Bab 38

Romance Completed 152245

"LAMBAT BALIK?" tegur Adrian yang berada di dapur sewaktu Aireena ingin melewati dapur untuk menuju ke arah tangga.

Langkah kaki Aireena terus terhenti apabila ditegur.Nafasnya perlahan lahan dilepaskan dengan berat.Tolonglah,dia sudah kehabisan tenaga untuk bergaduh dengan lelaki itu.Perlahan lahan Aireena memusingkan kepala serta badannya menghadap lelaki itu.

"Seronok dapat dating dengan lelaki itu?" soal Adrian lagi.Dia terus mendekati isterinya.

"Aireena tak dengar ke apa yang saya tanya?" sekali lagi Adrian menyoal namun nadanya ditinggikan sedikit.

"Awak pula seronok sangat ke dapat dating dengan cinta hati awak yang baru tu?" soal Aireena geram dengan nada yang ditinggikan sedikit.Perkataan 'cinta' juga turut ditekan.

Soalan yang diberikan oleh Aireena membuatkan Adrian tergamam begitu juga Aireena yang tidak menyedari tentang kata katanya.

Dengan malas Aireena terus ingin melangkah namun tangannya ditarik oleh Adrian hingga menyebabkan badannya jatuh ke dalam dakapan Adrian.Adrian terus memeluk isterinya dengan erat kerana tahu banyak yang dipendam gadis itu kerana dirinya.

"Eh,dah lah!Saya nak naik atas," kata Aireena selepas berjaya keluar daripada dakapan lelaki itu.

Adrian hanya memerhatikan langkah Aireena yang semakin jauh meniggalkannya.Dalam diam sebuah senyuman terbit diwajahnya.

....................

Empat bulan kemudian...

PINTU bilik Adrian diketuk beberapa kali namun hampa tidak dibuka.Aireena mengeluh sendiri di luar bilik.Dengan teragak agak tangannya memulas tombol pintu bilik itu.

Matanya tertumpu ke arah sekujur tubuh yang sedang terlena diulit mimpi di atas katil.Perlahan lahan dia mendekati tubuh itu dan meletakkan telapak tangannya di atas dahi Adrian.

Panas!hanya itu sahaja yang difikirkan oleh Aireena.Sudah tiga hari lelaki itu demam dan tidak makanan yabg dimasak olehnya juga tidak disentuh.Mahu dibawa ke klinik lelaki itu menolak dan lebih selesa jika duduk dirumah sahaja.

Bubur di atas meja kecil itu dipandang.

"Adrian...Adrian bangun lah," kejut Aireena.Namun hampa lelaki itu masih lagi tidak mahu bangun.

Aireena terus bangun dan keluar dari bilik itu.Tangannya mendail nombor seseorang.

"Assalamualaikum Izwan," tegur Aireena apabila panggilannya dijawab.Dia tahu yang Izwan dan Adrian tidak lagi mesra seperti dahulu bahkan sudah tidak menegur di antara satu sama lain.Tetapi hanya daripada lelaki itu sahaja dia mampu meminta bantuan.

"Waalaikumussalam.Kenapa call saya ni?" soal Izwan dihujung talian.

"Adrian!"

Mendengarkan nama itu, dahi zwan terus berkerut.

"Kenapa dengan dia?" soal Izwan ingin tahu.

"Dia demam.Awak boleh datang sini tak, pujuk dia makan.Saya risaulah.Sudah tiga hari dia demam dan makan pun dia tak nak.Dia asyik sebut nama awak sahaja," cerita Aireena.

"Kenapa awak bagitahu saya?Awak pujuk saja lah dia sendiri," balas Izwan masih lagi dengan nada merajuk.

Aireena terus mengeluh."Masalahnya saya dah puas pujuk dia berkali kali.Tapi dia tak nak selagi awak tak datang sendiri and pujuk dia makan," balas Aireena berharap agar lelaki di hujung talian itu mengerti.

"Nantilah.Saya fikir dahulu," kata Izwan sebelum memutuskan panggilan.

Aireena hanya merenung skrin telefonnya yang sudah gelap.

Sepuluh minit kemudian Aireena terus melangkah ke arah pintu sejurus selepas mendengar ketukan pintu berkali kali dari arah luar.

Aireena terus tersenyum apabila melihat kelibat Izwan di luar dengan muka yang cemas dan terlihat seperti sedang tercungap cungap.

"Mana dia?" soal Izwan selepas masuk ke dalam rumah.

"Atas," Aireena hanya membalas dengan perlahan apabila Izwan sudah melangkah menuju ke tingkat atas.

"Woi..." tanpa salam Izwan terus mengejut rakan baiknya yang masuh terlelap.Telapak tangannya terus mendarat di atas dahi Adrian yang masih terasa panas.

"Weh, bangun makan," kejut Izwan.

Adrian terus membuka mata apabila mendengar suara yang cukup dirindui itu.Wajah Adrian terus berubah ceria dan tanpa rasa segan, tubuh Izwan terus dipeluk untuk melepaskan rindu.

" Weh apa main peluk peluk ni?Nanti bini kau ingat aku gay pulak," marah Izwan seraya melepaskan diri daripada pelukan Adrian.

Aireena hanya tersenyum apabila melihat perlakuan dua orang rakan baik di dalam bilik itu.Dia tahu, marah macam mana pun seorang Izwan itu kepada orang yabg sudah dianggap keluarga pasti lelaki itu akan datang juga apabila mengetahui orang itu tidak sihat.

"Aku rindu kau.Kau janganlah marah aku lagi tau," balas Adrian dengan wajah yang masam.

Izwan membuat muka bosan."Tengok lah,"

Adrian terus memuncungkan mulutnya seperti itik.

"Kau tak payah nak buat muncung itik kau tu sangat eh.Makan bubur ni cepat.Buat penat saja bini kau masak untuk kau tapi kau tak nak makan," arah Izwan sambil menghulurkan mangkuk yang berisi bubur kepada Adrian.

Adrian hanya memandang ke arah isi bubur itu sebelum menggelengkan kepala.

"Kenapa?" soal Izwan pelik.

" Tak lapar," hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut Adrian.

"Adrian aku cakap baik baik ni.Makan sekarang," arah Izwan untuk kali yang kedua.

"Kalau aku tak nak makan,apa yang boleh kau buat?" soal Adrian.

Bubur itu terus diletakkan semula di atas meja dan wajah Adrian direnung tajam.Adrian menjungkit sebelah keningnya dan cuba menahan senyum.

"Apa?" soal Adrian.

"Kau memang mengadakan..." kata Izwan sebelum menggeletek lelaki di hadapannya itu.Melekek lekek Adrian ketawan kerana kegeliaan dan saat itu masing masung sudah tenggekam di dalam zaman silam sewaktu mereka masih kecil.

"Weh geli lah...hahaha," adu Adrian.Dirinya sudah bergolek golek di atas katil bersama Izwan.

"Kau nak makan ke tak?" soal Izwan masih lagi dengan aksinya.

Adrian hanya mengangguk sahaja kerana sudah kepenatan.Izwan yang sudah tersenyum kemenangan terus mengambil bubur yabg diletakkan di atas meja dan dihulurkan kepada Adrian.Adrian tidak menyambut huluran itu namun sebaliknya membuka mulutnya agar disuapkan oleh Izwan.

Wajah Izwan terus berubah bosan.Dia terus memegang sudu yang berada di sisi mangkuk dan segera menyuap bubur ke dalam mulut Adrian.Adrian hanya tersenyum kerana rindu kenangan itu.Perangainya juga turut berubah menjadi kanak kanak yang manja dengan ibunya saat itu.

Aireena diluar pula hanya tersenyum senang apabila melihat Adrian akhirnya mahu juga makan.Betullah kata ibu mertuanya yang Adrian dan Izwan tidak dapat dipisahkan walaupun gaduh berapa lama sekalipun.

"Wan jangan marah aku lagi tau?" pujuk Adrian.

Izwan hanya mengangguk sahaja.

aslm n hai..so chapter kali ni hadiah untuk korang yang sudi tunggu miss update lagi...btw next week tak tahu lagi miss akan update ke tidak..sbb 2 minggu lagi miss nak exam akhir tahun...so doakan miss tau supaya dapat jawab n dpt amik aliran yg miss impikan tahun depan.. =)...sayanggggg korang >3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience