.
Saat itu Aireena tidak tahu apa yang perlu dia rasakan.Tetapi saat Puan Zelina berbisik dan memberitahu bahawa dia telah sah bergelar seorang isteri di telinganya,setitis air matanya terus jatuh membasahi pipi.
Aku tidak mencintai dia Ya Allah...Kenapa ini semua berlaku kepadaku? soal hati Aireena.
Aireena memandang wajah ibunya yang masih kelihatan ceria walaupun manik manik jernih sudah memenuhi ruang pipi.Aireena juga sempat melirik ke arah kakaknya yang jelas kelihatan dengan senyuman dan air mata.
Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan aku dengan seorang insan yang cukup baik bernama Muhammad Emir Adrian.Insan yang tidak pernah membuatkan airmata aku megalir.Insan yang sanggup melakukan apa sahaja demi melihat aku bahagia.Insan yang cukup menjaga agamanya dan insan yang telah menjadi cinta pertama dan terakhir ku selepas mu Ya Rabb.
Aku berharap agar Engkau meredhai hubungan rumahtangga mereka dan aku juga berharap agar rumah tangga mereka kekal buat selamanya,desis hati Adriana.
Selepas Adrian selesai menunaikan solat sunat dan sujud syukur,dengan hati yang berat dia melangkah ke arah Aireena.Setelah habis sahaja takliq dilafazkan dan penyerahan tanggungjawab di antara Puan Zelina,Encik Hadi dan Adrian,Puan Zelina terus meminta anak perempuannya Aireena menghulurkan tangan untuk disarungkan cincin pernikahan.
Pertama kali bersentuhan dengan lelaki dan lebih lebih lagi lelaki itu bukan pilihannya membuat Aireena sedikit gugup.Adrian dapat merasakan ada air hangat yang jatuh di belakang telapak tangannya saat Aireena mengucup tangannya.Dia tahu Aireena juga merasakan benda yang sama sepertinya.Berasa gugup kerana pernikahan itu bukan atas dasar cinta.
Aireena dapat merasakan hangat kucupan yang di berikan oleh Adrian di dahinya.
Saat ini hanya Allah sahaja yang tahu betapa bahagianya diri Adriana apabila melihat adik perempuannya kini sah menjadi milik seseorang yang dia percaya mampu membimbing Aireena menjadi seorang isteri yang solehah.Dia benar benar dengan rela hati melepaskan Adrian kepada adiknya Aireena.
"Adriana!" jerit Mak Ros secara tiba tiba apabila melihat Adriana rebah di sisinya.
Adrian yang terkejut mendengar jeritan Mak Ros terus berlari ke arah Adriana.Dia terus memangku kepala Adriana yang sudah nazak.Kalimah Allah tidak henti henti di lafazkan di cuping telinga Adriana.
"Akak...Please kuat!Jangan tinggalkan Reen akak..." kata Aireena yang sudah menangis teresak esak di sebelah Adrian.Begitu juga dengan Encik Hadi,Puan Zelina ,Danish dan yang lain.
Dengan sebuah senyuman selepas sahaja Adriana mengucapkan dua kalimah syahadat secara perlahan lahan akhirnya,Adriana pergi meninggalkan mereka semua buat selamanya.
"Adriana!" jerit Adrian yang tidak dapat menerima pemergian orang yang dia sayang.
Dhirah yang mengetahui sahabatnya Aireena memerlukan kekuatan terus memeluk gadis itu dari belakang.
.....................
SELESAI sahaja jenazah arwah Adriana dimandikan dan disolatkan,jenazah terus dibawa masuk ke dalam van jenazah yang sudah menunggu di luar rumah ditemani Adrian dan Aireena ke tanah perkuburan islam yang berdekatan.
Tidak kisah dengan baju Melayu nikahnya yang berwarna putih itu,Adrian terus melompat masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah dan diletakkan di dalamnya.Adrian meletakkan tanah secara perlahan lahan di dalamnya dan menutup jenazah Adriana menggunakan papan kayu yang telah di sediakan.
Aireena yang melihat jenazah kakaknya yang disayangi masih menangis teresak esak di dalam dakapan Dhirah.Benar dia tidak menyangka bahawa apa yang dirasakan pagi tadi betul betul berlaku.
Puan Zelina juga begitu.Dia juga tidak menyangka yang anak sulungnya akan pergi dahulu sebelum dia.Anak yang begitu taat kepada dia dan suami.
Setelah talkin dan doa habis dibacakan oleh pak imam,semua ahli keluarga di minta untuk menjiruskan air dan bunga yang telah dibawa di atas pusara Adriana.
Selesai semuanya di tanah perkuburan para jemaah yang hadir di kubur beransur ansur pulang meninggalkan mereka sekeluarga.Aireena masih lagi dalam keadaan yang sama.Menangisi pemergian Adriana yang tidak akan pernah kembali.
"Angah."
Danish memanggil Aireena namun Aireena tidak menjawab.Adrian pula hanya melihat seperti orang tiada perasaan di sebelah Puan Sri Malia.
"Angah mari balik." pujuk Puan Zelina dan Encik Hadi pula.
"Aireena jom balik.Adriana mesti tidak mahu melihat engkau bersedih disini...Engkau lepaskan dia pergi ya Reena.Biarlah akak kau tenang dan bahagia di sana." giliran Dhirah pula memujuk.Tiba tiba sahaja tubuh Aireena rebah sewaktu dia cuba untuk berdiri.
"Angah!" nasib baik Danish sempat menyambut satu satunya kakak yang dia punya saat itu.Lengan Adrian disenggol oleh Puan Sri Malia tanda menyuruh dia menolong gadis itu.Dengan rela hati dia mencempung isterinya dan dibawa pulang.
Hai..hehe bab yang ni tak tahu lah beremosi atau tidak bagi korang tapi bagi miss sendiri saya yang tulis saya yang menangis...T_T Huhu....
Share this novel