Bab 29

Romance Completed 152245

AIREENA memandang ke arah suaminya yang masih lagi tercegat di hadapan pintu.

"Kenapa tak masuk lagi?" soal Aireena pelik.

Adrian memandang wajah isterinya yang sudah masuk ke dalam rumah.

"Saya nak jumpa Izwan sekejap." jawab Adrian sebelum meninggalkan isterinya sendiri.

Aireena hanya mengangguk lalu dia juga mengatur langkah ke arah anak tangga menuju ke tingkat atas.Sampai sahaja di tingkat atas, langkah kakinya terus terhenti di hadapan pintu bilik Adrian.Terdetik di hati gadis itu untuk masuk ke dalam bilik itu.

Dengan penuh berhati hati,tombol pintu bilik tidur Adrian dipulas dan ditolak ke dalam.Kali ke dua dia masuk ke dalam bilik lelaki itu dan untuk kali keduanya juga dia berasa terkejut apabila melihat bilik itu cukup kemas tanpa ada sehelai baju bertaburan di mana mana.

"Kemasnya dia susun semua baju baju dia dalam almari ni." puji Aireena tiba tiba sewaktu dia membuka almari pakaian suaminya.

Sebuah bingkai gambar yang terletak elok di atas meja kecil disisi katil mencuri perhatiannya.Senyuman sepasang kekasih yang cukup ceria berada di dalam gambar.Aireena terus mengambil tempat duduk di atas katil sambil tangannya mengusap gambar gadis di dalam gambar.

"Akak...Angah rindu akak.Rindu sangat sangat.Tiada kata kata yang mampu mengungkapkan rasa rindu ini." kata Aireena sendiri.

"Buat dalam bilik saya?" soal satu suara hingga membuatkan Aireena memusingkan kepalanya.

Air liur ditelan beberapa kali kerana terkejut melihat Adrian yang berada di situ.

"Awak buat di sini? Bukan awak kata nak berjumal dengan Izwan ke?" soal Aireena.

"Saya nak ambil barang." jawab Adrian.Wajah Adrian terus berubah menjadi kemerahan apabila melihat bingkai gambar ditangan Aireena.

"Kenapa sentuh barang saya?" soal Adrian.Kali ini sedikit tinggi hingga membuatkan Aireena sedikit tersentak.Bingkai gambar ditangan gadis itu dirampas.

"Maaf." hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut Aireena.

"Orang perempuan ni memang tahu kata maaf sahaja kan?Buat salah sedikit maaf.Kenapalah awak tak boleh jadi seperti Adriana.Yang bukan jenis memandai nak sentuh barang tanpa izin pemilik asal." tiba tiba sahaja Adrian membandingkan diri Aireena dan kembarnya.

Aireena terus mengangkat pandangannya.Dia merenung mata suaminya tajam seperti mahu menelan mangsa.

"Saya dah cakap maafkan.Lagi satu boleh tak kalau tak membandingkan diri saya dengan kakak?Saya tahu saya salah tapi seumur hidup saya kesalahan yang saya buat tak ada kaitan dengan arwah kakak dan kami berdua langsung tidak pernah dibandingkan tau.Jadi jangan pandai pandai mahu membandingkan kami." balas Aireena dan terus keluar daripada bilik itu.

"Adrian apa engkau buat ni?" soal Adrian tiba tiba kepada dirinya.Dia terus beristighfar panjang lalu bingkai gambar tersebut di letakkan di dalam laci.

Aireena saya minta maaf.Saya tak bermaksud nak membandingkan diri awak dan dia,namun kata kata itu hanya mampu diucapkan di dalam hati.

....................

AIR MATANYA mengalir deras di pipi.Dia tidak menyangka yang suaminya sanggup membandingkan dirinya dan arwah Adriana hanya kerana sebingkai gambar.Betapa sedih dia rasakan saat itu.Seolah olah dirinya itu tidak layak untuk mengantikan tempat kakaknya dihati Adrian.

"Kenapa dia perlu membezakan kita berdua?Dia tahu kita ni memang kembar tapi tak semua perkara kita sama.Sampai hati dia kak sebab bandingkan angah.Angah tahu yang dia tak cintakan angah tapi janganlah sampai buat angah terasa." kata Aireena sendiri bersama tangisan.

"Aireena.Saya minta maaf...Saya tak ada niat untuk membandingkan antara awak dan arwah." suara Adrian jelas kedengaran dari luar bilik.

Aireena hanya membiarkan kata mata maaf itu berlalu pergi.Saat itu dia malas ingin membalas kata kata Adrian.

Adrian di luar pula sudah mengalah dan akhirnya membuat keputusan untuk memberikan ruang untuk Aireena bersendirian.

....................

"ENGKAU kenapa ni?" soal Izwan sewaktu berjumpa dengan Adrian di kedai makan.

"Aireena merajuk dengan aku." balas Adrian acuh tak acuh.

Izwan sudah mengerutkan dahi.Apa kes pula mereka berdua ni?...Sampai merajuk bagai,soal hati Izwan.

"Kenapa?" soal Izwan lagi.

"Aku marah dia." jawab Adrian selamba.

"Bukan aku sengaja nak marah dia.Tetapi dia yang buat aku rasa nak marah.Engkau tahu tak dia boleh sesuka hati menyentuh barang aku di dalam bilik." jelas Adrian apabila melihat wajah rakan baiknya yang masih tidak memahami.

"Barang apa?" soal Izwan lagi.Nampak gayanya,hari ini dia akan menjadi seorang penyiasat tak berbayar.

Adrian mengeluh."Frame gambar aku dan arwah Adriana."

Izwan terus membuat muka tak puas hati.Haish mamat depan aku ni kalau aku ketuk kepala dia masuk hospital tak nanti.Frame gambar je pun sampai nak marah marah bagai.Alasan itu kalau munasabah sedikit tidak boleh ke?kutuk hati Izwan.

"Engkau cakap apa dekat dia?" soal Izwan ingin tahu.

"Aku bandingkan diri dia dengan arwah dahulu." jawab Adrian dengan sedikit rasa serba salah.

Air di hadapan mata diminum oleh Izwan.Nasib baik ada air.Sejuk sikitlah hati tu.

"Yan kalau nak cakap engkau tak pernah bercinta,engkau lagi hebat daripada aku.Tapi perangai engkau ni macam budak sekolah baru nak bercinta dah kenapa?" soal Izwan geram.

"Engkau perlu tahu tau yang kaum hawa ni tak suka kalau diri dia dibandingkan dengan perempuan lain oleh seorang lelaki.Lagi pula dibandingkan oleh suami dia sendiri.Tak kisah lah kalau diri dia dibandingkan dengan adik beradik dia sekali pun,dia tetap akan terasa." ujar Izwan.

"Engkau perlu tahu yang Aireena tu P-E-R-E-M-P-U-A-N.Perempuan...!Bukannya robot yang engkau boleh cakap sesuka hati engkau sahaja tanpa memikirkan tentang hati dan perasaan dia sebagai seorang perempuan." tambah Izwan lagi.

Nampaknya selepas ni dia perlu membuka kelas istimewa buat sahabatnya agar mampu untuk memahami perasaan seorang perempuan semula.

"Aku tahu aku salah." akui Adrian.

Hai korang..Saya harap sangat yang baca novel saya ni dapat memberikan komen tentang penulisan saya.Sebarang kritikan akan saya ambil untuk dijadikan sebagai pembakar semangat untuk saya terus membaiki penulisan saya menjadi yang lebih baik. -Agak ii oke tak chapter kali ni?? sbb chapter ni saya buat waktu idea ada tak de je.. please komen k.:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience