Completed
152245
MAJLIS doa selamat yang sepatutnya diadakan pada malam itu digantikan dengan majlis tahlil buat arwah Adriana.Hujan lebat turun membasahi bumi seperti turut bersedih atas kehilangan gadis itu.
"Akak...Akak Riana!"
Aireena memanggil manggil kakaknya seperti mengigau.
"Reen,bangun Reen..." Dhirah yang setia menemaninya sepanjang dia pengsan cuba untuk mengejutkan Aireena.
"Akak!" Aireena sedikit menjerit sewaktu dia tersedar daripada pengsan.
Aireena terus menangis apabila dia teringat akan kejadian yang berlaku siang tadi.Dhirah yang turut sebak menarik rakan baiknya terus ke dalam pelukan.Erat.
"Aku tahu kau kuat untuk tempuhi semua ni." pujuk Dhirah.
"Akak tipu aku Dhirah.Dia kata dia tak akan pergi kalau aku terima cadangan dia untuk bernikah dengan Adrian.Tapi kenapa dia pergi?Kenapa dia memungkiri janji yang telah dia buat?" kata Aireena dalam tangisnya.
Ya Allah,Engkau biarkanlah hati sahabatku ini agar dapat menerima qada dan qadar Mu.Dia benar benar menyayangi arwah kakaknya tetapi aku yakin dia juga tahu yang Engkau lebih menyayangi kakaknya,Dhirah berdoa di dalam hati.
Habis sahaja majlis tahlil,Puan Sri Malia dan Puan Zelina terus melangkah masuk ke dalam bilik pengantin bagi melihat keadaan Aireena.Eisha juga turut mengikuti mereka dari belakang.
"Alhamdulillah.Menantu mama sudah sedar." kata Puan Sri Malia sewaktu melangkah ke dalam bilik.Aireena yang masih dengan sisa tangisnya hanya tersenyum hambar kepada mereka semua.
"Eisha berharap agar akak tabah melalui dugaan ni."
Eisha mendekati kakak iparnya yang berada di atas katil.Sepertimana Adriana yang sudah dianggap seperti seorang kakak,dia juga menganggap Aireena begitu.Tubuh Aireena dipeluk erat.
.....................
"Kami bertiga balik dulu lah ya.Assalamualaikum." kata Tan Sri Hashim mesra.Puan Sri Malia juga turut menitipkan pesan kepada satu satunya anak lelaki yang mereka punya.
"Jaga isteri abang sebaik mungkin.Ingat apa yang arwah Adriana pesan pada abang.Dia amanahkan Aireena untuk abang jaga sebaiknya." suara Puan Sri Malia masih melekat di dalam kepala.
Adrian membuka pintu bilik Aireena perlahan lahan.Kelihatan susuk tubuh yang membelakanginya saat itu sedang tidur di atas katil yang telah dihias cantik.
Adrian mengatur langkah secara perlahan lahan tanpa sebarang bunyi agar Aireena tidak terjaga daripada lenanya.Jam tangan berjenama yang terletak elok di pergelangan tangan kirinya dibuka dan diletakkan di atas meja solek sebelum melangkah ke arah katil.
Jatuh kasihan pula kepada gadis itu apabila dia dapat melihat dengan jelas dalam kesamaran lampu tidur yang dipasang mata gadis itu sembap kerana terlalu banyak menangis.
"Okay.I will marry her but I don't promise to make her happy." kata Adrian mengalah apabila dia masih diasak oleh Adriana untuk menerima cadangan gadis itu.Perkataan 'but' itu ditekan.
"Jangan terlalu yakin dengan apa yang awak cakap.Saya yakin awak akan membuatkan hidup adik saya bahagia macam apa yang awak lakukan pada saya in fact lebih lagi."
Kata kata Adriana tiga minggu yang lalu terngiang ngiang di cuping telinga.Mampukah aku membahagiakan dia sedangkan wajahnya mirip seperti orang yang aku cintai? soal hatinya sendiri.
.....................
PAGI PAGI lagi suara Aireena sudah memenuhi ruang rumah kayu tradisional moden itu.Puan Zelina yang terkejut mendengar jeritan anak perempuannya pantas bergegas ke ruang tamu meninggalkan kerja kerjanya di dapur.Adrian yang pada asalnya duduk disofa cepat cepat berdiri.
"Angah kenapa menjerit ni?" soal Puan Zelina.Aireena meluruskan jari telunjuknya ke arah Adrian.
"Apa yang Adrian buat pagi pagi di sini umi?Eh,tudung!" Aireena cepat cepat berlari ke dalam bilik tidurnya semula untuk mengambil tudung sebelum dia keluar semula.
Danish yang terdengar bunyi bising di luar juga terus keluar daripada biliknya.
"Umi,akak mana akak?Ni buah hati dia dah menunggu dekat sini tetapi dia batang hidung pun tak nampak?" Aireena menyoal Puan Zelina seperti tiada apa yang berlaku semalam.Mereka semua yang mendengar akan soalan yang diajukan oleh Aireena sangat terkejut termasuk Adrian.
"Angah..."
Danish melangkah ke arah kakaknya."Angah lupakah?"
"Lupa apa?" Aireena kembali menyoal.Wajah adik di sisi dipandang.
Aireena terus jatuh terduduk apabila otaknya kembali memutarkan kejadian yang berlaku semalam.Ya dia benar benar terlupa bahawa Adriana sudah lagi tiada di muka bumi ini.Manik manik jernih terus jatuh dipipinya.
Danish yang berada di sisi terus memeluk kakaknya.Puan Zelina yang melihat anak anaknya yang sudah terduduk sambil mengalirkan air mata juga turut berasa sebak.
Bagaimana aku bisa terlupa yang akak Adriana sudah tiada lagi? soal hatinya.
Adrian hanya termenung sahaja di dalam pondok di tepi rumah.Tidak dapat dia membayangkan kini orang yang disayangi selama tiga belas tahun itu kini telah pergi kepada Maha Pencipta.Terlalu banyak memori manis yang telah tercipta di sepanjang perkenalan dan perhubungan mereka.
"Awak."
"Awak..." Adriana memanggil Adrian yang ralit dengan permainan videonya.
"Kalau saya tiada nanti awak buka kan pintu hati awak untuk orang lain ya?" kata kata Adriana itu menarik perhatian Adrian.Adrian segera menutup telefon bimbitnya.
"Kenapa awak cakap macam tu?Tak baiklah." soal Adrian geram.
Adriana yang berada di hadapannya pantas menggeleng.
"Awak jangan lupakan saya tau." tambah Adriana lagi.Gadis itu tersenyum manis di hadapan si buah hati yang mukanya sudah masam mencuka.
Tiba tiba salah satu daripada kenangan manisnya dan Adriana terlakar diruang mata.Rupa rupanya dia telah tahu yang dia akan pergi,desis hati Adrian.Satu keluhan berat di lepaskan.
Stay tuned okay..
Share this novel