Bab 9

Romance Completed 152245

PERTAMA KALI dia ke rumah lelaki,Aireena sudah tergamam.Lidah kelu tidak tahu ingin berkata apa.Subhana Alla...Cantiknya dekorasi di dalam rumah dia ni,puji Aireena dalam hati.Dia memandang sekeliling rumah itu.Apartmen mewah dua tingkat itu mampu membuat matanya terpukau.

"Aireena tengok tengoklah dahulu,saya nak turun bawah ambil barang lagi." kata Adrian.

Aireena yang masih terpegun hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

"Lagi satu kalau nak minum ada air dekat dalam peti ais tu.Cuma barang untuk memasak sahaja tak ada sebab saya jarang balik sini.Nanti lepas maghrib kita pergi lah keluar cari barang untuk masak." Adrian sempat memesan kepada Aireena sebelum dia melangkah keluar meninggalkan Aireena sendiri di dalam rumah.

Aireena hanya mengangguk.Aireena terus meletakkan tas tangannya di atas meja makan.Dia mengatur langkah ke arah tangga menuju ke tingkat atas.

Kali kedua pemandangan di hadapan matanya mampu untuk membuatkan dia terpegun.Dekorasi di bilik utama itu begitu cantik dan sesuai untuk bilik itu.Kertas dinding yang ditampal di dinding juga sangat sesaui dipadankan dengan perabot di dalam bilik itu.

Cantiknya!Patut lah akak sayang sangat dengan si Adrian ni,pembersih and kemas macam akak sendiri,detik hatinya.Adrian berdeham apabila gadis di hadapannya itu tidak langsung memandang ke belakang kerana tidak perasan dia sudah berada di situ.

"Kalau nak bilik ni,duduk sahajalah.Barang saya nanti saya keluarkan dari dalam bilik ni saya pindahkan ke bilik sebelah."

Adrian memberi usul apabila aireena tetap tidak bersuara.Aireena yang baru sahaja tersedar tentang kewujudan Adrian yang sudah lama berada di depan pintu termalu sendiri.

Aireena terus menggelengkan kepalanya.

"Apa geleng geleng?Bisu terus dah ke lepas masuk ke dalam rumah kita ni?" soal Adrian geram.Daripada di bawah tadi segala percakapannya dibalas dengan anggukan dan gelengan daripada gadis itu.Perkata 'kita' itu hanya disebuat nak tak nak sahaja.Sepatutnya rumah ini milik dia dan Adriana bukan adiknya.

"Tidak perlulah.Ini bilik tidur awak.Awak pun sudah kata yang barang awak semua ada di dalam bilik ni kan?Saya duduk dalam bilik sebelah sahaja." Aireena menolak dengan lembut.Dia terus menarik bagasinya menuju ke bilik sebelah.

Adrian hanya menjungkit bahu tanda terpulang.

Buat pertama kali dalam hidup solatnya diimamkan oleh lelaki asing yang di gelar suami tidak dianggap.Sepanjang hidupnya hanya abah dan pak imam di masjid sahaja yang pernahmenjadi imam buat dirinya.Tetapi kalau pak imam itu tidak termasuklah sebab dekat mana masjid pun kalau kita solat bukan kita kenal pun siapa yang jadi pak imam itu.Seminggu di kampung juga abahnya iaitu Encik Hadi yang jadi imam untuk solat jemaah.Tetapi malam ini telah mencipta sejarah buat dirinya.

Aireena hanya mengaminkan setiap bait doa yang dibaca oleh Adrian.Sungguh dia tidak menyangka kerana amanat yang di berikan oleh orang tersayang suaminya Adrian sanggup menunaikan permintaan itu walaupun dengan hati yang berat.Walaupun pernikahan mereka ini kerana amanat yang perlu dilaksanakan,Adrian tetap berdoa untuk kesejahteraan rumah tangga mereka dan berdoa gar rumahtangga yang dibina itu berkekalan buat selamnya.

Selepas sahaja mereka menunaikan solat maghrib,Adrian terus membawa Aireena pergi ke pasar raya untuk membeli barangan dapur.Selesai membeli mereka berdua singgah makan di salah sebuah restoran yang berdekatan dengan rumah mereka.

"Nasi ayam dan milo ais?" soal Adrian tiba tiba selepas pelayan yang mengambil pesanan pergi.Aireena terus mengangkat wajahnya.

"Saya dengan arwah akak memang suka makan nasi ayam dan minum milo ais ,kalau makan di luar pasti kami berdua akan memesan makanan dan minuman yang sama." Aireena menjelaskan mengapa dia memilih makanan dan minuman itu.Terbit senyuman di wajahnya.

"Saya tidak menyangka yang favourite food and minuman kau orang sama." balas Adrian.terbit keluhan di bibirnya.

....................

HARI ini dia lambat sikit masuk ke dalam kafe,Sebenarnya jika diikutkan hati Aireena malas ingin masuk kafe kerana di situ juga ada terlalu banyak kenangan dia dan Adriana tetapi tetap digagahkan juga.Dia tidak boleh hanya mengharapkan pekerja sahaja yang menguruskan segala hak di kafe.

"Bos!" Iman memanggil Aireena.Semua pekerja yang berada di situ mengatur langkah ke arah bos mereka.

"Salam takziah bos..." kata salah seorang daripada mereka.Senyuman nipis diberikan.

Sungguh mereka juga seperti Aireena.Tidak menyangka bahawa Adriana akan pergi secepat itu meninggalkan mereka semua buat selamnya.Mereka semua telah hilang salah seorang bos yang begitu baik hati.Melayan mereka semua seperti keluarga sendiri dan tidak pernah berkira dan tidak lokek memberi jika mereka meminta bantuan.

Aireena menyibukkan dirinya dengan mengambil pesanan para pelanggan yang berkunjung ke Hazel's cafe.Semuanya kerana dia tidak mahu duduk termenung meningati arwah.

''Iman!' panggil salah seorang rakan sekerja Iman.

"Air ini pergi hantar dekat bos.kasihan akak melihat bos itu daripada tadi bekerja tidak berhenti pun." pekerja itu memberikan segelas milo ais yang dibancuhnya sendiri kepada Iman.Sayu juga dia apabila melihat keadaan bosnya begitu.Dia tidak mahu melihat bosnya itu sakit.Kerana Aireena dan arwah Adrianalah yang sudi membantunya ketika dia susah dahulu.Tidak dapat dia membalas segala kebaikan mereka kepa keluarganya.

"Bos ini milo ais yang akak yani buat khas untuk bos." Iman memberikan segelas cawan yang berisi milo ais di dalamnya kepada Aireena.

"Iman letak sahajalah air itu di situ,nanti nanti akak minum."

"Tak...Tak.Bos yang perlu duduk dekat meja itu.Bos itu daripada tadi saya tengok sibuk sangat ambil pesanan sampai kami sebagai pekerja ini tidak tahu ingin membuat apa sebab semua kerja kami bos ambil alih.'

Iman yang prihatin pula mengarahkan aireena untuk duduk.Aireena yang sudah letih hanya menurut kata pekerjanya.Milo ais yang diiberikan disedut menggunakan straw.Fikirannya melayan kepada kejadian pagi tadi.

Dia menilik jam di skrin telefon Oppo 11pro miliknya.Jam menunjukkan tepat ke angka tiga pagi.Dia mengikat rambutnya yang hitam dan panjang itu sebelum melangkah keluar ke dapur.Sampai sahaja di tangga niat untuk turun ke bawah tiba tiba mati apabila telinganya jelas mendengar suara orang membaca yassin.

Aireena berpatah balik menuju ke pintu yang berhadapan dengan tangga itu secara berhati hati.

Air mata aireena gugur saat dia mendengar suara lunak milik Adrian sedang membaca surah yassin di dalam biliknyaDia benar benar yakin yang surah yassin itu ditujukan buat arwah kakaknya.

Dia benar benar kagum dengan cinta Adrian terhadap arwah Adriana.Sunggu dalam kasih sayang dan cinta yang ditabur di antara mereka.Tidak hairanlah mengapa kakaknya tidak pernah langsung bercerita tentang hubungan mereka berantakan.Jika ada pun semua tentang kebaikan yang Adrian lakukan kepada nya.Dan bacaan surah yassin ini adalah bukti bahawa betapa dalamnya cinta Adrian terhadap Adriana.

Beruntung kakak dapat memiliki cinta seseorang sebaik Adrian.Kakak memang tidak salah memilih.Angah doakan semoga kakak tenang di sana,bisik hati Aireena sewaktu dia curi curi melihat di sebalik pintu yang di buka sedikit olehnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience