Completed
152245
"BOS awal datang?" Yani menyoal Aireena yang sedang leka membelek telefon dimeja berhadapan dengan kaunter.Aireena memandang ke arah Yani hang berdiri di hadapannya.
"Tiada apa yang mahu dibuat dirumah.Kenapa?Awak tidak suka saya datang awal pagi ke kafekah?" soal Aireena pula.Wajah mulus pekerjanya itu dipandang dengan senyuman.
Yani menggelengkan kepalanya.
"Bukan itu maksud saya.Okeylah harini bos datang awal.Lagipun selepas pemergian arwah bos Adriana,bos selalu datang lewat sudah tiada dah datang awal.So ini macam first time lah bos datang awal selepas pemergian arwah." Yani terus menjelaskan maksud soalannya tadi dan apa yang dilihat pada bosnya.
Wajah Aireena terus berubah keruh apabila mendengar nama kakaknya.Ya,dia masih lagi tidak dapat menerima tentang kematian Adriana.Jadi betullah apa yang pekerjanya katakan.Tetapi dia bukan sengaja datang lewat.Cuma dia tidak mahu terkenang akan arwah Adriana di cafe itu.
Yani menjadi cemas apabila wajah bosnya dilihat berubah.
"Maafkan saya bos.Saya tidak sengaja membuatkan bos bersedih." Yani cepat cepat meminta maaf.
Dia tahu salahnya apabila menyebut tentang perkara lalu.Dia tahu bukan mudah untuk seseorang itu melupakan dan melepaskan seseorang yang disayangi pergi daripada hidup mereka.Dia juga pernah berasa kehilangan apabila ayahnya pergi untuk selamanya meninggalkan dia bersama suatu tanggungjawab yang besar sebagai anak sulung.
Aireena menggeleng."Bukan salah awak dan mungkin sebab saya masih belum dapat menerima kenyataan yang arwah sudah pergi dan tidak akan kembali lagi."
Yani mengangguk faham.
"Kalau begitu,saya pergi buat kerja dahulu ya.Nanti saya suruh Iman hantarkan bos air." Yani terus menolak kerusi yang dia duduk masuk ke dalam semula.
Selepas beberapa minit Iman pula datang mengganggu.
"Bos ini air milo ais yang special untuk bos sahaja."kata Iman.Dia terus meletakkan segelas milo ais yang dibawa di hadapan Aireena.
Mata bundar Aireena terus melihat ke dalam isi gelas itu.
"Apa yang istimewanya tentang air ini?Nampak macam milo ais yang biasa sahaja." soal Aireena.Dia terus memandang air itu dan Iman silih berganti.
Iman terus menarik kerusi di sebelah Aireena.Nasib baik waktu itu masih tiada ramai pelanggan yang datang ke kafe itu jadi dapatlah dia duduk sebentar.
"Memanglah nampak macam biasa sahaja.Tetapi cuba kalau akak e]memandang air tu dengan penuh kasih dan sayang.Ha,barulah nampak keistimewaan yang ada pada air itu.Bila akak minum rasa macam nak tambah lagi,lagi dan lagi." panjang pencerahan yang dibuat oleh Iman.Iman terus mengukir senyum apabila melihat wanita dihadapannya itu kemali senyum.
"Amboi sengaja nak mempermainkan akakkan?Sama sahaja perangai dengan Danish dikampung." Aireena menarik rapat gelas yang berisi minuman itu lalu disedut perlahan.
Mata Aireena tertumpu ke arah Iman yang ralit memandangnya.
"Kenapa Iman memandang akaka begitu?Tudung akak tidak okey ke?" Aireena menyoal sambil membetulkan tudung di atas kepala.
Iman tersenyum nipis lalu kepalanya digeleng.
"Tudung akak okey sahaja,lawa dah.Dan jangan risau tudung itu tidak senget ke apa.Cuma kakak sudah betul betul baik daripada demamkah?' Iman menyoal prihatin.
"Mana Iman tahu akak tak datang semalam sebab demam?" soal Aireena yang betul betul pelik tentang itu.
Iman hanya tersenyum.
"Saya pergi buat kerja dahulu ya.Dengar tak yang Kak Yani panggil saya tu?" Iman cuba melarikan diri namun gagal apabila...
"Muhammad Iman BIn Ismail." satu satu nama panjangnya disebut oleh Aireena secara lembut dan perlahan.
Perlahan lahan Iman memusingkan badannya.
"Mahu ke mana?Soalan akak belum dijawab lagi." Aireena menyoal serius dan menyuruh Iman untuk kembali ke tempat duduknya melalui ekor mata sahaja.
"Abang Adrian yang beritahu.Dia telefon semalam dan abang cakap akak demam.Sebab tulah saya tahu." Iman terus memberitahu perkara sebenar.
Aireena mengerutkan dahinya.Adrian beritahu aku tidak sihat pada Iman dan call Dhirah untuk bawa aku pergi klinik semalam? Dia risau dekat aku sahaja tu.Jangan fikir banyak sangat dan jangan bermimpi lah Aireena oi...katanya dalam hati.
...................
Dhirah memandang sekeliling Hazel's Cafe itu.Di mankah Aireena?Aireena pula yang perasan akan kehadirannya rakannya ke kefe itu terus menuju ke meja yang sudah di duduki oleh Dhirah.
"Oit!" Aireena menegur Dhirah yang sedang melihat skrin telefonnya.Automatik kepa Dhirah terangkat.
Dhirah mula tersenyum senyum sendiri.
"Beb,cuba teka siapa yang mesej aku semalam?" soal Dhirah teruja.
Aireena hanya menjungketkan bahu dan keningnya secara serentak.
"Siapa?"
Dhirah memasamkan mukanya.Ish dia ni orang suruh teka,tidak mahu pula.
"Engkau ni teka sahajalah."
Izwan lah tu,bisik Aireena.
"Malaslah nak teka bagai.Cepatlah story siapa yang text kau semalam?" Aireena berpura pura bertanya.
Dhirah masih dengan sengihannya.Dia menilik skrin telefonnya sebelum ditunjukkan kepada Aireena.
"Tengok dan baca tau." Dhirah menujukkan mesej dia dan seseorang.
Aireena terus mengambil telefon pintar tersebut dan dibaca satu persatu.Tertera nama Izwan diatas text itu.
Assalamualaikum Hadhirah.- Izwan.
Waalaikumussalam.Siapa ni?Boleh kenalkan diri? -Dhirah.
Saya Izwan kawan baik kepada Adrian.Awak ingat saya lagi?-Izwan.
Ouh.Danial Izwan kan?Ingat.Kenapa ya awak mesej saya malam malam begini?-Dhirah.
Dhirah sudah tersenyum sendriri apabila orang yang diminatinya dalam diam hingga sekrang telah menghantar mesej kepadanya.Aireena memandang sekilas wajah Dhirah di hdapannya.
Weekend free?Saya nak ajak awak keluar makan...-Izwan.
Telefon dikembalikan kepada pemilik asal.
"Seronok engkau kan.Senyum sampai ke telinga." usik Aireena.
Dhirah mula malu malu kucing.
Tiba tiba Dhirah mula mengerutkan dahinya.
"Macam mana erk Adrian dan Izwan boleh dapat nombor aku?Semalam Adrian call aku dan malam tadi Izwan pula text aku.Setahu aku mereka berdua tidak mempunyai nombor telefon aku kan." soa Dhirah pelik.
"Aku yang bagi." jawab Dhirah selamba
Share this novel